Menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayakan rakyat negara ini selepas penyakit jantung.

Sumber : Google

Data kesihatan mental remaja pada 2017 menunjukkan, 17.7 peratus remaja perempuan dan 18.9 peratus remaja lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami masalah tekanan.

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 menderita pelbagai isu kesihatan mental.

Trend ini dilihat membimbangkan dan tidak wajar untuk kita mengabaikannya.

Sumber : The Patriots

Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar liputan insurans disediakan bagi rawatan dan penjagaan kesihatan mental.
Inisiatif ini adalah penting kerana penyakit ini melibatkan kos dan rawatan yang besar.

 

 

Rawatan Mahal

Masyarakat menganggap penyakit mental tidak memerlukan rawatan perubatan atau melihatnya sebagai masalah tingkah laku.

Namun untuk pengetahuan, rawatan pesakit mental adalah mahal. Sebagai contoh, sesi bertemu khidmat nasihat daripada doktor pakar boleh mencecah ratusan ringgit.

Itu tidak termasuk kos ubat-ubatan dan penjagaan pesakit bergantung kepada jenis penyakit mental yang dihadapi.

 

Kerajaan Sambut Baik

Kementerian Kesihatan menyambut baik cadangan agar perlindungan insurans disediakan bagi rawatan dan penjagaan kesihatan mental.

Perlindungan insurans ini lebih kepada satu proposal perniagaan yang dikawal selia oleh Bank Negara bukan Kementerian Kesihatan.

Namun, kementerian sangat menggalakkan syarikat insurans di negara ini mengkaji dan menyediakan kemudahan insurans kepada pesakit kesihatan mental.

Menurut Timbalan Menterinya, Lee Boon Chye ia dapat membantu membiayai kos pesakit berkenaan.

Sumber : Malay Mail

Jelasnya, perlindungan insurans ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai penyakit mental, tetapi menyediakan peluang dan sokongan pada ketika diperlukan.

 

 

Negara Singapura Sudah Laksanakan

Langkah perlindungan insuran untuk pesakit mental ini sebenarnya telah pun dilaksanakan sebuah syarikat insurans di Singapura.

Ia melibatkan lima jenis penyakit mental iaitu kemurungan utama, gangguan bipolar, skizofrenia, sindrom Tourette dan gangguan obesesif kompulsif atau penyakit OCD.

Sumber : IDN Times

Boon Chye berkata, penyakit berkaitan kesihatan mental ini susah untuk disahkan, ada kriteria diagnostik tertentu terutama bagi lima penyakit mental yang disebutkan itu.Tetapi sekiranya lima penyakit mental diatas dilaksanakan, ia sudah memadai.

Masalah penyakit mental ini sering dianggap tidak serius oleh masyarakat. Malah sebelum ini juga seorang perunding psikiatri mendakwa syarikat insurans mendiskriminasikan penyakit mental kerana menganggap mereka tidak perlu rawatan.

 

Langkah Perlu Diambil Kerajaan

Kerajaan juga perlu mencari kaedah lain bagi menangani masalah kesihatan mental sekiranya syarikat insurans tidak berminat untuk memberi perlindungan bagi penyakit ini.

Tahun lalu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ada memberi cadangan langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Antaranya skim perlindungan sosial di bawah Pertubuhan Kselamatan Sosial (Perkeso) perlu diperluaskan agar dapat membantu pesakit mental mendapatkan rawatan.

Sumber : The Vocket

Kementerian Sumber Manusia juga perlu menggubal undang-undang baru di bawah Perkeso bagi memberi ruang kepada pekerja yang menghidap penyakit mental mendapatkan rawatan daripada hospital.

Selain dari insurans, negara kita juga mempunyai masalah utama kekurangan 3,000 pakar psikiatri bagi menampung keperluan lebih 30 juta penduduk Malaysia.

Malangnya ketika ini negara hanya memiliki 380 pakar di seluruh negara.

Sumber : Google

Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan boleh menggalakkan pengajian lanjutan dalam bidang kaunseling dan psikatari bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam kalangan pelajar di negara ini.

Masalah berkaitan mental perlu ditangani bersama semua pihak termasuk menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju untuk syarikat insuran sediakan perlindungan penyakit mental?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN