Bagi ibu bapa yang mempunyai anak remaja, cadangan mengenai perintah berkurung ini pasti dilihat positif bagi mengelak anak mereka daripada terlibat dengan masalah sosial.

Setiap seorang dari kita pasti sudah melalui fasa remaja yang mana fasa tersebut sememangnya mempunyai cabaran dan dugaan yang sering memerangkap seseorang itu untuk terjebak dalam kancah yang tidak sihat.

Namun, tidak semua daripada kita mempunyai nasib yang sama memandangkan setiap perilaku remaja itu sendiri pastinya datang daripada hasil didikan ibu bapa.

Masalah sosial remaja bukan sahaja membelenggu mereka yang menetap di luar bandar sahaja tetapi mereka yang menetap di kawasan bandar juga berisiko tinggi untuk terdedah dengan masalah sosial lebih-lebih lagi dengan banyaknya pusat-pusat hiburan dan pergaulan bebas.

Walaupun sehingga ke hari ini, banyak pihak mahukan kerajaan untuk menimbang semula pelaksanaan perintah berkurung kepada remaja pada waktu malam namun kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan larangan tersebut buat masa ini kepada kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun.

Sumber: Head Topics

Perkara tersebut dibuat pada Persidangan Dewan Negara semalam oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang menyatakan bahawa perintah berkenaan tidak dilaksanakan memandangkan masih terdapat banyak aktiviti berfaedah melibatkan remaja bawah umur pada waktu malam.

 

Perintah Berkurung Dikenakan Pada Remaja Dilihat Wajar

Sumber: Free Malaysia Today

Perintah berkurung bagi golongan remaja bukanlah satu perkara baru yang mana sebelum ini beberapa persatuan ibu bapa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pernah mencadangkan perkara ini untuk dilaksana oleh kerajaan.

Malah, mereka mencadangkan kerajaan agar melaksana perintah berkurung mulai pukul 10 malam sehingga 5 pagi.

Pun begitu, setakat ini, kerajaan dilihat masih belum mahu melaksanakan perintah tersebut memandangkan masih terdapat aktiviti berfaedah lain yang boleh dimanfaatkan remaja pada waktu malam seperti mengikuti kelas tuisyen, usrah (bagi yang Islam), organisasi sukan, kelab belia dan sebagainya.

Di Malaysia, hanya kerajaan negeri Kelantan sahaja yang sedia menimbang pelaksanaan perintah berkurung ke atas remaja yang dilihat tidak terkawal di negeri itu.

Namun, setakat ini beberapa negeri lain seperti Perlis dilihat tidak akan mengikut jejak langkah Kelantan memandangkan masalah sosial di negeri tersebut masih terkawal malah mereka juga tidak menuntut agar kerajaan negeri berbuat demikian.

Sumber: MyNewsHub

Bagaimanapun, lain pula bagi Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat sebaliknya.

Beliau dilihat menyambut baik cadangan perintah berkurung itu dalam usaha membendung masalah gejala sosial yang dilihat semakin membimbangkan.

Malah, beliau berpendapat, idea dan cadangan mengenai perintah berkurung itu adalah sangat baik memandangkan ia berkait rapat dengan soal keselamatan diri golongan remaja.

Jika kita perasan, apabila menjelangnya waktu malam sekitar jam 12, ada segelintir kanak-kanak mahupun remaja dilihat sering berlegar-legar di kawasan perumahan mahupun kawasan pusat bandar menggunakan basikal lajak atau motor.

Apabila melihat aktiviti kanak-kanak mahupun remaja terbabit, kita pasti akan mempersoalkan adakah ibu bapa mereka memberi kebenaran untuk anak mereka keluar malam?

Atau adakah ibu bapa mereka tahu ke mana anak-anak mereka itu pergi?

Jadi, dalam perkara ini, ada baik dan buruknya jika kerajaan laksanakan perintah berkurung kepada golongan remaja memandangkan keputusan tersebut sebenarnya perlu diambil kira oleh semua pihak sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara.

 

Antara Negara Luar Yang Melaksana Perintah Berkurung

Sumber: Curfew Class Online

Isu mengenai masalah sosial remaja ini bukan hanya berlaku di negara Malaysia sahaja malah negara luar juga menghadapi masalah yang sama sehingga banyak berlakunya kes buang bayi yang sering membelenggu golongan itu.

Dalam isu ini, Malaysia bukan negara pertama yang mahu melaksana cadangan terbabit memandangkan negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia, Thailand, Jerman, Britain, Iceland dan United Kingdom juga dilihat antara negara yang sudah melaksana perintah berkurung kepada golongan remaja.

Sumber: Legal Beagle

Malah, pelaksanaan terhadap perintah tersebut juga dilihat sudah dilaksana terhadap lebih 500 buah bandar di Amerika Syarikat dan negara lain yang telah dibuktikan berkesan untuk menurunkan kadar gejala sosial.

Selain itu, di kebanyakan negara luar, mereka menetapkan remaja yang berusia 16 tahun ke bawah untuk tidak keluar rumah melebihi pukul 10 malam.

Manakala, remaja berumur bawah 18 tahun pula tidak dibenarkan keluar malam melebihi pukul 12 tengah malam.

Dalam perkara ini, cadangan tersebut mungkin dilihat tidak sesuai untuk dilaksanakan terhadap mereka yang belajar di pusat pengajian tinggi kerana mereka perlu menghadiri kelas serta pelbagai aktiviti lain sehingga larut malam.

Bagaimanapun, cadangan ini tidak seharusnya dilaksanakan secara tergesa-gesa, sebaliknya perlu dikaji dengan teliti dengan mengambil contoh beberapa buah negara yang telah melaksanakannya.

Sebagai ibu bapa, mereka juga perlu menjalankan peranan mereka dengan mengawasi anak-anak memandangkan remaja pada masa kita dilihat semakin bebas berkelakuan di luar rumah.

Jadi, cegahlah sebelum masalah sosial remaja semakin parah!

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar untuk Malaysia melaksanakan perintah berkurung kepada remaja seperti yang telah dilaksanakan negara luar?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN