Pendidikan seks merupakan satu topik yang tidak dipersetujui oleh kebanyakkan masyarakat Malaysia. Ini kerana apabila munculnya perkataan “seks” ramai berpendapat bahawa ia mengenai cara-cara untuk melakukan aktiviti seks dengan pasangan masing-masing.

Oleh itu ramai yang tidak setuju bahawa pendidikan seks harus diajar di peringkat sekolah. Walau tanggapan terhadap pendidikan seks begitu, adakah ia benar? Adakah ramai mengetahui apa itu pendidikan seks dan apa yang diajar dalam pendidikan seks?

 

Pendidikan Seks

Ramai berpendapat bahawa pendidikan seks merupakan satu mata pelajaran yang mengajar cara-cara melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing. Namun hakikatnya pendidikan seks merupakan satu pendidikan yang mengajar mengenai kesihatan seksual.

Pendidikan seks mengajar mengenai seks, kesihatan seksual, dan juga penjagaan hubungan. Pendidikan ini merangkumi penjagaan hubungan bersama keluarga, rakan-rakan dan juga hubungan romantis bersama pasangan masing-masing.

Kesihatan seksual boleh ditakrifkan sebagai kesihatan peribadi seseorang apabila melakukan hubungan seksual. Antara penyakit yang boleh didapati atau boleh dijangkit apabila melakukan hubungan seksual seperti penyakit STD, HIV/AIDs, Herpes dan sebagainya

Ia juga mengajar cara-cara yang boleh di praktikan oleh seseorang untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit tersebut. Dalam pada masa sama, ia juga turut mengajar implikasi negatif apabila mengamalkan hubungan seks yang tidak selamat.

Sumber: The Beauty of Healthy

Implikasi dengan adanya pendidikan seks ini ialah ia dapat mengelakkan daripada seseorang terjangkitnya penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Ini kerana dengan mempelajari pendidikan seks, pelajar dapat mengetahui cara-cara penyakit seperti STD dan HIV dapat merebak dan cara untuk mengelakkannya.

Selain itu, ia dapat membantu dengan perancangan keluarga. Ini kerana pasangan dapat mengetahui cara untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini. Antara pentingnya ada pendidikan seks adalah yang dapat mengurangkan kes seperti keganasan seksual dan juga pedofilia.

KATA ORANG

Ini merupakan pendapat para netizen mengenai pendidikan seks.

Saya cadangkan supaya Pendidikan Seks diperkenalkan di sekolah-sekolah tahfiz oleh kerana kes-kes gangguan seksual bawah umur yang membimbangkan.

menurut sebuah studi di AS, remaja yg pernah memperoleh pendidikan seks di sekolah memiliki risiko rendah untuk hamil diluar nikah. #sex

Kurangnya dorongan dari pihak tertentu menyebabkan guru-guru di sekolah rendah/ menengah dihalang dalam melaksanakan Pendidikan Seks

KATA ANDA

Adakah pendidkan seks ini menggalakkan atau mendidik?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN