Apa yang terlintas dalam fikiran kita tentang peragut? Seorang yang garang, bengis, kejam, tidak berperikemanusiaan dan sanggup membunuh. Dari segi fizikal pula, peragut seorang yang kuat, pantas berlari dan mempunyai fizikal yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Suamber: Tofukicks gambar hiasan

Wanita Sasaran Utama

Mangsa yang menjadi sasaran peragut mestilah golongan wanita. Ini kerana mereka mempunyai aksesori barangan berharga yang mudah dilihat ketika berjalan seperti rantai emas, gelang, dan menyandang beg tangan ketika berjalan.

Bukan bermaksud tidak ada lelaki yang menjadi mangsa ragut, namun disebabkan wanita merupakan golongan yang lemah, fizikal yang lebih kecil maka mereka lebih mudah menjadi sasaran utama peragut.

Mungkin anda tidak percaya, disebalik wanita dianggap sebagai golongan lemah dan tertindas mereka juga merupakan simbol kelemahan bagi seorang lelaki. Kes ragut yang tular di Kuala Selangor baru-baru ini membuktikan bahawa peragut lebih takut kepada isteri berbanding jenayah ragut yang dilakukannya.

Pada hari Jumaat lalu, peragut telah meragut beg tangan seorang wanita dihadapan sebuah bank di Pekan Lama, Kuala Selangor. Malang buat peragut apabila motor yang ditinggalkannya ketika menyamun tidak dimatikan enjin. Tidak cerdik bukan?

Sumber: Kompasiana Gambar Hiasan

Mangsa Bawa Motor Peragut Ke Balai Polis

Peluang ini digunakan oleh mangsa dengan menunggang motor peragut ke balai polis berdekatan untuk melaporkan kes yang terjadi. Menyedari hal tersebut, peragut menyerah diri ke balai polis berkenaan sambil menangis dan meminta motor tersebut dikembalikan.

Difahamkan motor yang digunakan peragut merupakan motor yang didafatarkan atas nama isterinya. Peragut memulangkan semula beg tangan yang diragut. Peragut menangis dan merayu supaya dipulangkan motor tersebut segera kerana risau takut isterinya marah.

Bagi warga maya yang mengikuti kisah ini, ramai yang musykil sama ada hendak sedih atau gelak ketawa. Situasi tersebut sememangnya menjadi bahan gelak ketawa di balai polis berkenaan. Hilang kejantanan dalam diri seorang lelaki.

Lebih Takut Isteri Marah

Apa yang menjadi kehairanan ialah peragut lebih takut kepada isterinya berbanding jenayah ragut yang dilakukan. Tidakkah peragut memikirkan kesannya terhadap mangsa ragut yang tercedera, trauma dengan kejadian yang berlaku?

Beginilah manusia zaman kini. Peragut lebih takutkan individu berbanding perkara salah yang mereka lakukan. Jelas, keinsafan dan kesedaran tidak ada dalam diri peragut untuk berubah. Tindakan yang sewajarnya perlu dilakukan.

Sumber: Ayus Haiqal

Bagi mangsa, Ayus Haiqal, beliau telah berkongsi insiden ragut yang menimpa dirinya di laman media sosial facebook. Hantarannya itu telah mendapat lebih dari 19,000 tanda suka dan 7,900 perkongsian.

Apa yang pasti peristiwa tersebut perlu diambil iktibar oleh semua pihak dalam mengatasi masalah jenayah ragut. Langkah lebih berhati-hati perlu dilakukan oleh semua pihak agar tidak menjadi mangsa ragut seterusnya.

Benarlah kata orang, di sebalik kekuatan seorang lelaki, kelemahannya tetap pada seorang wanita. Begitulah hebatnya wanita.

KATA ORANG

KATA ANDA

Berdasarkan insiden ini apa yang anda fikirkan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN