Saban hari ada sahaja berita yang melaporkan mengenai bayi didera, kanak-kanak bawah lima tahun dipukul oleh pengasuh sehingga lebam dan lebih malang ada yang membawa kepada kematian.

Ini yang menggerunkan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh. Ada pengasuh yang tidak berdaftar tetapi mempunyai kelayakan dari segi penjagaan kanak-kanak, misalnya mereka ini yang sayang kanak-kanak dan ingin jaga sebab mahu hilangkan rasa bosan dirumah dan sebagainya.

Bagi pengasuh berdaftar pula, sudah tentu para ibu bapa tidak bimbang kerana mereka ini berlesen dan dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tetapi timbul pula masalah tiada kelayakan dalam minumum Kursus Asuhan Permata (KAP).

 

Apa Itu KAP?

Peraturan-Peraturan TASKA 2012 di bawah Peraturan 53 dan Peraturan 54, telah memperuntukan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan KAP sebagai agensi latihan, jurulatih dan fasilitator.

Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.

Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.

 

Berapa Ramai Berdaftar dan Tidak Berdaftar KAP?

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata seramai 13,700 pengasuh berdaftar di taska seluruh negara tidak mempunyai kelayakan minumum KAP.

Jumlah itu merangkumi 80.19 peratus daripada sejumlah 16,873 pengasuh yang direkodkan.

Berdasarkan rekod JKM, data terkumpul sehingga Jun 2018, jumlah pengasuh bagi kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun di Taska adalah seramai 16,873 orang.

Daripada jumlah ini, 3,173 orang atau 18.81 peratus pengasuh mempunyai kelayakan minimum iaitu lulus KAP, selebihnya 13,700 atau 80.19 peratus pengasuh masih tidak memenuhi kelayakan ini.

Agak ramai yang tidak mengambil kursus KAP. Adakah kerana kos kursus ini mahal? Dikatakan yuran KAP ini dalam anggran RM1000.

 

Bayi dan Kanak-kanak Yang Didera

Terkini, dilaporkan seorang bayi lelaki berusia 3 bulan patah tangan kanan dipercayai didera pengasuh wanita di Seksyen 2, Seri Iskandar, Perak.

Manakala, seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didakwa didera pada hari pertama dihantar ke rumah pengasuh selepas bapanya mendapati kesan lebam yang jelas di leher, muka dan tangan sebaik sahaja bayi itu tiba di rumah.

Tetapi bukan sahaja pengasuh dianggap kejam, ada juga laporan ibu bapa yang mendera anak-anak mereka sehingga menyebabkan kematian. Jadi, patutkah ibu bapa ini pun ambil kursus KAP sekali?

KATA ORANG

So true 😊 sekarang dah senang. kalau anak dkt pengasuh pun time dia nk ikut pengasuh gi amik anak pengasuh kt tadika, umi dia ckp "ammar jom gi amik abg ajim" terus dia pergi kt seat belakang nak naik ke car seat 😍 twitter.com/mieja_ibrahim/…

dah anta anak anak kt pengasuh/tadika at 7.00 am pick them up at 6.30pm(earliest). mandi bagi makan and bg dorang tgk tv / main earliest bedtime 10.30 and sometimes 12.00 while umi busy with house chores + prepare for tomorrow things. abah? will see another 2 weeks for 3 days. twitter.com/501Awani/statu…

KATA ANDA

Siapa yang patut dipersalahkan di atas kematian tahanan di penjara?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN