Bercerai adalah sesuatu yang di takuti oleh sesetengah orang dan juga sesuatu yang di nantikan bagi sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Secara logiknya sudah pasti semua mengharap bahagia dan ceria dalam rumahtangga. Mana ada rumahtangga yang tidak ada ujian. Itu biasa.

Sumber: Merdeka.com

Selalu kita dengar pepatah “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah  hari”, apa yang kita harapkan tidak seperti yang kita impikan.

Itulah yang berlaku kepada pelakon Natasha Hudson yang kini kembali menjanda selepas perkahwinan keempatnya dengan Noor Nashriq Sekanor musnah.

Sumber: MalaysiaGazzete

Natasha dan Noor Nashriq bernikah pada 7 Disember 2018. Perkahwinan ke-4 ini bertahan tidak sampai setahun.

Indah Khabar Dari Rupa

Memetik kenyataan Natasha di Mstar, perkahwinan yang dibina pada kali ke-4 itu hanya indah khabar dari rupa. Tidak seperti yang diharapkan.

Perkahwinan itu dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan secara terperinci punca penceraiannya kali ini.

Sumber: Rotikaya

Dia diceraikan dengan talak satu namun tidak juga didedahkan tarikh dia diceraikan.

Apa-apa pun, masyarakat perlu faham dan jangan lihat isu perceraian sebagai semuanya negatif . Ada orang yang bercerai tapi tetap bahagia. Jangan paksa diri kalau tidak boleh meneruskan rumahtangga.

Pengalaman Paling Teruk

Natsaha menyatakan dia terpaksa melalukan tuntutan (cerai) untuk menyelamakan dirinya daripada kesengsaraan dan pengorbanan.

Enggan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku tetapi dia menegaskan bahawa ini pengalaman yang paling teruk dalam hidupnya.

Dia tidak mahu menambah parut luka semasa zaman kanak-kanaknya. Cukuplah ini (perkahwinan) berakhir setakat ini.

Bagaimanapun, dia menganggap kemusnahan rumah tangganya itu adalah ketentuan Ilahi.

Perkahwinan Natasha

Pada tahun 2006, Natasha berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih yang hanya bertahan selama empat bulan.

Pada tahun 2007, berkahwin pula dengan Datuk Shahrin Zahari. Menerusi perkahwinan yang hanya bertahan selama dua tahun itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Pada tahun 2012, Natasha telah menikahi Carleed Khaza atau Khalid Kamal dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

“Muhasabah Diri, Jangan Salahkan Orang Lain”

Sudah kita maklum punca-punca yang menyebabkan perceraian boleh berlaku. Sudah kerja syaitan untuk menghasut dan menimbulkan suasana permusuhan dan rasa benci. Jadi ini perlu untuk menilai rumahtangga.

Rata-rata netizen bersimpati dengan perjalanan hidup Natasha namun mereka mahu Natasha muhasabah dirinya dan tanya pada diri sendiri apa punca penceraian kali ini berlaku? Adakah ia salah pasangannya  atau dirinya sendiri.

Ini bukan perkahwinan pertama kali berlaku, dia sudah mengharungi empat kali perkahwinan dan semuanya gagal.

Namun,bagi yang sudah lama menanggung derita dan sudah tidak tahan kerana hidup merana, boleh meminta untuk bercerai.

Tidak salah untuk bercerai. Sekali lagi di ingatkan, jangan pandang perceraian itu langsung tidak ada bagusnya.

Bercerai Lebih Bahagia, Teruskan

Daripada merintih dan merana dalam sesebuah perkahwinan dan jika bercerai adalah jalan terakhir teruskanlah.

Sumber: Youtube

Memetik kenyataan Ustazah Nor Hafizah Musa sebelum ini, apa jua pertelingkahan uruskanlah dengan sehabis baik, walaupun sukar. Apa jua perkara fikirkan dengan betul, kalau rumahtangga boleh diselamatkan, selamatkanlah.

Kalau keputusan untuk bercerai boleh ditangguhkan, mungkin itu lebih baik. Jangan buat keputusan terburu-buru.

Kalau suami dan isteri tidak boleh lagi bersama melalui rumahtangga, maka bercerai itu jalan penyelesaian terbaik. Jangan kerana sebab anak-anak semata, suami atau isteri, paksa diri untuk telan segala derita dan kepahitan asalkan tidak bercerai.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN