Menjadi suatu kebanggaan kepada rakyat Malaysia apabila negara ini telah menduduki tempat pertama daripada enam buah negara dengan penilaian terbaik dalam kategori Kesihatan Terbaik Dunia bagi tahun 2019.

Penilaian dibuat berdasarkan faktor hospital yang bersih, cemerlang,  doktor yang terlatih, dan harga yang berpatutan. Kedudukan ini semestinya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa mengatasi Perancis di tempat kedua dan Thailand di tempat ketiga.

Majoriti Doktor Dilatih Dari 3 Negara Berbahasa Inggeris

The Joint Commission International (JCI) yang merupakan satu organisasi diiktiraf di seluruh dunia telah membuat penilaian dan meneliti taraf perkhidmatan kesihatan seluruh dunia. Sebanyak 13 buah hospital di negara ini telah dinilai dan mendapati hampir semua doktor telah dilatih dari Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia kerana fasih berbahasa Inggeris serta mampu berkomunikasi dengan baik.

Sumber: Oh Media

Merancakkan Pelancongan Kesihatan

Berdasarkan laporan Malaysia Healthcare Travel Counil (MHTC), Malaysia menjadi salah satu destinasi utama dunia bagi pelancongan perubatan diikuti Costa Rica, Columbia, Mexico dan Thailand. Malah, Malaysia juga telah memenangi Best Medical Travel Award empat tahun berturut-turut bermula dari tahun 2015.

Jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS), pesakit dapat berjimat sehingga 85 peratus dari segi kos. Dengan nilai mata wang Dollar AS yang semakin mengukuh dan tiket penerbangan yang lebih murah akan merancakkan lagi kedatangan pelancong-pelancong kesihatan ke negara ini bagi mendapatkan rawatan yang berkualiti dengan kos yang rendah.

Kemudahan lapangan terbang yang yang dekat dan mudah di ketiga-tiga bandar iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka telah menjadikan kawasan ini sebagai pusat perubatan utama diikuti.  Kesannya, industri pelancongan kesihatan negara berkembang sekitar 16 hingga 17 peratus setahun berbanding global iaitu sekitar 12 hingga 14 peratus.

Kenapa Penting Pelancongan Kesihatan?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherena Azli, secara purata, seorang pelancong perubatan akan memberi sumbangan sebanyak ‘dua kali ganda’ kepada ekonomi negara berbanding dengan pelancong biasa.

Sumber: nst

Pada tahun 2016, sektor pelancongan kesihatan telah menjana pendapatan negara sebanyak RM 1 bilion dengan kehadiran pelancong sebanyak 860,000 orang.

Antara rawatan yang biasa dicari oleh pelancong kesihatan berdasarkan laporan The Star ialah cardiology, orthopaedics, in-vitro fertilization (IVF), neurology, oncology, dentistry, cosmetic surgery dan health screenings.

Peruntukan Dari Kerajaan

Menerusi Belanjawan 2019, sebanyak RM20 juta diberikan oleh kerajaan kepada MHTC bagi memastikan industri pelancongan kesihatan mengembang kepada 25 peratus pada tahun 2019. Sasaran utama pelancongan kesihatan ialah dari Indonesia, India, China, Vietnam dan Myanmar.

Dengan pengiktirafan ini diharapkan dapat membuka mata rakyat Malaysia khususnya dan orang luar bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan yang terbaik di dunia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sektor manakah yang memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN