Separuh akhir pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 5 telah menyaksikan enam orang peserta Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Dia Fadilla dan dua berkumpulan Billy Zulkarnain bakal berentap merebut gelaran juara pada peringkat akhir minggu hadapan.
Walaubagaimanapun, kemaraan Zamani ke peringkat final Gegar Vaganza Musim 5 telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai kerana dikatakan lupa lirik pada persembahan pertamanya yang membawakan lagu Dekat Padamu daripada penyanyi Yusry KRU
Pelakon veteran Ogy atau nama penuhnya Fauziah Ahmad Daud telah mempersoalkan Zamani ke final. Menerusi posting terbarunya di Facebook, beliau meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan akhir itu.
Menerusi status itu, Ogy mempersoalkan kemaraan Zamani ke peringkat akhir rancangan itu walaupun beberapa kali lupa lirik dan gagal menyanyi dengan betul.
Malah bukan sahaja nama Zamani dipetik tetapi Noryn Aziz juga menjadi pertikaian Ogy yang melabel suara Noryn sebagai penyanyi transgender.
Perkongsian Ogy bagaimanapun menerima pelbagai respon daripada pengguna Facebook yang rata-rata kurang senang dengan pendapat itu.
Mereka meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang dinyatakan oleh Ogy itu dan tidak sewajarnya Ogy mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Ia juga seolah-olah menghina penyanyi yang disebutkannya itu dan tidak menerima keputusan daripada pihak juri profesional.
Zamani Tampil Dedahkan Perkara Sebenar
Zamani mendedahkan bahawa beliau bukannya lupa lirik sebaliknya dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagi dari Yusry KRU itu.
Menurutnya, dia masih tidak dapat pastikan lagi masalah sebenar yang timbul dan masih menunggu post mortem untuk konsert ini.
Jelasnya, dengan masalah tersebut, dia tidak tahu bila hendak masuk nyanyian kerana tidak mendengar apa-apa dari earpiece.
Bagaimanapun, Zamani juga menjelaskan dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap itu mungkin kesalahan daripada dirinya sendiri.
Penjelasan Pihak Juri Kemaraan Zamani ke Final
Juru tetap program tersebut, Datuk Ramli MS akui memotong banyak markah Zamani ketika dia membawakan lagu Dekat Padamu.
Namun, Ramli berkata, dia terpaksa akur apabila telah memberikan markah yang banyak kepada Zamani menerusi persembahan kedua.
Katanya, perlu difahami bahawa penilaian markah adalah berdasarkan dua persembahan.
Dalam persembahan pertama, katanya, Zamani hilang 65 markah daripadanya. Pada persembahan pertama, markah Zamani lebih rendah daripada Hetty Sarlene dan Forteen.
Namun, Zamani yang menganggotai kumpulan Slam itu bangkit menerusi persembahan kedua dan Ramli akui telah memberinya markah yang banyak termasuk markah dua juri yang lain juga tinggi.
Manakala, juri tetap kedua, Datuk Khatijah Ibrahim juga menjelaskan bahawa Zamani mempunyai bakat dan suara yang bagus dan dia membuat persembahan yang baik walaupun ada masalah alat pendengaran.
Khatijah juga akui perkara sama bahawa persembahan kedua Zamani telah membuatkannya bangkit dan membuat persembahan yang terbaik dan itu melayakkannya ke final.
Kontroversi Zamani dalam Gegar Vaganza
Ini bukanlah kali pertama kontroversi yang terpalit Zamani di dalam pertandingan ini. Sebelum ini dalam persaingan minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Zamani gagal membuat persembahan menerusi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta kerana didakwa peti suaranya koyak.
Namun, pihak penaja utama program itu, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah menggunakan imuniti yang diperolehnya untuk menyelamatkan Zamani daripada tersingkir.
Menurut Aliff Syukri, Zamani layak diberi peluang kerana dia tidak dapat membuat persembahan akibat masalah kesihatan.
Bagaimanapun, keputusan itu juga menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen bersetuju Aliff menggunakan peluang tersebut untuk membolehkan Zamani terus bertanding selepas mengalami masalah peti suara pada malam itu.
Bagaimanapun, penyanyi Farahdhiya, tidak bersetuju dan menganggap ia tidak adil bagi peserta lain yang telah membuat persembahan terbaik.
Zamani Dimasukkan ke Final Untuk Rating?
Malah terdapat juga dakwaan dari netizen bahawa terdapat konspirasi di dalam rancangan ini. Mereka mendakwa Zamani masih bertahan dalam GV ialah kerana kuasa veto Datuk Aliff Syukri dan Astro yang menggunakan Zamani untuk kekalkan rating rancangan ni tinggi.
Perlu diakui walaupun beliau seorang penyanyi senior atau ‘legend’ tetapi dilihat di dalam pertandingan ini, persembahan beliau tidak konsisten setiap minggu. Namun beliau mempunyai peminat yang ramai masih menyokong beliau.
KATA ORANG
finally some hv spoken! It's still a competition guys. Compete fairly with grace~ Kalau nak menang biarlah selayaknya JUARA. Bermaruah.
— +plain-jane (@eryna82) November 13, 2018
Lupa Lirik Boleh Masuk Final? Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5? Ogy Ahmad Daud https://t.co/9diikqfbbw#GegarVaganza
Kak ogy oi.. ko nak kata zamani ni tak layak ke final.. disebabkan lupe lirik.. amelina pun lupe lirik gak.. layak jerk ke final.. lagu kedua lg hare.. dato ramli... https://t.co/DU5MxCb6oG
— Eriyani Soehardi (@Eriyaniandriana) November 12, 2018
nostalgia Mawi d Akademi Fantasia musim 3 muncul kembali. Mawi lupa lirik, keluar rentak, suara sumbang, boleh jadi juara AF3. inilah yg bakal akan terjadi d final gv5 minggu depan. Zamani lupa lirik, nyanyi sumbang pun boleh pergi final, next week tengok la.
— yusuf mongijal (@mym7005) November 11, 2018
Juara gv5 mestila #ZamaniGV5 sbb die legend...klu die kalah malu la...tp xpe kita tgk final...layak ke x zamani menang..hope juri adil la... I'm rooting for #mayagv5 ✌ #gegarvaganza #GegarVaganza5
— cik rin (@anirtif_itis) November 11, 2018