Isu gaji wanita lebih tinggi pada suami bukan lagi sesuatu yang asing dalam masyarakat kita pada hari ini. Jika dilihat sekarang ini ramai wanita semakin bersaing dari segi pekerjaan dengan kaum lelaki.

Tidak salah jika isteri bergaji atau berjawatan besar namun yang penting suami isteri haruslah menjaga peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri.

Ada sesetengah orang tidak kisah sekiranya isteri mempunyai pendapatan tinggi dari suami sebaliknya ada juga suami yang berasa tergugat dengan perkara ini.

Namun berapa ramaikah suami yang berhadapan dengan situasi ini mampu bersikap positif?

Situasi ini juga boleh memberi kelebihan kepada keluarga dan suami dimana si isteri boleh menolong suami meringankan beban ekonomi.

 

Suami Ambil Kesempatan

Walaubagaimanapun ada juga suami yang akan berasa tercabar dengan hal ini kerana sebagai ketua keluarga dan seorang lelaki, dia tidak mampu menyara keluarga sepenuhnya. Dari situ akan timbul perasaan rendah diri.

Bagi mengelakkan perasaan ini, suami isteri perlu menghindari pertelingkahan membabitkan perihal pendapatan keluarga.

Secara tradisinya di dalam Islam juga , tanggungjawab untuk mencari rezeki dan memberi nafkah dipikul oleh suami. Tetapi sekiranya isteri redha untuk membantu suaminya, itu tidak menjadi masalah.

Tetapi yang lebih menyedihkan apabila suami mengambil kesempatan diatas kesenangan yang telah diberikan isteri. Suami membiarkan isteri membayar semua perbelanjaan dan gaji suami digunakan untuk berjoli.

Suami tidak sepatutnya mengharapkan duit isteri sebaliknya duit isteri itu dijadikan sebagai simpanan ketika kecemasan dan terdesak.

 

Isteri Pijak Kepala

Isteri pula apabila mempunyai pendapatan melebihi suami, segelintirnya akan berasa diri mereka hebat dan gah kerana semua harta di dalam rumah, kos perbelanjaan keluarga semua darinya.

Perkara ini juga akan membuatkan rasa hormat isteri kepada suami berkurangan , malah mungkin akan sering memperlekehkan peranan suami sebagai ketua keluarga.

Lebih malang lagi apabila suami terpaksa mengikut segala keputusan isteri. Walaubagaimanapun, suami tetap ketua keluarga dan sebarang keputusan harus dirujuk kepada suami.  

 

Miley Cirus Bukti Perempuan Boleh Lagi Kaya Pada Suami

Apa yang menjadi persoalan adakah hidup sebagai suami isteri akan bahagia sekiranya wang gaji isteri lebih banyak dari isteri?

Bahagia tidak boleh diukur dengan pendapatan seseorang itu. Bahagia adalah komitmen yang diperlukan dari suami dan juga isteri.

Pelakon Disney, Miley Cyrus telah membuktikan bahawa rumahtangganya bahagia walaupun beliau memperolehi pendapatan melebihi suaminya, Liam Hemsworth.

Sebagai pasangan suami isteri, Miley dan Liam telah mengumpul nilai harta sebanyak $186 juta. Namun, Laman web Celebrity Net Worth pada pertengahan tahun ini mendedahkan aset Miley sebanyak $160 juta manakala Liam hanya $26 juta.

Kebayakkan orang menganggap isteri berharta dari suami sebagai satu punca penceraian tetapi ia bergantung kepada individu.

Tidak dinafikan ramai isteri yang meminta cerai kerana suami tidak memberikan nafkah dan perlu menanggung perbelanjaan keluarga.

 

Apa yang Suami Boleh Lakukan?

Bagi kaum suami yang pendapatannya kurang dari isteri, janganlah anda berasa rendah diri sebaliknya anda boleh memperbaiki diri anda  lebih baik untuk keluarga.

Apa yang boleh anda lakukan, cuba wujudkan simpanan bersama suami dan isteri untuk sistem kewangan rumah tangga.  Selapas ini tidak akan wujud perbandingan yang ketara berkaitan duit.

Selain itu, anda juga perlu bahagikan kos untuk perbelanjaan rumah tangga. Sebagai contoh gaji suami membayar keperluan anak-anak dan gaji isteri membayar keperluan harian di dalam rumah.

Dengan cara ini suami isteri akan bersama-sama membantu satu sama lain untuk memastikan rumah tangga berjalan lancar dan bahagia.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda kisah sekiranya gaji isteri lebih banyak pada suami?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN