Sejak beberapa hari ini tular maklumat daripada warganet yang mempertikaikan filem Misteri Dilaila apabila pengarahnya, Syafiq Yusof didakwa menciplak hampir 80 peratus sebuah filem hollywood.

Sumber:Astro Gempak

Pendedahan itu agak mengejutkan ramai pihak apabila ada beberapa lagi filem lain juga seakan sama dengan jalan cerita filem Misteri Dilaila ini.

Pendedahan itu juga menyebabkan segelintir netizen meluahkan perasaan kesal selain tidak berminat untuk mengeluarkan wang dan membeli tiket bagi menonton Misteri Dilaila yang mula ditayangkan sejak 21 Februari lalu.

Mereka mengharapakan filem ini adalah filem yang original dan tidak ada di dalam mana-mana jalan cerita filem lain tetapi lain pula yang terjadi.

 

 

Jalan Cerita Sama 

Mereka telah membuat perbandingan dari sudut dan jalan cerita yang hampir sama dengan jalan cerita Vanishing Act yang disiarkan pada tahun 1986.

Warganet mendakwa Syafiq bukan sekadar mengambil idea dan konsep, malah menyalin bulat-bulat beberapa babak daripada karya diterbitkan pada 1986, arahan David Greene itu.

Vanishing Act mengisahkan seorang lelaki watak dilakonkan Mike Farrel yang melaporkan kehilangan isterinya ketika berbulan madu kepada polis (Fred Gwynne).

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, seorang wanita (Margot Kidder) diiringi paderi di kawasan tersebut muncul selain mendakwa sebagai isteri lelaki terbabit yang hilang.

Namun, lelaki itu menafikan wanita tersebut adalah isterinya.

Misteri Dilaila juga mengisahkan watak Jefri yang juga seorang suami (Zul Ariffin) yang mengadu kehilangan isterinya, Dilaila (Elizabeth Tan).

Tetapi seorang wanita lain (Sasqia Dahuri) hadir bersama Imam Aziz (Namron) dan mengaku dirinya sebagai isteri Jefri.

Bagi mereka yang belum menonton filem ini, mereka menganggap tidak berbaloi untuk melihat hasil plagiat yang di[ersembahkan dalam filem Misteri Dilaila ini.

Mungkin besar harapan mereka terhadap filem ini dan mahu industri perfileman di negara terus maju. Tetapi kalau ramai pengarah filem hanya menciplak filem orang lain, ia sangat tidak wajar.

Mungkin ramai boleh terima kalau Shafiq tidak menyatakan ia idea asal 100 peratus daripada dia, cakap sahaja diinspirasi atau diadaptasi dari filem tersebut.

 

 

Laung Hak Intelek Tetapi Rompak Hak Orang Lain

Namun,pengarah sinematografi Mohd Noor Kassim pula menyatakan perasaan sedih kerana tidak menyangka syarikat Skop Productions Sdn Bhd terbabit isu plagiat sedangkan pihak mereka sebelum ini teguh mempertahankan berkenaan hak harta intelek.

Sumber: FB Madnorkassim Madnor Madnorkassim

 

Sumber: FBMadnorkassim Madnor Madnorkassim

Syarikat produksi itu sebelum ini sering melaungkan hapuskan cetak rompak. Tapi diri sendiri yang menggelarkan diri anak seni merompak hak cipta orang lain dan mengaku hak kita.

 

Jangan Pandai Saman Orang, Diri Sendiri Pun Sama

Kenyataan agak pedas juga diberikan Mohd Noor apabila produksi itu sebelum ini pernah mengheret individu yang menyebarkan filem munafik arahan Shamsul Yusof, abang kepada Shafiq dan dikenakan hukuman oleh pihak makhamah.

Sumber:Madnorkassim Madnor Madnorkassim

Menurut Mohd Noor, cuma beberapa karakter dalam Vanishing Act didapati diubah misalnya paderi menjadi Imam Aziz, anjing menjadi kucing hitam dan arak menjadi kopi.

 

Shafiq Masih Berdiam

Sumber:suka filem

Nampaknya Shafiq masih berdiam diri daripada memberi kenyataan rasmi mengenai isu ini. Tetapi sikap berdiam diri inilah mengesahkan bahawa memang betul filem itu diplagiat.

Selagi tiada kenyataan balas dari Shafiq sendiri, spekulasi ini akan terus dimainkan oleh ramai pihak terutama mereka yang menyokong filem-filem melayu di negara ini.

 

Bapanya Mahu Orang Ramai Beri Ruang

Bagaimanapun, Penerbit filem Misteri Dilaila, Datuk Yusof Haslam memohon agar khalayak memberi ruang kepada anaknya itu berhubung dakwaan yang mengatakan filem arahan Syafiq, Misteri Dilaila dikatakan menciplak filem Hollywood.

Sumber:mstar.com.my

Yusof berkata, pihak Skop Production enggan mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah faham.

Beliau menyatakan kenyataan rasmi akan diberikan dalam masa terdekat, namun tidak menyatakan secara jelas bila ia akan dibuat.

Tetapi, ada juga mendakwa memberi ruang ini adalah untuk Shafiq melarikan diri ataupun mencari idea untuk menipu penonton.

Jangan main-main dengan warganet, semakin berani membuat andaian yang tidak sepatutnya. Diharapkan Shafiq mempunyai alasan yang logik untuk terhadap isu berkenaan.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu ini?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN