Apple merupakan satu jenama yang gah di serata dunia dan telefon pintar iPhone merupakan boleh dikatakan pilihan utama masyarakat diseluruh dunia.

Sumber: Youtube

Pemilik iPhone senang dijumpai di mana-mana sekalipun, tidak kisahlah model mana sekalipun. IPhone ini sangat dipandang tinggi oleh penggemar teknologi.

Apa yang berjaya ditonjolkan oleh Apple ini adalah bagaimana mereka menukar perspektif yang telah sekian lama dipegang oleh komputer dapat digantikan dengan peranti telefon mudah alih.

Namun, ada pula pengguna iPhone yang menyalahkan Apple kerana menyebabkan dia menjadi seorang gay, pelik bukan?

 

Saman Apple Kerana Jadi Gay

Memetik Astro Awani, seorang lelaki di Rusia memfailkan saman sebanyak satu juta ruble (RM62,917) terhadap syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat itu.

Sumber: Cempedak Cheese

Tuntutan undang-undang tersebut difailkan di sebuah mahkamah di Moscow selepas dia tersalah menerima mata wang kripto ‘Gaycoin’ melalui aplikasi telefon pintar tersebut.

Lelaki berkenaan menyaman syarikat Apple kerana kemudaratan moral selepas dia mendakwa aplikasi iPhone telah menukar dirinya menjadi seorang gay.

 

Aplikasi GayCoin

Menurut kenyataan yang difailkan lelaki berkenaan, dia telah menerima aplikasi GayCoin tersebut beserta nota ‘Jangan nilai sehingga anda cuba’.

Sumber: Latestly.com

Dia menyatakan terpaksa membuat penilaian tersebut dan harus mencubanya terlebih dahulu untuk mendapatkan penilaian itu dan akhirnya dia memutuskan untuk mencuba seks sejenis.

Dia menyatakan bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki. Dan hidupnya kini menjadi teruk dan tidak akan kembali normal lagi.

Peguamnya, Sapizhat Gusnieva menegaskan kes itu sangat serius kerana anak guamnya menjadi takut dan merana disebabkan oleh insiden tersebut yang berlaku ketika musim panas yang lalu.

 

“Kau Buat Hal, Apple Pula Dipersalahkan”

Rata-rata warganet kesal dengan tindakan lelaki itu yang bertindak menyalahkan syarikat Apple, sedangkan apa yang dilakukannya itu adalah kerelaan dirinya sendiri.

Kalau dia tidak menerima aplikasi tersebut hidupnya tidak akan merana. Untuk menutup kesalahan diri sendiri sanggup menyaman Apple kerana hal sebegini.

Tindakan lelaki tersebut telah mencemarkan imej syarikat Apple yang sekarang ini telah mengeluarkan iPhone versi terbaharunya yang kini sudah berada dipasaran.

 

Apple Manipulasi Pengguna Terlibat Homoseksual

Bagaimanapun, lelaki berkenaan mendakwa Apple telah mendorong dirinya terlibat dengan homoseksual melalui manipulasi dan perubahan itu serta telah merosakkan moral dan mentalnya.

Sementara itu, Gusnieva berkata, Apple perlu bertanggungjawab terhadap program mereka walaupun pertukaran itu dikatakan berlaku pada aplikasi pihak ketiga.

Difahamkan, saman itu difailkan pada 20 September lalu dan pendengaran kes dijadualkan pada 17 Oktober ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN