Mulai tahun depan, peperiksaan bagi murid tahap satu yang melibatkan murid tahun satu, dua dan tiga akan dimansuhkan. Pengumuman tersebut dibuat Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang mengumumkan pemansuhan tersebut di laman twitter beliau.

Mazlee Malik berkata peperiksaan tersebut dimansuh dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun depan.

Katanya, pemansuhan itu bertujuan untuk mengembalikan semangat dan prinsip pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Tambahnya, PBS yang dilaksanakan sejak 2011, dilihat semakin tersasar daripada matlamat asal untuk menilai tahap pencapaiaan murid yang bukan berteraskan pendidikan.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, isu tersebut dilihat mendapat sokongan penuh netizen di media sosial yang rata-ratanya menyokong pemansuhan tersebut dan tidak kurang juga ada yang membantahnya.

 

Mampu Elak Tekanan Murid

Sumber: muslimah.co.id

Dalam isu ini, rata-ratanya ramai yang mahukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengembalikan semula zaman persekolahan yang menyeronokkan terutama sekali di fasa kanak-kanak.

Mana tidaknya, kebanyakan murid pada masa kini dilihat tidak suka datang ke sekolah kerana bagi mereka sekolah adalah tempat yang membosankan disebabkan tekanan yang mereka hadapi.

Sumber: sksungaidurian.blogspot.com

Tekanan dalam konteks ini bukan hanya pada peperiksaan sahaja tetapi mereka tertekan juga tertekan dengan beg sekolah yang berat dan ditambah pula dengan bermacam-macam jenis tugasan kerja sekolah, kelas tambahan, aktiviti kokurikulum, tuisyen dan sebagainya.

Itu belum lagi mengambil kira dengan murid yang bersekolah agama yang terpaksa bergegas pulang ke rumah untuk bersiap sedia bagi sesi persekolahan yang seterusnya hingga tidak ada masa untuk menyiapkan kerja sekolah akibat terlalu letih.

Ada yang mengatakan, murid tidak ada masa untuk bersantai seperti bermain bola mahupun pergi bercuti bersama keluarga disebabkan mereka perlu fokus kepada peperiksaan yang mendatang.

Jika mendapat keputusan yang tidak baik, guru pastinya akan memarahi murid disebabkan keputusan yang tidak memberangsangkan dan hal itu sekaligus boleh memberi tekanan kepada mereka.

Itu belum lagi dengan mengambil kira soal penurunan kelas, di mana pihak sekolah akan menyisihkan murid yang lemah daripada bercampur gaul dengan murid yang pintar.

Murid yang lemah akan duduk di kelas belakang di mana mereka hanya bergaul dengan rakan-rakan yang sama nasib dengannya.

Jadi, sampai bila murid-murid mahu berkembang kerana situasi di sekeliling mereka dipenuhi dengan pelbagai tekanan yang mengharuskan mereka memberi lebih penekanan terhadap pelajaran hanya untuk menduduki peperiksaan.

 

Fokus Kepada Aspek Moral

Sumber: skttdi2.wordpress.com

Ada yang mengatakan murid Tahap 1 tidak wajar untuk dinilai melalui peperiksaan malah pihak sekolah serta guru perlu beri lebih penekanan kepada aspek pembangunan rohani serta sahsiah diri murid.

Sumber: Egypt Today

Ramai ibu bapa berpendapat, pada usia tersebut, kanak-kanak dilihat lebih senang untuk dibentuk jati dirinya dari segi disiplin dan nilai murni sesama mereka dengan menerapkan sikap saling hormat menghormati, berbudi bahasa dan sebagainya sebagaimana yang diterapkan oleh masyarakat Jepun.

Mereka perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri masing-masing dengan ilmu yang diajar oleh guru tanpa perlu tertekan dengan peperiksaan.

Di negara kita, sistem pendidikannya dilihat serba sedikit memberi tekanan kepada murid terutama yang masih di peringkat Tahap 1 di mana ketika itu mereka masih berada di dalam fasa ‘keseronakan’ dan tidak perlu terlalu tertekan dan diadili melalui peperiksaan.

Tidak kurang juga, ada ibu bapa yang mahukan peperiksaan diteruskan kerana bagi mereka, peperiksaan adalah ujian penting untuk melihat pencapaian murid sepanjang tahun.

Peperiksaan tetap masih perlu diwujudkan, untuk persaingan yang sihat bagi mengetahui sejauh mana tahap pembelajaran murid itu diperoleh di dalam kelas.

Sumber: MalaysiaGazette

Namun, dalam isu ini, KPM pastinya mempunyai alasan kukuh mengapa mereka berbuat demikian di mana yang pastinya keputusan tersebut pastinya akan membawa perubahan besar buat anak kecil sekaligus mampu mengembalikan semula keseronakan murid untuk datang ke sekolah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan memansuhkan peperiksaan Tahap 1 dan diganti dengan prinsip pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN