Sumber : Dva Queen

Bencana besar yang melanda negeri Johor baru-baru ini disebabkan oleh pencemaran Sungai KimKim dengan sisa bahan toksik oleh sebuah kilang yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan ratusan pelajar yang bersekolah berhampiran dengan sungai berdekataan terjejas dari aspek kesihatan sehinggakan sekolah-sekolah tersebut terpaksa ditutup.

Menurut laporan, 13 sekolah yang dipercayai terjejas ditutup bagi mengelak dari sebarang risiko.

Sumber : Public Health Malaysia

Yang menyedihkan, sikap tidak bertanggungjawab kilang tersebut membuatkan nyawa pelajar-pelajar sekolah yang tidak bersalah diperjudikan. Pelajar-pelajar sekolah yang terhidu bau sisa-sisa toksik tersebut menjadi sesak nafas sehinggakan ada yang seperti nyawa-nyawa ikan.

Pihak kakitangan hospital, doktor dan jururawat terpaksa digesa untuk ke sekolah-sekolah berkenaan kerana bilangan mangsa yang terlalu ramai dan kritikal. Melalui video-video yang dirakam oleh orang ramai, sudah cukup membuktikan keparahan bencana ini.

Mengikut sumber, ini bukanlah kali pertama kilang berkenaan berbuat demikian. Namun kali inilah yang paling teruk sehingga memudaratkan orang lain. Sehingga harini belum nampak jelas tindakan yang diambil ketas kilang berkenaan. Apa lagi yang ditunggu?

 

Jumlah Mangsa Makin Meningkat, Rakyat Desak Isytihar Darurat

Terbaru, jumlah mangsa yang terjejas dan sedang menerima rawatan di hospital kerajaan mahupun swasta adalah seramai 3,550 orang. Menurut sebuah post di Facebook oleh seorang individu, dipercayai seorang bayi berusia 3 bulan juga sedang menerima rawatan akibat daripada pencemaran tersebut.

Mengapakah ini terjadi? Mengapa sewenang-wenangnya kilang-kilang tersebut bertindak sedemikian seolah-olah tidak takut dengan undang-undang sehingga sanggup membahayakan nyawa orang lain.

Rata-rata rakyat sungguh terkesan dengan isu ini kerana melibatkan nyawa dan kesannya yang menakutkan. Desakan rakyat supaya amaran darurat diisytiharkan ditolak oleh Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Besar Johor kerana merasakan keadaan ini masih lagi didalam keadaan terkawal.

Tindakan yang diambil kerajaan itu menerima kutukan keras dari rakyat kerana seolah-olah mengambol mudah isu ini dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

 

Sultan Ibrahim Murka

Sumber : Royal Press Office

Isu ini mendapat perhatian Sultan Ibrahim, dan turut menyumbangkan RM1 juta untuk digunakan bagi apa-apa isu yang berkaitan dengan pencemaran sungai tersebut. Sultan Ibrahim yang terkenal dengan sikap prihatinnya terhadap rakyat berasa murka dan mentitahkan agar pihak kerajaan segera mengambil tindakan terhadap kilang berkenaan.

 

Beri Hukuman Setimpal, Nyawa Bukan Mainan

Seperti yang didakwa sesetengah pihak, kilang yang dipercayai menyebabkan pencemaran tersebut masih belum didakwa dan diambil tindakan. Mengapakah mereka masih bebas? Apa lagi yang ditunggu oleh pihak kerajaan?

Isu pencemaran yang disebabkan oleh kilang bukanlah isu yang jarang berlaku, sudah terlalu banyak dan pemilik-milik kilang itu juga seperti sudah takut untuk menjalankan kegiatan mereka.

 

Penduduk Mula Keluar Dari Daerah Tersebut

Dapat dilihat ramai penduduk sekitar sudah mula keluar dari kawasan tersebut kerana takut akan kesan yang boleh terkena kepada mereka dan keluarga. Bencana ini bukan seperti banjir, yang mana akan surut dengan cepat tapi ini adalah bencana yang boleh terus memberi kesan selama 2-5 tahun.

Jika dilihat semula sejarah perang I dan II, asid Cyanide digunakan sebagai senjata kimia untuk berperang. Malah ketika zaman pemerintahan Hitler, setiap askarnya diberikan asid ini didalam bentuk pil untuk digunakan oleh mereka sendiri ketika ditawan oleh musuh.

Sungguh hebat kemampuan gas asid ini, namun walau bagaimana bahaya pun, kumpulan pekerja perbersihan tanpa rasa teragak-agak sanggup turun padang ke tempat kejadian bagi mencuba membersihkan kawasan yang tercemar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah kerajaan mengisytiharkan darurat?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN