Setiap kali mendengar bacaan suci Al-Quran, hati kita pasti akan berasa tenang dan nyaman sahaja bukan?

Sumber: Malaysiakini

Tetapi lain pula kejadian yang berlaku di Terengganu semalam, apabila seorang imam yang sedang khusyuk membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara selepas solat subuh ditikam seorang lelaki hanya disebabkan mengganggu tidurnya.

Difahamkan, lelaki yang menikam imam terbabit positif methamphetamine dan turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan orang dan penyalahgunaan dadah.

Jadi, tidak hairanlah mereka yang berada di bawah pengaruh dadah ini sanggup berkelakuan ganas dan bertindak di luar kawalan tanpa sedar.

Dalam masa yang sama, timbul juga persoalan mengenai kewajaran menggunakan pembesar suara ini ketika membaca Al-Quran. Adakah tindakan tersebut merupakan satu perkara yang dituntut dalam Islam atau sebaliknya?

 

Tidak Wajar Baca Al-Quran Guna Pembesar Suara

Dalam hal ini, mungkin ada sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan membaca Al-Quran dan zikir yang mana ia perlu dilakukan dengan kuat untuk menggalakkan orang ramai beribadah.

Sumber: detikNews

Namun, apa yang disyariatkan dalam Islam hanya laungan azan sahaja yang boleh dilakukan secara kuat menggunakan pembesar suara dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan urusan dunia sementara.

Sementara, membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara sewajarnya dielakkan kerana perbuatan itu sama sekali boleh memberi gangguan kepada orang lain tanpa disedari.

Sekiranya mahu membaca Al-Quran di ruang solat dengan nada kuat, seeloknya cari kawasan penjuru supaya tidak mengganggu jemaah lain yang sedang solat dan beristirehat.

Gambar sekadar hiasan

Apa-apa pun, setiap seorang itu perlu sentiasa beringat bahawa hukum membaca al Quran dengan kuat sehingga mengganggu orang yang sedang solat dan tidur itu adalah makruh.

Sedangkan laungan azan itu sendiri mempunyai syaratnya inikan pula membaca Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara.

 

Dadah Juga Jadikan Manusia Hilang Kawalan

Dalam isu ini, kesalahan itu tidak harus diletakkan pada imam sahaja, tetapi pengaruh dadah yang kuat itu juga menjadi pendorong untuk seseorang itu bertindak di luar kawalan.

Lebih-lebih di bulan Ramadan ini, ramai yang menjadikan masjid sebagai tempat untuk beriktikaf dan beribadah.

Namun perlu diingat, dalam ada yang ramai mengunjungi masjid itu tidak semua daripadanya cenderung untuk melakukan ibadat. Ada yang mengunjungi masjid kerana mahu mencari kedamaian.

Sumber: Kosmo

Jadi, apabila kedamaian yang dicari itu telah diganggu, ia pasti boleh menimbulkan rasa tidak puas hati hingga bertindak di luar kawalan dengan menikam mereka yang tidak bersalah seperti yang berlaku dalam kes ini.

Sebagai kesimpulannya, perbuatan yang dilakukan si penagih ini dengan menikam orang merupakan satu kesalahan berat dan wajar untuk dihukum melalui hukuman sedia ada kerana telah mendatangkan kecedaraan serius pada orang lain.

Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, pihak masjid selepas ini mungkin perlu mengetatkan lagi kawalan di ruangan masjid dengan memantau sebarang gerak geri yang aneh.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, siapa yang sewajarnya dipersalahkan dalam hal ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN