Mempunyai aset rumah yang banyak merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan, lebih-lebih lagi dengan harga rumah yang semakin melambung naik dan kekangan untuk rakyat Malaysia membeli rumah juga semakin meningkat.

Bukan mudah untuk membeli rumah, lebih-lebih lagi jika anda bergaji kecil dan mempunyai komitmen sampingan yang banyak.

Kerana itu juga ramai yang terpaksa menyewa walaupun harga sewaan mereka adakala lebih tinggi dari harga bulanan rumah tersebut.

Namun apa kan daya, tempat berlindung perlu juga dicari untuk keselesaan diri dan keluarga.

Namun yang menjadi kerisauan pemilik-pemilik rumah adalah apabila mereka mendapat penyewa yang tidak berdisiplin dan enggan membayar sewa.

Seperti kes yang terjadi baru-baru ini, seorang penyewa dikatakan tidak membayar sewa sehingga 6 bulan, namun apabila disuruh keluar pihak penyewa enggan memberi kerjasama dengan alasan ingin menuntut ganti rugi terlebih dahulu kerana telah mengubah suai rumah yang disewa.

Pihak pemilik rumah pula enggan membayar semula ganti rugi untuk kos-kos yang telah dikeluarkan bagi mengubah suai rumah tersebut.

Jadi siapa yang kena mengalah sekarang ni?

Yang merumitkan lagi keadaan apabila penyewa didakwa menyuruh anak saudara dan rakan-rakannya yang bekerja sebagai askar untuk datang dan meruntuhkan rumah tersebut.

Wajarkah tindakan tersebut dilakukan penyewa tersebut? Atau ada cerita lain yang disembunyikan pihak pemilik rumah?

 

Sewa Tanah Bukan Sewa Rumah

Pernahkah and dengar sewaan tanah, dimana pemilik  menyewakan tanah yang terbiar atau tidak diusahakan untuk dijadikan tapak berkebun, bercucuk tanam atapun untuk si penyewa mendirikan rumah.

Dan penyewa akan mengeluarkan duit sendiri bagi membuat sebarang binaan yang mereka inginkan dan tuan tanah tidak berhak keatas banggunan yang dibina kerana sewaan hanya dibuat keatas tanah.

Namun yang sering menjadi masalah apabila setelah penyewa membina rumah cantik-cantik menggunakan duit mereka sendiri, pihak pemilik tanah akan berbuat onar dan meminta penyewa untuk pindah keluar dengan pelbagai alasan.

Dan selalunya ianya hanyalah helah oleh si pemilik tanah untuk menyewakan rumah yang dibina sendiri oleh penyewa kepada orang lain. Memang menguntungkanlah, kos bina rumah tak payah keluarkan, tahu-tahu je rumah dah siap bina.

Malah ramai penyewa yang tersepit dan terpaksa akur sahaja dengan kehendak pemilik tanah.

Namun ada juga yang melawan dan bertindak merobohkan rumah yang mereka bina sendiri kerana penyewa tidak mampu membayar sesen pun sebagai pertukaran.

Ya, itu yang berlaku dalam kes ini. 

Mengikut penjelasan anak kepada penyewa yang meruntuhkan rumah diatas, ibu bapanya seperti dianiaya dan pemilik yang tamak langsung tidak mahu membayar satu sen untuk rumah yang dibina tersebut malahan memaksa si penyewa keluar secara paksaan.

Sumber : Facebook Ichi Safitri

Namun, kalau mengikut cerita pihak yang sebelah lagi pula, pemilik yang dikatakan tamak tersebut cuma mengenakan kadar sewa sebanyak RM200 sebulan sedangkan kalau mereka betul-betul tamak boleh sahaja tanah tersebut disewakan dengan harga yang lebih mahal.

 

Perjanjian Hitam Putih Wajib Ada!

Bukan mudah bila anda ingin menyewakan rumah-rumah anda kepada orang lain. Kerana bukan semua penyewa bersikap jujur dan amanah dalam menjaga aset tersebut.

Sebelum ini sudah banyak kes penyewaan rumah yang kita dengar. Ada yang penyewa bermasalah dan ada juga pemilik yang bermasalah.

Apa yang penting, sebelum anda membuat sebarang penjanjian mahupun pembayaran deposit pastikan kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Dan pastikan ada perjanjian hitam putih yang sah bagi mengelak sebarang konflik di kemudian hari.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN