Baru-baru ini tular isu pelanggan perniagaan dalam talian, Lazada yang berang dengan perkhidmatan jualan mereka yang seolah-olah menipu pelanggan. Bukan satu dua, malah hampir puluhan pelanggan memuatnaik status mereka dengan gambar belian.

Isunya ialah apabila barang lain yang dibeli namun barang lain yang dihantar. Seutas tasbih dihantar dan mengantikan barangan pelbagai harga yang dibeli oleh pelanggan. Bayangkan, ada yang membeli barang  basikal dengan harga ratusan ringgit namun yang dihantar hanyalah sebuah tasbih yang boleh dibeli dengan harga RM5-RM10.

 

Taktik Penipuan Terbaru, Pelanggan Tawar Hati

Adakah ini taktik penipu-penipu atas talian menjalankan modus operandi terbaru mereka? Dengan menggunakan sebuah platform peniagaan online yang terkemuka seperti Lazada, kerana pastinya pembeli tidak akan mengesyaki sesuatu yang tidak telus.

Lihat sahaja jumlah pembeli dan keuntungan harian yang berjaya dikutip oleh syarikat ini, dan pastinya dengan permintaan pembelian secara atas talian tinggi kerana rata-rata pelanggan merasakan urusan pembelian sebegini lebih mudah dan tidak memenatkan

Ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan wang minyak dan tenaga. Hanya tempah, tunggu dan barang anda akan sampai di pintu rumah.

Tidak dinafikan, ramai peniaga yang mendapati dengan wujudnya platform atas talian seperti ini peluang mereka dalam memasarkan produk-produk sehingga keluar meningkat dan secara tak langsung turut meningkatkan pendapatan mereka.

Namun begitu, tetap ada individu ataupun syarikat sementara yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai.

Menurut perkongsian seorang wanita juga, kisah penipuan tasbih ni dilihat seperti dilakukan oleh individu ataupun syarikat yang sama. Dan apabila rata-rata pelanggan yang ditipu ingin membuat laporan, akaun penjual sudah dipadam.

Dan kerana isu penipuan ini juga, ramai yang lebih suka membeli di perniagaan atas talian Shopee dimana walaupun tempoh penghantaran agak lambat untuk sesetengah barang, namun kualiti barang pasti sama seperti yang diiklankan.

 

 

Tasbih Jadi Troll

Dalam ramai yang berang dengan insiden penipuan penjual dari Lazada ini, tidak kurang juga individu yang merasakan perkara ini sebagai suatu hal yang lucu.

Dikatakan mungkin melalui penipu ini, ramai yang akan mula berzikir dengan tasbih yang di berikan.

Sampai kesitu tahap ‘husnuzon’ mereka.

 

Semak Review& Rating Sebelum Beli

Zaman sekarang sudah canggih, dengan mudahnya kita boleh mendapat maklumat tentang penjual yang menjalankan perniagaan diatas talian dengan mudah dan cepat.

Dengan pelbagai kisah penipuan oleh peniaga-peniaga online di media social, pelanggan patut jadi lebih bijak sebelum membeli dan membuat pembayaran untuk sesuatu produk yang ingin dibeli.

Kalau RM10-RM20 masih boleh dimaafkan, tapi kalau sampai mencecah ratusan ringgit siapa yang tak marah.

Dalam mengikuti luahan pelanggan-pelanggan yang tertipu, mereka turut mengecam pihak Lazada yang seperti tidak mengambil berat isu penipuan oleh penjual-penjual yang mendaftar dengan mereka.

Dengan isu respon yang lambat dan juga laporan mereka yang tidak dicatat dan direkodkan, rata-rata pelanggan agak kecewa dengan perkhidmatan mereka.

Yang penting, pengajaran yang boleh kita belajar, pastikan kita semak dan kaji dahulu dengan siapa kita ingin membuat belian.

Lihat komen-komen pembeli sebelum ini, ataupun semak rating mereka. Jika respon balas yang diterima baik dan bagus, jadi mungkin penjual tersebut boleh dipercayai.

Fikir sebelum berbelanja, jadilah pembeli yang bijak.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu ini?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN