Bila merancang untuk melancong ke mana-mana destinasi tidak kira di dalam negara atau luar negara, perkara pertama yang bermain dalam minda adalah bajet. Jika bajet kecil mungkin hanya melancong di dalam negara sahaja, namun jika bajet lebih mestilah pilihannya di luar negara. Namun, anda kena tahu ada juga bajet yang tinggi untuk bercuti di dalam negara, terpulang pada lokasi dan destinasi anda.

Tetapi ramai yang akan mengambil kira kejatuhan nilai ringgit pada awal tahun ini menyebabkan ramai yang sedikit “sakit” untuk melancong ke luar negara kerana kekangan bajet disebabkan tukaran matawang yang tinggi.

Sebab itu anda kena pandai dan bijak membuat pilihan destinasi percutian anda.

 

Pilihan Lokasi dan Destinasi Percutian

Ini juga merupakan perkara utama bila anda ingin melancong. Dimana lokasi anda ingin bercuti? Adakah tempat itu popular atau tular? Jika begitu pastinya ramai orang yang pergi.

Di luar negara banyak pilihan lokasi yang menarik, jika anda memilih musim sejuk antara negara yang terbaik untuk anda lawati, Tokyo, Paris, London, New Zeakland dan banyak lagi.

Bajetnya pasti tinggi dari kos tiket penerbangan, tukaran matawang dan sebagainya.

Tetapi anda juga boleh menikmati musim sejuk yang ada dalam negara, antaranya Cameron Highlands. Banyak juga tempat yang menarik perlu anda lawati seperti Mossy Forest. Di sini anda ada kawasan hutan sejuk yang penuh dengan lumut — dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah.

Anda juga dapat melihat bandar Ipoh dari kawasan gunung ini. Dan seperti biasa ladang Teh dan Strawberry akan menjadi tumpuan utama jika kesini, malah anda juga akan dapat menikmati suasana yang sejuk.

 

Kos Bercuti di Dalam dan Luar Negara

Kos untuk ke Cameron Highlands boleh dikatakan agak kecil, mana tidaknya kebanyakkan tempat adalah masuk percuma. Jika dari Kuala Lumpur duit minyak RM250, hotel bajet dalam anggaran RM50- RM80 semalam, makan steamboat RM25 seorang, coklat strawberry RM12, beli ole-ole dalam RM25, beli buah strawberry RM20 dapat 3 paket, boleh tawar lagi dengan peniaga.

Jadi total anda ke sini hanyalah RM412. Kalau pergi ramai-ramai kongsi duit minyak dan tol semua lagi rendah bajet anda.

Jika anda ingin keluar negara seperti Perth yang merupakan negara kangaroo paling hampir dengan Malaysia kosnya amat berbeza.
Anggaran bajet untuk 5 hari 4 malam, tiket kapal terbang pergi balik , RM780 (termasuk airport tax). Pengangkutan (sewa kereta dan minyak), RM1200. Hotel bajet dalam RM200, makan untuk tengahari dalam RM100 selebihnya kena bawa makanan dari Malaysia. Visa ke Australia RM20.

Sudah tentu jika anda ke negara asing, anda ingin mencuba melakukan aktiviti kan ? jadi, kosnya lebih kurang dalam RM114. Ini termasuk bayaran ke Pinnacles RM35 sekali masuk, Dolphin Centre RM30, Caversham Wildlife RM74. Total kesemua untuk anda menikmati percutian di Perth adalah dalam lingkungan RM RM1514 seorang. Bagaimana pula sekiranya anda ingin pergi bersama keluarga?
Rancanglah perbelanjaan anda jangan seperti pepatah ‘biar papa asal bergaya’. Namun sekiranya anda mempunyai kos yang lebih tidak salah untuk bercuti di luar negara sekali sekala.

KATA ORANG

bisa ga punya bos kayak gini di kantor? auto rajin ga mau cuti maunya ngintil bos kemana2, ikut rapat overseas jg hayuk ajaaaa

test Twitter Media - bisa ga punya bos kayak gini di kantor? auto rajin ga mau cuti maunya ngintil bos kemana2, ikut rapat overseas jg hayuk ajaaaa https://t.co/aqJUkV5rv7
test Twitter Media - bisa ga punya bos kayak gini di kantor? auto rajin ga mau cuti maunya ngintil bos kemana2, ikut rapat overseas jg hayuk ajaaaa https://t.co/aqJUkV5rv7
test Twitter Media - bisa ga punya bos kayak gini di kantor? auto rajin ga mau cuti maunya ngintil bos kemana2, ikut rapat overseas jg hayuk ajaaaa https://t.co/aqJUkV5rv7
test Twitter Media - bisa ga punya bos kayak gini di kantor? auto rajin ga mau cuti maunya ngintil bos kemana2, ikut rapat overseas jg hayuk ajaaaa https://t.co/aqJUkV5rv7

nampak gayanya, aku nak mintak keje overseas ni, genap umur 30 aku balik semula Malaysia cuti dlm 3 bulan kawin, then terpulang pada isteri nak follow atau stay Malaysia

@renchung And kalau isteri ada hypertension complication. Have to stay in ward 5 days at least. Habis sudah cuti. And its not like all father can stay with the wife throughout intrapartum and postnatally like overseas. They ask you to go back home.

I didn't watch alot of Malay Vines but the one that remains my favorite is this girl acting two parts- Char A: Sorry, I've been overseas. I tak paham Malay Char B: Eh ko pergi cuti saje, tau?

KATA ANDA

Perlukah anda membazir untuk ke satu tempat percutian?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN