Orang ramai sudah mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman kerana sudah bermulanya cuti persekolahan dan disusuli dengan cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. 

sumber: the vocket

Bagi mereka yang memandu ke kampung halaman, sudah pasti akan menghantar kereta ke pusat servis untuk memastikan tiada masalah ketika dalam perjalanan.

Tahukah anda, bukan kereta sahaja perlu di servis, tetapi pemandu juga perlu mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan pemanduan.

 

 Apa Itu Microsleep?

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tiba-tiba terlelap ketika sedang memandu? Sudah pasti ramai yang pernah mengalamai situasi seperti ini setiap kali memandu. 

sumber: siakap keli

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang dikatakan sindrom microsleep dan ramai yang mengambil ringan tanda-tanda yang dialami ketika memandu.

Microsleep berlaku kerana segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak dan berlaku dalam tempoh 1 hingga 30 saat.

Sindrom ini disebabkan keadaan mengantuk yang sering digabungkan dengan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton televisyen atau memandu.

Apabila anda merasa mengantuk, beberapa bahagian otak akan mula tertidur walaupun kita masih terjaga dan ini juga dikenali sebagai tidur setempat.

Antara tanda-tanda sindrom ini ialah anda mengelamun, kerap tersengguk, mata berkelip dengan perlahan dan tidak sedar apa yang berlaku beberapa minit yang lepas.

 

Pandu Dengan Laju Boleh Hilang Rasa Mengantuk?

Tambah Dr Ravih lagi, pemandu didapati memandu secara laju kononya untuk terus berjaga dan percaya mampu mengurangkan kesan mengantuk akibat kesan adrenaline adalah mitos semata-mata.

Walaupun pemandu merasa segar ketika memandu secara laju, Dr Ravih memberitahu kesan segar yang dirasai itu hanya seketika dan sistem badan akan ‘burn out’ akhirnya menyebabkan microsleep lebih lama.  

sumber: kosmo

Pekerja-pekerja syif seperti pemandu lori dan bas adalah yang berisiko menjadi mangsa microsleep yang lebih tinggi oleh kerana perubahan corak pola tidur kerana menggangu corak tidur normal boleh menyebabkan keletihan dan mengantuk pada siang hari.

 

Berhenti Rehat Seketika

Menurut media, Pakar Perundingan Perubatan  dan Nefrologi Hospital Pakar Putra Melaka, Datuk Dr S. Ravih berkata jangan memaksa diri untuk terus memandu dalam keadaan badan yang letih dan dengan mata mengantuk.

Beliau menyarankan untuk berhenti di mana-mana tempat yang selamat dan lelapkan mata buat seketika sekitar 5 minit atau berhnti setiap dua jam atau tiga jam jika pemanduan jarak jauh. 

sumber: sirap limau

Baru-baru ini terjadinya kemalangan yang meragut nyawa pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang juga ada kaitan dengan microsleep di mana suaminya, Ahmad Shah Rizal mengakui mengantuk ketika memandu.

Peranan penumpang juga amat penting untuk mengelakkan berlakunya microsleep dan seterusnya kemalangan. Peranan penumpang amat penting dengan berbual-bual dengan pemandu, perhatikan cara pemanduan, dan bertukar giliran untuk memandu pula selepas berhenti rehat.

 

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Setiap kali tiba musim perayaan, pasti akan berlaku kenaikan kadar kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun dan sebagai pengguna, hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sebelum anda memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri,  rancanglah perjalanan anda dan tangguh dahulu perjalanan jika anda sudah berasa letih dan mengantuk.

Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil inisiatif dengan membuka lorong kecemasan pada musim perayaan ini di dua lokasi kritikal iaitu Simpang Pulai hingga Gopeng (KM287-KM295.1) dan Slim River hingga Sungkai (KM367.6-KM360.5).

Tetapi PLUS memaklumkan pembukaan lorong kecemasan dikhususkan pada hari jumlah trafik tinggi atau kesesakan trafik adalah amat kritikal setelah mendapat kebenaran pihak polis di lokasi tersebut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, cara yang bagaimana yang dirasakan sesuai untuk mengurangkan kemalangan jalan raya disebabkan oleh sindrom microsleep ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN