Semalam, tular di laman facebook tentang video seorang lelaki yang dikatakan berang dan memarahi staf-staf sebuah pejabat kerajaan yang tidak dikenalpasti dimana. Lelaki tersebut dikatakan mengamuk dan memarahi staf pejabat tersebut selepas disuruh pulang dan datang semula pada hari lain selepas penat menunggu gilirannya selama 4 jam.

Lelaki tersebut meluahkan rasa tidak puas hati kepada staf-staf yang ada kerana memberi layanan buruk dan sewenang-wenangnya menyuruh lelaki tersebut balik setelah lama menunggu. Dalam video tersebut staf-staf berkenaan dilihat cuba menenangkan lelaki yang berang tersebut dan tidak bertindak kasar.

 

Ramai Yang Sokong

Penularan video tersebut menerima ribuan respon dari pengguna yang rata-rata turut mengecam perkhidmatan pejabat-pejabat kerajaan yang lambat dan tidak efisen. Bukan satu dua malah ramai individu meluahkan rasa tidak puas hati dan berkongsi pengalaman mereka apabila berurusan dengan mana-mana pejabat kerajaan.

Ada yang dimarah, diherdik kerana tidak mengikut arahan malah ada yang turut dilayani seperti pengemis terutamanya apabila berkait dengan urusan meminta bantuan dan dana.

Ramai yang mempersoalkan kenapa urusan di pejabat-pejabat begitu susah dan tidak tersusun. Adakah rakyat tidak memberikan kerjasama yang bagus? Ataupun terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan oleh staf-staf pejabat kerajaan?

Bukan semua yang datang berurusan adalah orang muda dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Kesian kepada pakcik dan makcik yang mempunyai masalah kesihatan dan juga ibu-ibu mengandung atau yang terpaksa membawa sekali anak-anak kecil ketika berurusan.

 Kenyataan Dari APAD

Seperti ramai yang mungkin sudah maklum, insiden berkenaan berlaku di pejabat Agensi Pengangkutan Awam Darat. Malah insiden berkenaan turut menerima maklum balas dari pihak APAD bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Menurut pihak APAD, individu yang mengamuk berkenaan hadir pada jam 2.30 petang dan bukanlah pagi seperti yang didakwanya. Penyebab kepada berlakunya konflik apabila nombor giliran diberikan kepada pelanggan sehingga pukul 2.00 petang sahaja.

Sumber : The Klasik

Kerjasama Dari Semua Pihak

Dalam negara kita menuju kearah negara maju, banyak pembaharuan dan peningkatan dapat dilihat samada ada dari sektor swasta mahupun kerajaan. Kemajuan dari segi mutu perkhidmatan juga tidak dapat dinafikan semakin baik berbanding 20 tahun dahulu.

Namun yang menjadi persoalan adalah sikap tidak telus dan kurang toleransi dari pihak pejabat-pejabat kerajaan dalam memberikan perkhidmatan mereka yang secara tidak langsung menjadi keperluan kepada rakyat.

Gambar Hiasan                                                        Sumber : ww2.sabah.gov.my

Banyak inisiatif yang boleh diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka agar dapat memberikan keselesaan kepada kedua-dua pihak.

Seperti yang kita sedia tahu, rata-rata pejabat kerajaan sekarang sudah mula menggunakan mesin automatik untuk mengambil nombor giliran. Mungkin pihak pejabat boleh menghadkan bilangan nombor untuk setiap sesi, selain dapat mengelakkan kesesakan orang ramai di tempat menunggu.

Llangkah ini dapat mengelakkan orang ramai dari menunggu lama. Bayangkan jika anda sudah menunggu dari jam 9.00 pagi tiba-tiba giliran anda adalah sebelah petang selepas waktu rehat tengahari, pastinya akan menimbulkan kemarahan bukan?

Selain itu, kaunter ekspress wajar diwujudkan untuk kegunaan warga emas, OKU dan ibu mengandung. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses urusan mereka dan mengelakkan sebarang ketidakselesaan mereka.

Kerjasama dari kedua-dua pihak sangat diperlukan bagi membolehkan setiap urusan berjalan lancar. Jadi, sudikah anda memberi kerjasama yang baik kepada staf-staf kerajaan kita?

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda setuju dengan tindakan yang diambil lelaki berkenaan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN