Jika anda merupakan pengikut blog-blog tempatan pasti anda akan mengenali Cik Epal yang juga merupakan salah seorang penulis blogger tegar yang suka berkongsi pengalaman peribadi dan pendapat tentang sesuatu benda yang disukainya.

Malahan melalui penulisan blog ini juga, Cik Epal berjaya menjadikan ia tempat menjana pendapatan yang lumayan lebih-lebih lagi apabila penulisan blog mula menjadi ikutan ramai dan menjadi sebuah trend yang popular dikalangan anak muda.

Seperti ramai selebriti popular seperti Hanis Zalikha dan Vivy Yusof yang dulunya juga bermula dengan menulis blog,  lihat sahaja mereka kini mempunyai perniagaan besar sehingga hampir mustahil untuk rakyat Malaysia tidak mengenali mereka.

Cik Epal juga sebelum ini pernah menjadi bualan ramai dek kerana menghadiahkan sebuah Ford Mustang kepada suaminya sempena sambutan hari jadi yang ke-30.

Suami mana tak happy isteri hadiahkan kereta idaman kan?

Sikap Cik Epal yang dilihat lantang bersuara dan jujur dalam setiap perlakukan dan tindak tanduknya adakala mengundang padah apabila ianya menerima kecaman negatif dari pengikut-pengikut media sosial sehinggakan selebriti-selebriti dan pengarah terkenal pun turut ingin mengulas tentang isu beliau.

Sokong Buli Siber?

Baru-baru ini kecoh cerita Cik Epal nak menyaman beberapa orang netizen di media sosial kerana dikatakan membuat penulisan yang berbaur fitnah dan memburukkan nama baik berkaitan isu stroller RM3000 yang dibeli suaminya.

Dalam ramai netizen yang sibuk mengecam, pengarah terkenal Malaysia, Michael Ang turut membuat video dan meluahkan pendapatnya tentang isu berkenaan.

Yang menjadi persoalan, kenapa dia pun sibuk nak beri pendapat sedangkan mereka berdua tidak pernah ada kaitan.

Buat apa buang masa, malah video tersebut dikatakan seolah-olah Michael Ang secara tidak langsung menyokong pembulian siber dengan menjadikan budaya mengecam ini seperti satu trend yang perlu dijadikan ikutan.

Kalau betul pun Cik Epal tu suka menyaman orang, itu hak dia. Dia kaya, mampu upah peguam dan semestinya ada hak nak pertahankan nama baik dia. Kenapa kita nak sibuk?

 

Mualaf Ibarat Kain Putih Yang Suci Bersih, Jagalah Mulut

Status Michael Ang sebagai mualaf juga terpalit dek kerana mulutnya yang dikatakan tidak dijaga. Banyak lagi topik lain yang boleh dikupas dan boleh memberi manfaat kepada pengikut-pengikutnya yang ramai.

Malangnya sikapnya dahulu yang sentiasa lantang apabila berkata-berkata dibawa hingga sekarang, sehingga memburukkan imej dirinya sendiri.

Seperti komen seorang pengikut “ mualaf tu ibarat kain putih yang suci bersih, janganlah cemari ia dengan perbuatan yang sia-sia”.

 

#doneriak #donementionharga

Bermula dengan isu riak, Cik Epal dikatakan sibuk ingin menunjuk kekayaannya melalui sebuah gambar yang dimuatnaik di laman Instagramnya.

Kononnya hanya kerana malas untuk berpatah balik ke rumah, si suami sanggup beli stroller berharga RM 3,000.

Perkongsian tersebut kurang disenangi netizen kerana ada yang menganggap tidak perlu untuk dia memberitahu harga stroller berkenaan sedangkan terdapat individu lain seperti Jihan Muse yang membeli stroller dengan harga empat kali ganda dari harga stroller dibeli pasangan suami isteri ini. 

Namun jika lihat dari sudut positif, sebagai seorang influencer, hampir setiap benda yang anda pakai akan ditanya harga dan review tentang barang tersebut.

Jadi, dengan menyebut siap-siap harga stroller tersebut akan menyenangkan kerja netizen dan tidak perlu dibiar tertanya-tanya.

 

Boleh Saman Ke Geng-Geng Bawang Ni?

Dah takde kerja lain ke, asyik nak saman orang je? Persoalannya , tahukah anda jika sesuatu kenyataan yang dibuat secara lisan mahupun bertulis mempunyai unsur-unsur fitnah dan boleh memburukkan nama seseorang sehingga boleh menyebabkan kerugian, anda berhak untuk menyaman. 

Jangan main-main ye, sebab itu sebelum berkata-kata atau kongsi sebarang pendapat fikir dulu sehabisnya.

Lebih-lebih lagi jika orang yang anda perkatakan mempunyai nama dan terkenal. Cik Epal ini pula nampak bukan calang-calang orangnya. Malahan dia ada peguam sendiri sebagai rujukan bagi setiap kes yang melibatkan nama dia.

Bagus juga ada orang macam Cik Epal ni, boleh beri pengajaran pada ‘keyboard warrior’ yang suka menabur fitnah dan memburukkan orang.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai kes ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN