Nilai sebuah rumah sekarang bukanlah seperti 10 atau 20 tahun lepas dimana walaupun anda hanya bekerja sebagai seorang kerani dan mendapat gred rendah, anda masih mampu untuk membeli sebuah rumah untuk disimpan sebagai aset kekal.
Ramai individu yang telah bekerja memilih untuk membeli rumah terutamanya jika harga bertepatan dengan kemampuan si pembeli. Ini kerana harga aset kekal ini selalunya akan meningkat.
Malah bagi pembeli yang bijak, mereka akan menyewakan rumah mereka dan secara tidak langsung bayaran sewa bulanan tersebut diguna untuk membayar pinjaman bank. Bijak bukan?
Namun begitu, isu pembelian rumah merupakan isu yang agak kritikal kerana mengikut anggaran hampir 300,000 ribu orang penjawat awam tidak mampu untuk membeli rumah sendiri dan mengharapkan kediaman-kediaman kerajaan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Dengan kadar sewaan yang jauh lebih murah berbanding rumah sewa persendirian, ramai penjawat awam yang akan terus menginap di rumah-rumah kerajaan ini sehinggalah tiba masa mereka bersara.
Rumah kos rendah yang dulunya dijual dengan harga RM40,000 sahaja kini rata-rata dijual dengan harga atas RM 150,000 itupun belum tentu mampu memuatkan sesebuah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai.
Kos Sara Hidup Tinggi, Buat 2 3 Kerja Untuk Hidup Selesa
Jika dilihat di sekeliling kita, masih ramai individu samada bujang mahupun sudah berkeluarga masih terkial-kial dalam menjalani kehidupan. Tak semestinya mempunyai kerja bermakna hidup sudah senang dan mewah.
Ironinya, ramai berpendapat bila sudah mempunyai pekerjaan, seseorang itu mampu untuk membeli kereta, membeli rumah dan hidup mewah dan sebagainya. Namun realitinya masih ramai ibu bapa yang kadang-kala terpaksa mengikat perut supaya anak-anak cukup makan dan keperluan.
Di zaman yang serba canggih ini ramai yang menggunakan peluang untuk meniaga secara online sama ada menjadi dropship ataupun memulakan perniagaan atas talian secara kecil-kecilan seperti menjual kek dan kuih muih dan juga barangan kelengkapan kanak-kanak dan sebagainya.
Â
Kos Sewa Beli Rumah Tinggi Punca Penghuni Projek Perumahan Rakyat Enggan Keluar
Sebelum ini, banyak isu penghuni yang mendiami rumah-rumah kos rendah milik kerajaan dihalau keluar kerana dipercayai sudah mempunyai tahap kewangan yang kukuh dan mampu untuk menyewa ditempat lain.
Ini kerana, peluang mendiami rumah sewa murah ingin diberikan kepada golongan yang betul tidak mampu dan merupakan kategori asnaf miskin.
Walaupun ramai yang dikatakan mengambil kesempatan untuk terus menginap walaupun sudah mempunyai gaji yang besar dan mampu berkereta mewah, namun ada juga yang mengatakan dek kerana kadar sewa yang tinggi yang membuatkan mereka ingin terus kekal menyewa di rumah-rumah sewaan kerajaan.
Skim Rumah Pertama
Terdapat pelbagai initiatif kerajaan bagi membantu golongan bergred rendah untuk memiliki rumah idaman mereka iaitu melalui ‘Skim Rumah Pertamaku’ dimana tiada wang pendahuluan akan dikenakan kepada pembeli.
Ini membuka peluang kepada golonga bergaji rendah untuk membeli rumah sebagai pelaburan masa hadapan mereka.
Sebagai konklusi, apa yang kita boleh lakukan supaya setiap warga mampu membeli rumah sendiri? Kenaikan gaji ataupun harga rumah diturunkan?
KATA ORANG
Di luar sana ada ramai lg Penjawat Awam yg tak mampu memiliki rumah sendiri. Ada pula Penjawat Awam yg mampu beli rumah tp disewakan utk meraih keuntungan. Ada yg mbeli rumah ni dah pun memiliki dua ke tiga biji rumah. Mohon YB @zuraida_my ambil perhatian serius thadap isu ini.
— Love Life (@LoveLif28750571) 6 December 2018
Jika BN Menang, Gaji Penjawat Awam Naik? Senang ke Beli Rumah? Gaji tinggi tak semestinya mampu membeli rumah ye. Jom baca artikel ini. https://t.co/PwkwsgAI26
— kakiproperty.com (@KakipropertyMy) 8 May 2018
Penjawat awam beli rumah sebiji pun tak mampu bayar downpayment.Apply personal loan pun tak lulus. Sbg warganegara malaysia apa gunanyer. Epf yang patut diguna untuk bayar downpayment rumah, sudah dibayar penuh utk ptptn. Kalau tak loan rumah tak lulus ðŸ˜. Suffering
— Yash Raj🗼 (@Yashvinnn) 7 April 2018
Air bakal tiada, tariff elektrik naik, gaji penjawat awam naik, gst nak start tahun depan, rumah tak mampu beli #masalah
— Faten Ibrahim (@fatenhyde) 25 June 2014