Semakin hari semakin meningkat isu yang melibatkan penderaan terhadap kanak-kanak. Bukan sahaja di Malaysia malah isu ini terjadi seantaro dunia.

Yang membezakan kes-kes ini ialah hukuman yang diberikan kepada individu yang melakukan penderaan tersebut.

Sungguh menyedihkan apabila bayi yang masih dalam pantang turut menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman manusia yang hanya mahu melepaskan tekanan dan amarah mereka.

Melihat kepada sejarah kes penderaan bayi dan kanak-kanak pada tahun 2018, kesalahan ini bukan sahaja dilakukan oleh orang luar malah ahli keluarga sendiri.

Sebelum ini, kes-kes penderaan samada fizikal mahupun emosi kurang diperkatakan kerana kebanyakan kes melibatkan ahli keluarga sendiri dan terpaksa didiamkan bagi menjaga nama baik keluarga.

Namun sekarang tidak lagi, sejak kes semakin meningkat ramai yang mula mengambil tindakan supaya pendera yang bertanggungjawab mendapat hukuman yang setimpal.

Dalam meneliti isu ini, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes penderaan dan setiap satu daripadanya perlu dilihat secara serius.

 

Jenis Penderaan Fizikal Dan Emosi

Sumber : Cari Gold

 Terdapat pelbagai jenis penderaan yang dilakukan oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak yang jika dibiarkan berlarutan boleh mengundang kesan buruk terhadap emosi dan pekembangan kanak-kanak tersebut.

Kadang-kadang tanpa sedar, cara layanan dan ketegasan kita terdapat anak-anak juga boleh dianggap sebagai penderaan contoh apabila tidak menghiraukan anak, mengasingkan mereka, menakutkan mereka dengan cerita yang tidak terjangkau oleh imaginasi, dan juga sikap merasuahkan fikiran.

Walaupun ramai yang beranggapan hal ini seperti tidak serius dan hanya bergurau namun kesannya dalam jangka masa panjang mampu mempengaruhi perlakuan dan tingkah laku anak-anak kita.

 

Kesan Penderaan Kepada Kanak-kanak

Sumber : Wanista.com

 Tanpa sedar, kesan yang akan dilalui anak-anak dalam menjadi mangsa penderaan boleh menjadikan mereka individu yang agresif dan defensif di masa muka.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan, anak-anak yang membesar didalam persekitaran yang negatif dan ganas akan membuatkan mereka mereka menjadi liar dan cenderung untuk terlibat dengan permasalahan-permasalahan sosial.

Penderaan terhadap kanak-kanak juga akan mengaktifkan ‘minda reptilia’ mereka yang boleh mengangu perkembangan dan sikap anak-anak kita.

Sumber : MynewsHub

Adakah anak-anak remaja yang terlibat dengan gejalan-gejala sosial di negara ini merupakan hasil daripada didikan ibubapa dan orang sekeliling yang agresif dan kejam?

Yang pernah menjadi mangsa penderaan sehingga emosi dan akal terlalu tertekan sehingga mereka tidak boleh membezakan yang mana yang buruk dan baik untuk kehidupan.

 

Punca Seseorang Menjadi Pendera

Apabila dilihat dengan mata kasar, mengapakah seorang individu dewasa yang sudah faham selok belok dunia boleh melakukan penderaan samada fizikal atau emosi terhadap anak kecil yang tidak berdosa?

Adakah ini satu kitaran kehidupan? Dimana yang mendera juga pernah menjadi mangsa? Mereka juga pernah di robek emosi dan harga diri? Dipukul oleh ibu bapa sendiri?

Seperti kes-kes yang sebelum ini, kematian seorang bayi di tangan pegasuh, ibu kandung dan teman lelaki dera sehingga mati. Bilakah episod hitam ini akan berakhir? Apakah hukuman yang diambil pihak kerajaan terlalu ringan dan tidak menakutkan mereka yang mendera?

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Penderaan Fizikal Dan Emosi Terhadap Kanak-kanak, Mana Lebih Parah?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN