Selepas setahun Pakatan Harapan mentadbir negara, akta yang dianggap drakonian iaitu Akta Hasutan 1948 masih terus digunakan dalam pentadbiran hari ini.

Terbaru, penceramah bebas  Ustaz Wan Ji Wan Hussin telah dijatuhkan hukuman setahun penjara dibawah akta terbabit kerana didakwa menghasut terhadap Sultan Selangor.

Sumber: MyNewsHub

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap hukuman penjara dan Hakim Abdul Halim Aman malah meminda hukuman dengan menambah hukuman Wan Ji dari sembilan bulan kepada setahun, setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

Wan Ji dituduh menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membabitkan isu agama dalam akaun Facebook beliau.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam pada 5 November 2012.

 

Tindakan Melampaui Batas

Dalam ringkasan penghakimannya, Abdul Halim berkata, kata-kata Wan Ji itu secara jelas dilihat menghasut dan menanam kebencian rakyat terhadap institusi raja-raja.

Beliau menyifatkan ini tindakan yang melampaui batas dan turut mengigatkan mengenai prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja-raja.

Malah beliau juga mengingatkan pada satu lagi prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

“Sultan adalah payung negeri, tempat rakyat bernaung di bawahnya,” katanya dipetik

 

Pertikai Hukuman Lebih Berat

Dalam pada masa sama, Peguam Syahredzan Johan mempersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang membuat rayuan bagi hukuman lebih berat terhadap Wan Ji.

Kata Syahredzan, tindakan pendakwaan itu wajar dipersoalkan memandangkan ia bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang sedang menuju pemansuhan Akta Hasutan.

Disamping itu katanya, bagi hukuman untuk akta hasutan ini adalah denda sahaja bukannya dipenjarakan.

Menurut beliau lagi, keputusan mahkamah untuk membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah juga adalah sesuatu yang “memeranjatkan”.

Sumber : The Straits Times

Selain itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim menganggap hukuman penjara setahun yang dikenakan ke atas Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan terlalu keras dan tidak selari dengan pembaharuan demokratik.

Katanya, ini sesuatu yang malang dan bersimpati keatas nasib yang menimpa Wan Ji.

 

Pemuda PH Bersolidariti, Kakak Wan Ji Kecewa

Ekoran hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan kepada Wan Ji, pemuda Pakatan Harapan menyatakan solidariti mereka bermula semalam.

Pengarah mobilisasinya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata pihaknya akan menggerakkan mobilisasi di setiap peringkat.

Ia termasuklah dalam memberikan sokongan moral kepada Wan Ji dan keluarganya dalam program di hadapan Penjara Kajang yang diadakan malam ini.

Dalam pada masa sama, satu pesanan yang didakwa dari kakak Wan Ji telah tular di Whatsapp. Kakak Wan Ji meluahkan rasa kecewa terhadap pemerintahan PH pada hari ini.

Katanya, sebelum PRU-14 Wan Ji telah diarak ke mana saja untuk memberi penjelasan tentang Maqasik Syariah, namun apabila menang Wan Ji dipenjarakan.

 

Mansuhkan Akta Hasutan

Ramai pihak menggesa agar akta rimba ini dimansuhkan segera selari dengan manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

Ia termasuk Pemuda Amanah yang menyifatkan pemansuhan ini penting Malaysia baru hari ini akan dilihat mengangkat agenda kebebasan dan hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa ahli parlimen dan pemimpin pembangkang terdahulu juga tidak terkecuali untuk disabitkan kesalahan di bawah akta ini yang dianggap telah disalah guna terhadap mereka termasuklah beberapa pemimpin Keadilan, Rafizi Ramli, N. Surendran , Nik Nazmi Nik Ahmad, Teresa Kok, Tian Chua, Khalid Samad , R.S.N. Rayer, Nga Kor Ming dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah keputusan mahkamah menambuh hukuman 9 bulan ke setahun penjara keatas Wan Ji wajar?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN