Baru-baru ini, isu merokok di tempat awam menjadi perbualan hebat masyarakat hingga kerajaan mahu mengisytiharkan perintah larangan merokok di semua restoran terbuka seluruh negara.

Namun begitu, cadangan itu masih di peringkat perbincangan pihak Kementerian Kesihatan sebelum ianya dilaksana.

Jika dilihat di kedai mamak misalnya, cukup ramai individu merokok secara terbuka tanpa menghiraukan individu di sekeliling.

Penulis sendiri kerap berada di dalam situasti di mana si perokok tegar ini merokok di tempat awam walhal di kawasan itu terdapat seisi keluarga yang sedang menikmati juadah mereka bersama anak kecil.

Dalam situasi seperti ini, adakah si perokok tegar ini tidak berasa bersalah apabila mereka merokok di kawasan yang terdapatnya kanak-kanak walaupun mereka tahu bahawa asap rokok itu sememangnya memberi kesan buruk kepada sesiapa yang menghidunya.

 

Peranan Sebagai Masyarakat?

Sebagai masyarakat yang prihatin, apabila kerajaan sudah mengeluarkan atau meletakkan notis larangan merokok di sesuatu tempat, arahan yang dikeluarkan itu perlu ditepati.

Jika mahu merokok sekalipun, si perokok tegar ini perlu lihat kawasan sekeliling terlebih dahulu.

Mungkin satu hari nanti apabila kerajaan sudah mengeluarkan arahan berkenaan, kerajaan boleh membuka satu platform baru di media sosial supaya orang ramai yang terlihat mana-mana individu merokok yang mengingkari arahan berkenaan, perlulah diambil tindakan.

 

Cara Berkesan?

Orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa atau kementerian kesihatan jika terdapat individu yang merokok di tempat yang sudah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok walaupun kerajaan sudah menyediakan notis atau pelekat premis larangan merokok atau vape.

Ada juga yang mengatakan jika pelekat ditampal atau saman dikeluarkan sekalipun, si perokok tegar ini pasti tidak akan mengendahkan arahan kerana beranggapan tahap penguatkuasaan terhadap undang-undang ini masih lemah.

Seorang pengguna di Twitter yang menggunakan nama hfh_husnafz berkata, jika kerajaan hanya mengeluarkan cadangan tetapi strategi penguatkuasaan terhadap cadangan itu masih lemah, si perokok tegar ini akan mudah ‘makan saman’ jikalau kerajaan hanya membuat cadangan tanpa tindakan tegas.

Bukan itu saja, pemilik restoran juga perlu mengikut arahan dengan tidak menjual rokok kerana ianya akan menarik lebih ramai individu membeli rokok di restoran lalu merokok di kawasan itu.

KATA ORANG

Perokok mulai pada ngeluh grgr rokok udah mulai naik, mau beralih ke Vape pun di larang. Spong aja spong mank

Demi Kesehatan, Pemerintah Indonesia Bakal Larang Vape dan Rokok Elektrik ift.tt/2O2RBuD

test Twitter Media - Demi Kesehatan, Pemerintah Indonesia Bakal Larang Vape dan Rokok Elektrik   https://t.co/GWBfXMPJHg https://t.co/axD5CxzioO

BPOM mengusulkan larang vape atau rokok elektrik karena ditemukannya berbagai zat kimia berbahaya. Apa efek zat tersebut bagi tubuh? Ini penjelasannya. #BPOM #Vape via @detikHealth health.detik.com/berita-detikhe…

BPOM Indonesia mengusulkan pelarangan vape atau rokok elektrik karena bukti kandungan berbahayanya. Beberapa negara ini diketahui sudah duluan melarang vape. #Vape #RokokElektrik via @detikHealth health.detik.com/berita-detikhe…

KATA ANDA

Adakah ini permulaan langkah yang baik bagi membendung gejala merokok di tempat awam?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN