Beberapa hari lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mendedahkan sebanyak 149 daripada keseluruhan 150 premis makanan nasi kandar di negeri itu tidak memiliki sijil halal.

Sumber: Utusan Malaysia

Daripada keseluruhan premis makanan tersebut, hanya satu sahaja premis yang memiliki sijil halal manakala premis yang lain masih di dalam proses untuk menuntut sijil halal berkenaan.

Pendedahan itu sama sekali mengejutkan orang ramai serta penduduk di negeri itu yang mana mereka tidak sedar premis makanan yang mereka kunjungi selama ini tidak mempunyai sijil pengesahan halal.

 

Salah Siapa?  

Itu baru sahaja Negeri Sembilan, negeri-negeri yang lain bagaimana pula?

Dengan pendedahan yang dibuat ini, di mana silapnya?

Sumber: KwikNews

Adakah salah pengusaha restoran itu sendiri yang sengaja tidak mahu mendapatkan sijil halal atau ketegasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahupun JHEAINS yang menyebabkan pengusaha restoran ini sukar untuk mendapatkan sijil halal sekaligus menyebabkan permohonan mereka ditolak?

Perkara itu memang tidak dapat dinafikan lagi memandangkan pengeluaran sijil halal dilihat ketat bagi memastikan standard halal nombor satu dunia tidak dicemari.

Sumber: ISMAWeb

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan sijil halal ini memandangkan setiap perniagaan yang diusahakan itu sama sekali perlu menjalankan perniagaan yang halal bukan sahaja aspek syarak tetapi turut sama menepati konsep halal toyyiban, bersih, suci dan selamat di makan oleh pengguna.

Bila sebut mengenai kedai mamak, tahu-tahu sahajalah dengan tahap kebersihan mereka. Ada yang bersih, ada pula yang terlalu kotor hingga terpaksa ditutup, itupun selepas mendapat aduan pengguna atau kuasa ‘viral’.

Sekiranya tidak berbuat demikian, akan ada pelanggan yang jatuh sakit dikemudian hari.

 

Sudah Tiba Masanya Untuk Kerajaan Mewajibkan Sijil Halal

Meskipun, pengusaha restoran ini berjaya memperoleh sijil berniaga daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tetapi tidak bermakna mereka boleh mengambil kesempatan untuk beroperasi tanpa sijil halal.

Selagimana kerajaan tidak mewajibkan pengusaha restoran untuk memiliki sijil halal, selagi itulah kes sebegini tidak akan selesai.

Maka tidak hairanlah ada pengusaha yang berani membuat sijil halal ciplak malah berani menampal sijil halal yang sudah tamat tempoh di restoran masing-masing.

 

Tidak Perlu Susah, Sekiranya Ragu-Ragu Semak Sahaja Di Portal!

Sumber: www.halal.gov.my.

Apa susah-susah, sekiranya anda masih berasa ragu terhadap sesuatu restoran itu sama ada halal atau tidak, semak sahaja status jaminan halal dengan melayari portal rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

Di situ, orang ramai dapat menyemak status halal produk atau premis perniagaan sama ada ianya diiktiraf oleh Jakim atau tidak.

Walaupun ada pengusaha restoran meletak ayat suci Al-Quran secara tergantung, tidak bermakna premis tersebut halal memandangkan ianya salah satu taktik untuk memperdaya pelanggan bahawa premis itu milik orang Islam.

Sekiranya masih was-was, layari sahaja portal tersebut untuk membuat semakan kerana isu halal ini sangatlah sensitif dan perlu dihormati semua pihak.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Dalam isu ini, perlukah pihak berwajib menggiatkan lagi pemantauan mereka terhadap semua premis bagi mengelak kejadian sebegini daripada berulang?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN