Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan merupakan salah satu jenis ubat yang sering digunakan di Malaysia.

sumber: halodoc

Namun, tahukah anda, penggunaan antibiotik tidak berkesan kepada jangkitan virus seperti demam biasa, selsema dan bronchitis akut (keradangan pada saluran penafasan) di dalam paru-paru.

Menurut Laporan Statistik Ubat-Ubatan Malaysia 2008 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Pusat Kajian Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, antibiotik merupakan ubat yang ke-9 paling tinggi penggunaannya di Malaysia.

 

Mengapa Perlu Habiskan?

Setiap kali anda diberikan ubat antibiotik selepas berjumpa dengan doktor, anda akan diberitahu untuk menghabiskan antibiotik yang diberikan tersebut.

sumber: imedik

Mengapa antibiotik perlu dihabiskan? Nasihat yang sering kali diabaikan oleh ramai orang dan mengambil mudah dengan pengambilan ubat antibiotik ini.

Perkara yang sering dilakukan di mana pengambilan antibiotik dihentikan setelah badan sudah terasa sihat walaupun ubat antibiotik masih belum dihabiskan.

Secara umumnya, ubat antibiotik yang diberikan perlu dihabiskan dan sebagai contoh anda dibekalkan sebanyak 10 biji kapsul antibiotik, anda perlu habiskan juga 10 biji kapsul tersebut.

 

Bahaya Jika Ambil Secara Berlebihan

Apabila antibiotik diambil secara berlebihan tanpa mengikut aturan pengambilan yang betul, bakteria gagal dibunuh sepenuhnya.

Penggunaan antibiotik yang tidak tepat dan diambil secara berlebihan juga akan menyebabkan kerintangan antbiotik di mana antibiotik hilang keupayaannya untuk membunuh bakteria.

Bakteria yang belum mati ini akan mengubahsuai dirinya dan bermutasi menjadi kebal dan semakin kuat serta mampu menandingi kekuatan antibiotik yang diambil.

 

Jangan Berkongsi Ubat Dengan Orang Lain

Perbuatan berkongsi ubat-ubatan telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini tanpa mengetahui apakah kesan yang bakal mereka terima.

Walaupun dua individu mempunyai jenis penyakit yang sama, rawatan yang terbaik bagi mereka tidak semestinya sama kerana ubat yang terbaik untuk seseorang boleh menjadi ubat yang berbahaya kepada orang lain.

Hal ini kerana ubat yang diberikan oleh doktor adalah spesifik untuk pesakit mengikut keadaan semasa di mana pemilihan jenis ubat dan dos bergantung kepada umur, berat pesakit, sejarah alergik, status semasa penyakit dan kemungkinan interaksi yang timbul sekiranya ada mengambil ubat lain.

Penyakit yang berbeza boleh mempunyai simptom yang sama, maka ubat yang dikongsi dengan orang lain mungkin tidak berkesan atau mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pernahkah anda berkongsi ubat dengan orang lain?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN