Isu pelarian di Malaysia bukan isu yang baru. Malaysia telah menjadi tempat kepada pelarian daripada 10 buah negara.

Antara sebab utama tercetusnya pelarian adalah kerana kebimbangan keselamatan atau penindasan yang berlaku di negara asal.

Dengan adanya perlarian di Malaysia, persoalan yang timbul ialah adakah bantuan yang diberi mencukupi atau kerajaan perlu tingkatkan inisiatif untuk membantu golongan pelarian.

Sumber: UNHCR

Pelarian di Malaysia

Pada tahun 2017, Malaysia telah mencatat sebanyak 150,204 pelarian yang telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian UNHCR. Daripada 150, 240 orang, 133,724 terdiri daripada warga Myanmar, 3,548 daripada Pakistan, 2,095 daripada Yamen, 2,062 daripada Somalia, 1,980 daripada Syria, 1,461 daripada iraq, 1082 daripada Afghanistan, 698 daripada Palestine dan 440 daripada Iran.

Sumber: Rohingya Blogger

Sebanyak 56,000 kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu telah diberi kepada pelarian.

Terdapat pelbagai usaha untuk membantu golongan perlarian seperti golongan Rohingya daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Mercy Malaysia, IMARET dan juga Malaysian Relief Agency (MRA) seperti membuka klinik bergerak atau statik di kem pelarian.

Lebih daripada 100 tenaga perubatan dan pakar bergerak dibawah badan bukan kerajaan turut membantu perlarian di kem pelarian.

Kerajaan telah melaksanakan dasar perintis kebenaran bekerja kepada pemegang kad UNHCR dalam kalangan orang Rohingya, membenarkan mereka bekerja dalam sektor perkilangan dan perladangan.

Selain itu, pihak kerajaan juga telah membenarkan anak pelarian dan pemohon suaka mendapat akses kepada pendidikan di sekolah swasta ataupun di pusat pendidikan badan bukan kerajaan.

Sumber: UNHCR

Kesan Kepada Negara

Bantuan yang diberikan kepada pelarian ini memang baik dan mulia namun bagaimana pula kesan kepada negara Malaysia sendiri ? Pernahkah anda terfikir kita yang akan menerima kesan buruknya?

Pada tahun 2017, Bekas Timbalan Menteri dalam Negeri berkata bahawa kerajaan sedia menerima lebih ramai pelarian Rohingya namun bimbang jika golongan pelarian yang memasuki negara dari kalangan pemberontak.

Ini akan menimbulkan kerisauan terhadap isu-isu keselamatan di negara ini. Pihak kerajaan pada ketika itu juga berkata bahawa kerajaan tidak mengeluarkan kad pelarian UNHCR atau menerima permohonan kerana hanya pihak UNHCR berhak mengeluarkan kad dan menerima permohonan.

Sumber: Bangla Insider

Selain itu, Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin pernah menyatakan , ekonomi negara ini bakal terkesan sekiranya kerajaan menerima kehadiran etnik Rohingya tersebut.

Ini kerana katanya, kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang sangat tinggi sekiranya ingin memberikan perlindungan kepada mereka yang mana ia meliputi pemakanan, pakaian serta penyediaan tempat kepada pelarian itu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Perubatan, Kolej Perubatan Perak, Prof Dr Osman Ali pula berkata, pelarian Rohingya mungkin membawa penyakit berjangkit yang boleh membawa kematian kepada rakyat Malaysia.

Ini kerana katanya, kebanyakan negara tidak memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik seperti di Malaysia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda? Patutkah kerajaan berusaha lebih untuk membantu nasib pelarian?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN