Pada 26 Januari lalu, Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan Operasi Halangan Petak Parkir di sekitar Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Sumber : NSTP

Pihak DBKL merampas objek yang digunakan penduduk untuk menanda parkir mereka dan halangan petak parkir tersebut digunakan oleh penduduk lain.

Masalah mencari parkir adalah isu yang akan dihadapi rata-rata penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah dan tidak mempunyai sistem berpalang.

Kebanyakan isi rumah yang didiami 3-5 ahli keluarga rata-rata mempunyai lebih dari 1 kereta secara langsung menambah kepadatan penduduk dan penggunaan kawasan parkir.

Sumber : Kipas Panas 90

Yang menyedihkan, dalam mencari keselesaan dan keharmonian dalam hidup berjiran ada sesetengah penduduk yang mementingkan diri sendiri dan bertindak ‘membooking’ atau ‘mengecop’ kawasan parkir yang kosong untuk digunakan oleh mereka ataupun ahli keluarga mereka.

Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk kerana parkir tersebut disediakan untuk kegunaan semua dan mana-mana individu tidak boleh menghalang kawasan parkir tersebut daripada diguna orang ramai.

 

Sedar Diri Ini Bukan Kondo

 Berbeza dengan kawasan-kawasan perumahan mewah seperti apartment dan kondominium, mereka dilengkapi dengan kawasan parkir yang lebih luas dan banyak.

Dan kebanyakan unit rumah sudah dikhaskan kawasan parkir tertentu untuk penghuni unit tersebut. Malah ada juga yang turut membeli kawasan parkir khas untuk mereka dan pihak pengurusan berhak menyaman mana-mana kereta yang menggunkan kawasan parkir yang telah dibeli penghuni.

 

Parkir Awam Itu Untuk Kegunaan Bersama, Jangan Nafi Hak Orang Ramai

 Isu parkir ini bukanlah isu yang baru malah sudah banyak diperdebatkan di dalam masyarakat. Dalam menjalani hidup bermasyarakat adalah wajar untuk kita mengamalkan sikap bertoleransi sesama kita.

Sumber : Paultan

Sebelum ini juga pernah tular isu seorang wanita yang bertindak ‘cop’ satu kawasan parkir di sebuah shopping mall untuk rakannya.

Wanita tersebut dikatan berdiri di petak kosong itu dan menghalang kenderaan lain yang ingin menggunakan petak kosong tersebut. Menurut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian “Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang“ wanita tersebut boleh didenda RM 2,000 kerana melakukan tindakan yang tidak wajar tersebut.

Menurut akta tersebut juga, hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Jadi bagi individu yang sewenang-wenangnya menyalahguna kemudahan awan ni, dah bersediakah anda untuk membayar saman dari DBKL? Fikirkan.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, apakah solusi yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah parkir yang terhad ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN