Setiap hari kita pasti akan disajikan dengan iklan atau promosi krim kecantikan kulit di televisyen, radio mahupun di media sosial.

Namun di sebalik iklan tersebut, adakah kita cakna terhadap isi kandungan yang terdapat di dalam krim berkenaan sama ada ianya mengandungi bahan merkuri yang berbahaya atau sudah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Golongan wanita dan kanak-kanak terutamanya sering menjadi mangsa kepada penipuan produk kosmetik sebegini kerana mereka merupakan target utama agen penjual produk sebegini lebih-lebih lagi mereka ini amat mudah sekali terpedaya dengan tawaran atau keistimewaan yang terdapat dalam bahan krim tersebut.

Mana tidaknya, jika kulit wajah seseorang itu pudar mahupun berjerawat, mereka pasti ingin kelihatan cantik selepas penggunaan sesuatu produk itu.
Jika kita lihat pada masa kini, pelbagai produk kecantikan ditawarkan di pasaran termasuk produk pelangsingan badan, krim pencerah dan sebagainya yang menjanjikan pengguna untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu serta putih.

Di media sosial sendiri, sering kita perhatikan berlaku perdebatan di antara netizen serta doktor bertauliah yang sering menasihatkan pengguna supaya tidak terpedaya dengan agen penjual produk bahan terlarang seperti ini.

 

Sumber: Twitter

Doktor Turut Memberi Sokongan

Isu ini turut mengundang reaksi Pelatih Jurubedah Dr. Amalina Che Bakri hingga beliau sedia berdebat dengan mana-mana pengasas produk kecantikan, pembekal, pengaruh sosial media dan selebriti yang mempromosi produk berkaitan.

Sumber: Twitter

Kenyataan yang sering diutarakan Dr Amalina di media sosial turut mendapat sokongan daripada Dr Rafidah Abdullah yang dilihat turut sama memberi sokongan terhadap isu berkaitan dengan penyalahgunaan produk suplimen dan ubatan bagi tujuan kecantikan.

Keprihatinan kedua-dua doktor perubatan ini di media sosial juga mengundang reaksi positif dalam kalangan masyarakat yang mana mereka sentiasa berinteraksi bersama pakar perubatan mengenai sesuatu produk tersebut.

Bukan itu sahaja doktor Amalina turut meluahkan rasa kecewanya terhadap masyarakat yang enggan mendengar nasihat daripada doktor pakar yang sememangnya sudah terbukti mempunyai bahan terlarang di dalam produk tersebut.

Sumber: Twitter

Ada juga di antara mereka yang memberi pendapat supaya wujudkan satu saluran perbincangan di media sosial mengenai ubat atau mana-mana produk di pasaran kepada pengguna agar mereka tidak terus ditipu dan berhabis duit demi mendapatkan wajah yang cantik.

 

 

 

Kesan Merkuri Dalam Produk Kecantikan

Ramai yang masih belum arif tentang kesan sampingan bahan merkuri yang terdapat di dalam produk kecantikan.

Sebenarnya, bahan merkuri yang terkandung di dalam produk kecantikan atau pencerahan kulit boleh mengundang kerosakan terhadap buah pinggang kerana merkuri amatlah berbahaya kepada manusia dan harus dijauhi daripada kanak-kanak.

Merkuri bukan sahaja memberi kesan kepada kanak-kanak malah ia juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan parut serta mengundang jangkitan bakteria dan kulat.

Dalam perkara ini, orang ramai perlu menilai setiap pandangan yang diberi oleh doktor daripada terpedaya dengan produk- produk kosmetik yang kita tidak tahu kandungan baik serta buruknya kerana doktor berperanan untuk mendidik masyarakat.

Jika masyarakat pun tidak mahu mendengar arahan doktor, siapa lagi yang akan mendidik mereka? Fikirkan.

Banyak negara lain sudahpun mengharamkan produk yang mengandungi bahan merkuri seperti pencerah muka daripada berada di pasaran. Namun, Malaysia masih lagi bebas menggunakan bahan merkuri walaupun ia mendatangkan bahaya kepada manusia sejagat.

KATA ORANG

@nanakrisdian @rlthingy Ilangnya ya?? Klo di muka kemarin pas udh kering semua aku lgsung ke cus dokter kulit dikasih krim semingguan lebih udh ilang tp yg dibadan blm

@Innayaputri72 Kalo buat ngilangin kusamnya muka Mahfud MD perlu berapa lusin krim nya ?

Kalau hang tak nak kena tipu oleh infleuncer atau selebriti untuk membeli krim muka timbang kilo yang mengandungi merkuri, sila baca bebenamg di bawah: twitter.com/dytiaaurinh/st…

@2020akukayaraya @womanfeeds Yg bikin manglingi wkwkwk kalo krim kyk mdGl0w klinik kecantikan trmasuk yg bikin muka licin ga sih kak? Soalnya kan yg aku liat sih yg dibahas yg kirim2 racikan abal gitu

KATA ANDA

Apa pandangan anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN