Pernahkah anda dengar pepatah yang mengatakan ‘mak seorang boleh jaga 10 anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh jaga mak seorang’. Cukup mendalam maksudnya, namun itulah hakikat.

Malangnya ada ibu bapa yang apabila sudah tua dan tidak mampu menguruskan diri sendiri, akan dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anak mereka dengan alasan kekangan kerja.

Ada juga yang menganggap ibu bapa mereka sebagai beban dan tidak sanggup berbelanja untuk menanggung makan dan minum ibu bapa mereka.

Berapalah sangat wang yang perlu dibelanjakan untuk ibu bapa yang sudah tua? Kalau untuk gajet kita sanggup berbelanja ribuan ringgit, takkan untuk mak ayah sendiri kena berkira.

Bukan sahaja di Malaysia, malah inilah realiti kehidupan ibu dan ayah seluruh dunia. Ketika jasa mereka sudah tidak diperlukan lagi, mereka dibuang begitu saja tanpa belas kasihan.

Sebagai ibu bapa, hanya mampu redha dan menerima sahaja nasib yang menimpa diri mereka.

Nak melawan ataupun dipukul anak tersebut sudah terlambat.

Dirumah orang tua lah ibu dan ayah yang sudah tua ini menagih simpati dan ihsan orang-orang yang menjaga mereka.

Ada yang beruntung dan bertuah kerana ditempatkan ditempat dimana pekerja dan pengendali pusat tersebut betul-betul ikhlas menjalankan kerja mereka.

Namun malangnya ada warga tua ini yang kehidupan mereka bertukar lebih teruk apabila diuruskan oleh orang-orang yang tidak bertanggugjawab.

Terbaru, sebuah video tular apabila seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai penjaga di sebuah pusat jagaan orang tua di Seremban dilihat cuba berkelakuan kurang sopan terhadap seorang penghuni wanita di situ.

Sikapnya yang dilihat tidak menghormati makcik berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana seperti cuba memprovok makcik tersebut dengan gurauan bodohnya.

Ramai yang mengharapakan agar video ini tular dan sampai kepada anak makcik berkenaan dengan harapan mereka tahu bagaimana ibu mereka dilayan  di pusat tersebut.

 

Wajarkah Segelintir Anak-anak Lepas Tangan?

Jika anda pernah melawat rumah orang-orang tua, pasti pelbagai cerita sedih yang boleh anda dengar dari setiap satu daripada penghuni di situ.

Ada yang dipaksa untuk tinggal disitu, namun ada juga yang secara sukarela membuat keputusan untuk tinggal disitu kerana sudah tidak sanggup dizalimi anak-anak dan dicampak kesana kemari seperti tiada nilai.

Waktu ibu bapa berduit ada sahaja yang menemani, namun apabila mereka sudah tua dan tidak berdaya ramai anak-anak yang hilang rasa simpati dalam diri.

Anak yang dulu ditatang bagai minyak yang penuh, kini sanggup menderhaka kepada ibu bapa sendiri kerana lebih memilih mendengar kata suami atau isteri.

Anak yang dulu dibelai dan curahi dengan intan dan permata, kini hilang terus memori setiap jasa dan keringat ayah yang pernah jatuh demi mereka.

 

Di Malaysia belum pernah dengar lagi dia media massa cubaan seorang anak membunuh ibu bapa, namun di negara China terlalu banyak kes dimana anak-anak cuba pelbagai usaha secara senyap-senyapa supaya ibu bapa mereka mati.

Hanya kerana rasa terbeban perlu menanggung ibu bapa yang semakin tua, malahan ramai yang menyalahkan polisi kerajaan yang hanya membenarkan satu keluarga untuk mempunyai satu anak.

Ini kerana apabila ibu bapa mereka sudah tua, dengan hanya mempunyai seorang anak, ianya menyukarkan proses penjagaan dan akan menjadi sangat membebankan.

Belum lagi kes-kes penderaan orang tua. Terlalu banyak seolah-olah manusia sudah hilang rasa simpati dalam diri.

Diharapkan di masa depan, nilai seorang ibu dan bapa itu akan disanjung tinggi oleh anak-anak. Hargailah mereka walaupun mereka hanya insan miskin yang tidak berharta.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN