Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah iaitu Guru Besar ataupun Pengetua.

Kewajipan menjadikan perhimpunan sekolah sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan  perlu diurus secara professional. 

sumber: cikgu share

Namun, perhimpunan di sekolah rendah dan menengah dilihat hanya melakukan penyampaian satu hala dan murid-murid cepat merasa bosan.

Menteri Pendidikan iaitu Dr. Maszlee Malik berkata, perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian dengan perkembangan semasa dan perhimpunan mingguan secara konvensional di sekolah akan ditambah nilai dengan memfokuskan budaya kreatif, inovatif dan dinamik dalam kalangan pelajar.

 

Perhimpunan Sekolah Ditambah Nilai

Perhimpunan yang diadakan setiap minggu persekolahan, dianggap satu majlis rasmi di peringkat sekolah.

Tujuannya adalah untuk menyemai, menanam  dan memupuk semangat cinta dan taat setia kepada negara, serta meningkatkan lagi disiplin dan sifat-sifat keteladanan dalam kalangan murid-murid. 

sumber: hasrulhassan.com

Aturcara yang biasa dalam perhimpunan sekolah ialah bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, lagu kebangsaan negeri, lagu sekolah kemudian diikuti dengan bacaan doa dan ikrar Rukun Negara dan diakhiri dengan ucapan Guru Besar ataupun Pengetua.

Kini, perhimpunan mingguan rasmi di sekolah-sekolah selepas ini diberikan wajah baharu menerusi penglibatan secara langsung dan interaksi dua hala antara guru dan murid menerusi pelaksanaan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP).

Sebelum ini, pengisian waktu perhimpunan sekolah banyak diambil peranannya oleh guru disiplin dan guru-guru yang bertugas namun menerusi modul ini, aktiviti mingguan sekolah akan diwarnai dengan penglibatan murid termasuk menerusi persembahan dan lakonan sebagai ruang untuk mereka mengembangkan potensi diri.

 

Modul 10 Minit Perhimpunan

Modul yang dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas sejak Januari 2017 akan digunapakai serta dilaksanakan di semua sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara secara berperingkat. 

Tetapi jangan salah anggap ya. Apa yang dikatakan Dr. Maszlee itu bukanlah perhimpunan mingguan perlu dilakukan selama 10 minit, sebaliknya perhimpunan tersebut perlu menambah modul yang hanya mengambi masa 10 hingga 15 minit untuk mewujudkan penyampaian secara dua hala.

IPG Kampus Ilmu Khas yang juga Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir ialah penggerak utama kepada pelbagai idea kreatif yang dilaksanakan M10MP supaya perhimpunan mingguan sekolah lebih ceria dengan memperkenalkan aktiviti berkonsepkan amalan berimpak tinggi, berpusatkan murid sekali gus membentuk kemenjadian murid dalam waktu yang singkat.

sumber: ipgkik.edu

Selain itu ia mengetengahkan elemen KBAT, kreativiti, pentaksiran dan atribut diri yang digabung secara komprehensif dalam perhimpunan.

sumber: ipgkik.edu

Bukan itu sahaja, modul ini dapat menerapkan elemen kreativiti dan komunikasi kerana murid-murid ini perlu bekerja dalam satu kumpulan untuk merancang persembahan mereka dalam program ini sambil dibantu oleh seorang dua guru sahaja. 

Mereka sendiri akan menentukan apa yang perlu dipersembahnkan berdasarkan modul-modul yang telah disediakannya, menarik bukan? Diharap dengan adanya pembaharuan seperti ini akan menarik lagi minat murid-murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan sekolah juga boleh mencapai Sifar Ponteng.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju jika perhimpunan mingguan sekolah diurus sendiri oleh murid tanpa ada guru-guru?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN