Sesuatu perkara yang baik sudah tentunya wajar dipuji tidak kira dari apa latar belakang sekalipun. Siapa dia? Apa pekerjaan dia? Malahan dari parti mana sekalipun, sama ada ia dilakukan dari parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Apa yang pasti, dapat dilihat pergerakan Pemuda UMNO ketika ini sudah melakukan beberapa perubahan.

Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Tasmi’ Bacaan Exco Pemuda

Perubahan tersebut dapat dilihat semenjak Ketua Pemuda UMNO dipimpin oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Berdasarkan hantaran Dr. Asyraf Wajdi di akaun Facebook miliknya, beliau sedang melakukan sesi tasmi’ memeriksa dan membaca bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada barisan exco pemudanya.

Dalam hantaran tersebut, jelas kelihatan seorang exco Pemuda UMNO yang merupakan Exco Luar Negara, Ikmal Hazlan sedang membaca Al-Quran dan sedang diperiksa bacaan tersebut oleh Dr Asyraf Wajdi sendiri.

Suatu Perubahan Baru

Ini merupakan suatu perubahan baru yang dilakar oleh Pemuda UMNO. Agak janggal sebenarnya untuk melihat perubahan ke arah Islam yang dilakukan oleh parti UMNO, khususnya barisan pemudanya. Namun, apa yang dilakukan oleh Dr. Asyraf merupakan suatu perubahan baik yang wajar diteruskan.

Sumber: MH Online

 

Memandangkan Dr Asyraf berlatar belakangkan pengajian Islam, tidak hairan sekiranya dasar-dasar ajaran Islam diterapkan dalam pentadbiran pergerakannya. Mungkin itu merupakan satu bentuk keselesaan buat dirinya.

 

 

Berlatarbelakang Pendidikan Islam

Berdasarkan biodata peribadinya di universiti, beliau berkecimpung dalam pergerakan pelajar Islam. Keaktifan beliau dalam pergerakan tersebut terbukti sehingga diangkat menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat sarjana sebelum menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau kemudiannya bertugas sebagai Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) sebelum berkecimpung dalam dunia politik bersama UMNO.

Sebelum memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, parti telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk membawa perubahan di dalam UMNO dengan dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Sumber: Utusan Malaysia

Menteri Yang Mengimamkan Solat Jumaat

Malah, semasa menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa era pentadbiran kerajaan lalu, beliau merupakan satu-satunya menteri yang mampu menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimamkan Solat Jumaat di Masjid Negara.

Yang pasti, pembudayaan bacaan Al-Quran merupakan suatu usaha yang murni lebih-lebih lagi dilakukan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah ini.

Dalam masa yang sama, Dr Asyraf sendiri turut mengingatkan kepada saf kepimpinannya untuk melazimi Al-Quran. Ingatan itu bertujuan untuk memastikan perjuangan parti UMNO sentiasa dipelihara dan dirahmati oleh Allah.

Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Dengan rekod beliau sebagai seorang ahli politik yang baik dan bersih, siapa tahu perubahan yang dibawa oleh Pemuda UMNO bakal membantu mengembalikan kegemilangan UMNO sebagai sebuah parti yang digeruni oleh kawan dan pihak lawan.

Dalam masa yang sama mampu menarik golongan muda bersama pergerakan mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pendekatan ini wajar diteruskan oleh Pemuda UMNO?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN