Sumber: Model Rambut. Co (Gambar Sekadar Hiasan)

Sebagai manusia masa kini mungkin anda akan tertanya-tanya bagaimana keadaan rupa paras manusia pada zaman dahulu. Adakah wujud kelainan atau pun tidak? Begitu juga soal kecantikan rupa paras mereka yang menjadi misteri dalam kalangan masyarakat.

Tetapi, persoalan tersebut telah pun terjawab. Memetik laporan Sinar Harian, sekumpulan saintis telah berjaya mencipta semula wajah seorang wanita dari Zaman Neolitik yang berusia 7500 tahun yang lalu. Rekaan wajah tersebut adalah berdasarkan tengkorak wanita yang ditemui di sebuah gua di Gibraltar pada tahun 1996.

Menurut Manuel Jaen dari Muzium negara Gibraltar, difahamkan proses pelakaran wajah melalui proses yang sangat rumit sehingga memakan masa selama enam bulan. Beliau merupakan antara individu penting di sebalik projek pelakaran wajah gadis pra-sejarah tersebut.

Bagaimana Caranya?

Melalui serpihan tengkorak, saintis menganalisis sebahagian DNA untuk mengetahui bagaimana rupa paras sebenar gadis itu ketika masih hidup. Sekira diamati, kecantikan rupa paras gadis terbabit seakan tidak jauh berbeza dengan manusia moden masa kini.

Sumber: Lejen

Apa yang menarik, berdasarkan kajian DNA dapat diketahui 90 peratus daripada gen gadis tersebut berasal dari Turki moden, manakala baki 10 peratus lagi berasal dari Mesolitik tempatan. Bukan itu sahaja, malah saintis turut mengetahui rupa paras gadis terbabit yang mempunyai ciri-ciri gelap.

Bukan Kajian Kali Pertama?

Dalam masa yang sama, ada juga yang mendakwa bahawa projek pelakaran wajah manusia purba bukanlah pertama kali dilakukan. Ini kerana ia pernah dilakukan oleh Muzium British sejak tahun 2009 lagi. Pun begitu, mereka menggunakan kaedah yang agak berbeza.

Memetik artikel Malaysiaitu.blogspot, projek lakaran wajah tengkorak manusia purba telah dimulakan oleh Alexandra Fletcher, seorang kurator dari Raymond and Beverly Sackler Curator for the Ancient Near East untuk Muzium British.

Sumber: Wartamalays

Kesedaran untuk mendapatkan wajah sebenar manusia Zaman Neolitik ini mula timbul apabila rangka tengkorak yang dijumpai pada tahun 1957 masih mempunyai bentuk tengkorak yang jelas kerana dibaluti dengan plaster tanah liat dengan matanya ditutupi dua cengkerang laut.

Tengkorak yang berusia 9000 tahun tersebut telah melalui beberapa siri imbasan CT sebelum mendapat gambaran kasar manusia tersebut. Projek yang memakan masa hampir 8 tahun ini telah berjaya menghasilkan rupa paras sebenar seorang lelaki Zaman Neolitik pada tahun 2017.

Kecantikan Manusia Dahulu Dan Kini Tidak Jauh Berbeza?

Walaupun kedua-dua kajian tersebut menggunakan kaedah yang berbeza, namun begitu, ia menunjukkan bahawa teknologi masa kini sudah mampu untuk menggapai masa lampau berdasarkan parapan wajah, meskipun ia tidaklah seratus peratus tepat.

Apa yang menarik, kecantikan rupa paras gadis yang dilakar oleh saintis seakan tidak jauh berbeza dengan manusia moden masa kini.

Berkemungkinan besar, gadis-gadis Turki Zaman Neolitik merupakan antara gadis tercantik pada ketika itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda yakin rupa paras manusia dahulu tidak jauh berbeza dengan kita?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN