Hati sering berubah, seumpama sehelai bulu di tengah padang. Berputar-putar mengikut haluan angin yang datang dan pergi. Sekiranya hati itu baik, maka seluruh anggota badan akan menjadi baik.

Sumber: Berita Harian

Bagi umat Islam, Al-Quran adalah sebahagian daripada cara mereka ‘berhubung’ dengan Allah kerana ayat-ayat suci yang terdapat dalam al-Quran adalah kalam Allah, antaranya dengan menunaikan solat.

Perubahan yang baik pastinya sangat disenangi oleh Allah dan apa yang dilakukan oleh usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau dikenali sebagai Safiey Ilias berhijrah kearah kebaikan buat kali kedua disambut baik oleh orang ramai.

Buang Implan Silikon Di Dada

Baru-baru ini , Safiey memberitahu orang ramai bahawa dia selamat menjalani pembedahahan membuang implan silikon di dadanya buat kali kedua.

Kali pertama Safiey membuang implan di dada ialah pada tiga tahun lalu sebelum memutuskan untuk kembali menjadi maknyah.

Dia dikhabarkan menerima rawatan dan selamat menjalani pembedahan tersebut di Hospital Kuala Lumpur (HKL)semalam.

Takut Balasan Allah

Setiap orang yang melakukan dosa pasti menerima balasan dari Allah. Dan menjadi maknyah adalah perbuatan yang mendapat murka Allah.

Itulah juga mendorong Safiey untuk terus istiqomah dan berubah ke jalan yang diredhai Allah dan juga ibubapanya.

Berfikir tentang kematian dan hari akhirat menguatkan hatinya untuk betul-betul berubah kali ini.

Sumber: IG Safiey

Ketika kita ingin berbuat kebaikan pasti ada kawan dan lawan kita. Begitu juga Safiey yang menyatakan dia juga ada halangan dari kawannya untuk dia berubah menjadi lelaki.

Namun, dia tekad dan mahu mendapat redha kedua ibubapanya, halangan itu dapat ditepis sehingga dia selamat membuang implan silikon tersebut.

Memikirkan balasan di akhirat dia tidak mahu terus bergelumang dengan dosa hanya menjadi maknyah. Hanya Allah peneman hidup dan dia mempunyai jawapan di hadapan Allah kelak.

“Harap Terus Istiqomah”

Sebilangan besar ramai sangat menyokong tindakan Safiey yang dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah kali ini.

Sumber: IG Safiey

Sanggup menahan siksa sakit akibat pembedahan walaupun itu dulu pilihannya. Namun, siapa kita untuk menghukum manusia lain. Kita hanya mendoakan agar Safiey terus istiqomah untuk berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik kepada kedua ibubapanya.

Ramai mengharapkan supaya Safiey jangan patah balik kejurang kehancuran. Mereka terus mendoakan kebaikan untuknya.

Kesakitan sebenarnya adalah anugerah Allah kepada umat-Nya  supaya sentiasa ingat kepada kekuasaan-Nya. Sungguh indah hidayah yang diperoleh oleh Safiey, ini adalah teguran kedua Allah kepada umatnya itu.

“Gimik Untuk Lariskan Produk”

Walau bagaimanapun, ada juga yang masih berfikiran negatif terhadap perubahan Safiey ini. Mereka menganggap ini hanyalah gimik yang cuba dibuat Safiey bagi mendapat sokongan orang ramai terhadap produk keluarannya.

Sumber: FB Malaysiakini

Ketika dia menjadi maknyah untuk kali kedua, orang ramai mula memboikot produk kosmetik keluarannya dan produknya tidak mendapat sambutan.

Pada April 2016, Safiey melakukan pembedahan sama untuk kembali kepada fitrah sebagai lelaki.

Sumber: IG Safiey

Ekoran perubahan itu Menteri di Jabatan perdana Menteri ketika itu, Jamil Khir Baharom meminta golongan transgender mengikut jejak langkah yang sama.

“Bimbang Berulang Lagi”

Namun tidak lama selepas itu Safiey mencipta kejutan apabila menjadi ‘wanita’ semula dengan memuat naik gambar berpakaian wanita di media sosial.

Safiey pada masa itu menjelaskan dia lebih tenang kerana tidak perlu berpura-pura menjadi baik.

Sumber:facebook

Tindakan Safiey kali ini mengundang persoalan orang ramai, sama ada dia betul-betul berubah menjadi lelaki atau kerana perniagaanya? Mereka bimbang Safiey berpura-pura seperti dulu.

Apa-apa pun kita terus mendoakan Safiey terus berada di jalan yang benar dan tidak kembali kepada watak yang lama.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa Safiey benar-benar istiqomah atau sebaliknya?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN