Kemudahan jalur lebar yang semakin hari semakin mempunyai variasinya menjadi kegilaan rata-rata anak muda di serata pelosok dunia.

Semua orang terkejar-kejar untuk menjadi yang pertama menggunakan aplikasi baru yang dipasarkan di dunia maya ini.

Trend terbaru yang hangat menjadi ikutan ialah TikTok, aplikasi untuk membuat muzik video kreatif berdurasi pendek yang sangat diminati anak-anak muda.

Ianya menyeronokkan kerana pelbagai jenis video dengan suara latar muzik yang sedap dan boleh disunting sekali dengan efek-efek yang lucu dan unik.

Namun begitu, apa yang tidak menarik apabila video-video berunsur lucah dan tidak senonoh seperti tarian gelek turut menjadi ikutan anak muda dan juga wanita-wanita muslim di seluruh dunia.

Apa yang membimbangkan, setiap video yang dimuatnaik boleh ditonton oleh semua orang dan juga boleh dimuat turun oleh individu yang tidak kita kenali.

Bayangkan perasaan ibu bapa kita jika mereka ternampak video anak-anak gadis mereka menari tarian-tarian yang tidak senonoh di media sosial dan menjadi tontonan lelaki-lelaki yang tidak dikenali?

Mungkin ramai anak muda yang tidak sedar akan kesan jangka masa panjangnya, tapi tanpa mereka sedar video-video mereka ini mungkin akan menjadi tontonan anak cucu mereka di masa hadapan, dan jika kita kaitkan dengan isu agama, bayangkan dosa kita yang sentiasa mengalir setiap kali aurat dan bentuk badan kita yang diiringi dengan tarian mengiurkan itu menjadi tontonan orang ramai.

Dek kerana makin ramai anak muda terutamanya dikalangan perempuan semakin bebas dari segi perilaku mereka, ramai netizen yang mendesak agar aplikasi TikTok ini diharamkan di Malaysia.

Ini kerana dikatakan lebih banyak buruk dari baiknya, dan fenomena kegilaan terhadap penggunaan aplikasi-aplikasi ini seolah-olah menjadi sesuatu bentuk ketagihan di zaman milenial ini.

Namun, wajarkah desakan tersebut dijalankan? Yang mana satu perlu diubah, pengguna mahupun platform tersebut?

 

Didikan Awal Ibubapa Main Peranan Penting

Jika kita dengar sahaja isu masalah-masalah sosial dikalangan anak muda pasti rata-rata akan menyalahkan ibu bapa kerana kononnya tidak pandai jaga anak. Namun begitu, bukan mudah untuk mengawal aktiviti-aktiviti anak kita di zaman yang serba moden ini.

Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, cara terbaik untuk mendidik anak-anak supaya mempunyai jati diri yang baik adalah dengan mendidik mereka sejak dari kecil lagi.

Anak-anak ibarat kain putih, dimana ibu bapa yang menjadi orang yang mencorak dan mewarnakan kehidupan mereka.

Didikan agama dan tatasusila diri yang betul pastinya akan menjadi ikutan anak-anak di saat mereka semakin meningkat dewasa. Namun begitu, tidak dinafikan kawan-kawan dan pengaruh dunia moden sendiri mampu mengubah persepsi anak-anak terhadap sesuatu.

Oleh itu, sewajarnya ibu bapa sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan memerhatikan gerak geri anak mereka dengan lebih peka dan serius.

 

Sosial Media Boleh Jana Pendapatan

Mengapakah sosial media ini menjadi kegilaan orang ramai? Mungkin ramai yang tidak tahu, sosial media merupakan salah satu punca untuk mencari pendapatan lebih.

Terutamanya dikalangan artis dan orang-orang yang mempunyai pengikut yang ramai.

Jangan terkejut dengan hanya menggunakan platform sosial media, anda boleh menjana pendapatan sebanyak RM 30,000 sebulan dan lebih. Dengan hanya berbekalkan sebuah telefon ataupun kamera, hanya perlu ada idea-idea yang menarik yang boleh menarik perhatian anak muda dan orang ramai pasti dengan mudahnya hasil video ciptaan anda akan dilihat ramai.

Sumber : The reporter

Bagi artis, mereka dibayar ribuan ringgit untuk mempromosikan sesuatu barang dengan hanya memuatnaik sebuah gambar ataupun video, mudah bukan? Kerana itulah ramai yang beriya-iya ingin mencipta populariti supaya boleh menjadikan sosial media untuk menjana pendapatan sampingan.

Dalam kita leka cuba mengikut trend, janganlah dibelakangkan adab dan maruah diri. Tidak salah kita menggunakan aplikasi-aplikasi di sosial media, namun jangan sampai ia menjadi satu ketagihan dan membawa diri jauh dari akidah dan jati diri.  

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda,patutkah TikTok diharamkan di Malaysia?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN