Kerap kali kita mendengar masalah tiket perlawanan bola sepak habis dijual lebih awal berbanding waktu yang ditetapkan. Permasalahan ini menyebabkan ramai pihak khususnya para peminat bola sepak negara tidak berpuas hati dengan sistem penjualan tiket yang dilakukan.

Sumber: Semuanya Bola

Isu ini bukan perkara baru memandangkan sudah banyak pihak menyuarakan masalah sistem jualan tiket yang dilakukan terutama bagi perlawanan-perlawanan penting sama ada di peringkat separuh akhir atau di peringkat akhir perlawanan.

Sumber: MSN

Beli Borong Dan Jual Pada Harga Tidak Masuk Akal

Lebih mengecewekan lagi, ada segelintir individu yang mengambil kesempatan membeli tiket perlawanan secara borong dan menjual kepada orang ramai dengan harga yang tidak masuk akal. Mana tidaknya, tiket yang hanya berharga RM50 dijual oleh ulat tiket dengan harga mencecah RM200 hingga RM500. Bagi peminat setia bola sepak negara, sudah tentu mereka mahukannya walaupun terpaksa membayar dengan harga mahal.

Tiket Final Piala AFF merupakan kemuncak kekecewaan penyokong Harimau Malaya terhadap sistem penjualan tiket yang lemah oleh pihak stadium. Perkara ini pernah ditegur oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang menzahirkan kekecewaan dan dalam masa yang sama meminta penyokong berkongsi idea penambahbaikkan sistem penjualan tiket stadium.

Sumber: Selongkar10.blogspot

Netizen Memberi Pendapat

Berdasarkan penulisan di selongkar10.blogspot.com, salah seorang netizen di twitter, @shameerulaliff memberi beberapa solusi kepada FAM untuk dipertimbangkan. Bagi beliau, idea pengenalan Kod QR untuk penjualan tiket sama konsep dengan penjualan tiket penerbangan dan sudah terjamin dari segi keselamatan dan ketelusan.

Sumber: Selongkar10.blogspot

Permasalahan tersebut menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan sistem pembelian tiket melalui Kod QR. Dengan menggunakan sistem ini, setiap penyokong yang hadir hanya perlu menggunakan sistem imbasan Kod QR sebelum memasuki stadium.

Sedang Dilaksanakan Ketika Ini

Pengenalan sistem ini telah dilakukan oleh FAM dengan kerjasama dua syarikat pengendali tiket iaitu Tickethotline International Sdn Bhd dan Proticket Malaysia Sdn Bhd melalui ProEvents. Tempoh perlaksanaan sedang dilakukan bermula 17 hingga 26 Mac ini membabitkan kesemua perlawanan antarabangsa Harimau Malaya.

Penyokong, hanya perlu membut pembelian tiket secara dalam talian dan tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter tiket stadium. Setelah melakukan pembelian, mereka hanya perlu menunjukkan Kod QR yang dihantar ke e-mel untuk diimbas petugas di pintu masuk stadium. Tindakan ini juga dilihat sebagai satu langkah ‘paperless’.

Sumber: FAM

Lebih Telus Dan Sistematik

Penggunaan kaedah ini dilihat lebih sistematik memandangkan hanya satu nama dibenarkan untuk satu Kod QR, sekaligus mengatasi masalah pembelian tiket secara borong sebelum ini. Selain menjimatkan masa dan memudahkan urusan, pengenalan sistem Kod QR dapat mengatasi isu tiket palsu atau kemasukan tidak sah penyokong ke dalam stadium.

Kod QR sudah lama diterima oleh masyarakat Malaysia dan sudah terbukti penggunaannya dari pengguna persendirian sehingga pusat membeli-belah. Maka, langkah FAM dengan memperkenalkan sistem kod QR bagi kemasukan penonton ke stadium merupakan langkah yang tepat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda,wajarkah perlaksanaan sistem ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN