Isu mengenai kebanjiran warga asing di negara kita seringkali menjadi polemik yang ada baik dan buruknya yang didorong oleh pelbagai faktor.
Jika dari segi sosial, kita mungkin khuatir dengan kemasukan pendatang asing yang ramai akan menyebabkan statistik kadar jenayah dalam negara meningkat.
Bukan itu sahaja, lambakan pendatang asing juga boleh mengancam kesihatan penduduk tempatan dengan penyakit bawaan seperti batuk kering atau tuberkulosis (tibi), hepatitis B, kusta, demam kepialu dan bermacam jenis penyakit berbahaya yang lain.
Namun, apa yang membimbangkan kini adalah penyakit kusta atau lebih dikenali sebagai Hansen atau Leprosy yang mudah sekali merebak melalui titisan pernafasan daripada hidung atau mulut.
Bayangkan, sekiranya pengusaha dan peniaga makanan menggaji pekerja asing tanpa memberikan mereka suntikan tifoid, maka penyakit bawaan mereka itu pastinya akan memberi ancaman terhadap penduduk tempatan.
Maka tidak hairanlah kini, penyebaran penyakit kusta dikatakan meningkat setiap tahun sama seperti penyakit tibi.
Apa Itu Penyakit Kusta?
Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit kusta?
Baru-baru ini timbul isu mengenai penyakit ini yang dikatakan merebak semula disebabkan kemasukan pendatang asing yang banyak ke dalam negara kita.
Penyakit kusta ini boleh berjangkit secara perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata dan hidung seseorang itu.
Apa yang membimbangkan, penyakit kusta yang dikesan dibawa oleh pendatang asing yang masuk ke negara ini berpunca dari tindakan majikan yang tidak menjalankan prosedur pemeriksaan kesihatan terhadap mereka.
Jika penyakit ini tidak dirawat dan tular, seseorang yang dijangkiti dengan penyakit ini akan mengalami kecacatan pada tangan termasuk bahagian otot telapak tangan yang mengecut, jari yang membengkok, serta boleh menghilangkan fungsi tangan itu.
Lebih parah lagi, penyakit ini turut menjejaskan saraf yang boleh membawa kepada risiko lumpuh, hilang deria rasa pada bahagian jari kaki dan pada bahagian tangan serta kaki seseorang.
Wajib Suntik Vaksin
Dalam perkara ini, salah satu penyebab utama penularan penyakit ini adalah disebabkan sikap tidak peduli majikan untuk melakukan saringan pemeriksaan kesihatan atau FOMEMA (Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing) terhadap pekerja asing mereka.
Adakah disebabkan majikan tidak mahu menanggung kos perubatan yang tinggi dan perlu jalani dua kali pemeriksaan kesihatan menjadi penyebab majikan tidak mahu melakukan saringan kesihatan terhadap setiap pekerjanya?
Mana tidaknya, sekiranya mereka menggaji 100 pekerja asing, mereka perlu membelanjakan hampir RM19,000 hanya untuk menampung kos saringan kesihatan setiap pekerjanya di klinik terpilih yang mengenakan bayaran sebanyak RM190 setiap seorang.
Maka tidak hairanlah, kos perubatan yang tinggi seperti ini seringkali dijadikan alasan pihak majikan untuk tidak melakukan saringan pemeriksaan kesihatan terhadap pekerjanya.
Pun begitu, setiap majikan perlu sentiasa beringat, sekiranya mereka mahu menggaji pekerja asing baik di dalam sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan, pertanian mahupun pembantu rumah sekalipun, mereka tetap perlu melakukan saringan pemeriksaan kesihatan terhadap pekerjanya demi mengelak penyakit bawaan ini daripada terus menular yang boleh mencetuskan kerisauan dalam kalangan penduduk tempatan.
KATA ORANG
Jika sayangkan negara... kerajaan buatlah tindakan hantar semua pulang. Sediakan insentif utk pekerja tempatan ambil alih.
— Hazelgrace (@NorfolkPine808) February 10, 2019
Jika sayangkan negara... kerajaan buatlah tindakan hantar semua pulang. Sediakan insentif utk pekerja tempatan ambil alih.
— Hazelgrace (@NorfolkPine808) February 10, 2019
Im very disturbed dengan pendatang asing- pendatang asing yang terlampau ramai ni 😤 lagi- lagi dekat tempat public 😩 serabut 🙄
— hanan (@hanishyuk) February 11, 2019
Hati-hati... selain daripada dusta... kita berhadapan wabak kusta... inilah akibat menteri kesihatan fokus kepada perokok semata-mata sampai tak nampak masalah yang lain... https://t.co/Lg8eVHRema
— Isu Politik Semasa (@rajaretorik) February 10, 2019