Pelbagai cara telah digunakan oleh penagih dadah pada hari ini dalam usaha mengaburi mata pihak berkuasa. Ada yang memakai kopiah dan serban sebelum memasuki sarang penagih dadah. Bagi yang tua, mereka memberikan alasan kononnya mahu mencari anak mereka yang hisap dadah di kawasan terbabit.

Sumber: Harian Metro

Malangnya, semua taktik ini berjaya dihidu oleh pihak polis dalam satu serbuan sarang penagih dadah di Kampung Bakau Tua, di Kepala Batas baru-baru ini. Dalam serbuan terbabit, seramai 15 penagih berusia antara 20 hingga 60 tahun berjaya ditahan.

Menggunakan taktik alim dan warak bukan perkara baru dalam kalangan penagih dadah. Perkara ini pernah didedahkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak dalam beberapa serbuan di daerah Manjung Perak pada tahun lalu.

Suspek sangat kreatif dalam mengubah suai peralatan penagihan seperti gunting dan botol kecil yang mampu diletakkan di dalam kopiah yang dipakai. Dalam masa yang sama, terdapat juga seorang bapa berpakaian jubah membawa anak berusia tiga tahun ke sarang penagihan bagi menghisap dadah.

Bertopengkan Agama

Adalah menjadi kemarahan orang ramai apabila sentimen keagamaan digunakan bagi menyembunyikan kegiatan jenayah yang dilakukan.

Tindakan mereka yang ‘bertopengkan’ agama bukan sahaja mencemarkan kesucian imej islam, tetapi dalam masa yang sama mewujudkan sterotaip dalam kalangan masyarakat untuk berhati-hati dengan golongan yang berkopiah dan berserban.

Sumber: facebook Harian Metro

Reaksi Netizen

Rata-rata netizen turut meluahkan perkara yang sama. Sikap kepura-puraan golongan penagih dadah yang menyamar sebagai seorang yang alim sudah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan masyarakat, bukan sekadar untuk megaburi mata masyarakat tetapi untuk memastikan mereka tidak disisih oleh masyarakat.

 

Apa yang menjadi kebimbangan, jumlah penagih dadah di kalangan rakyat Malaysia majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam. Lebih mendukacitakan, terdapat juga segelintir dari kalangan agamawan seperti siak turut sama terlibat dalam najis dadah. Sedangkan Islam secara jelas telah mengharamkan penyalahgunaan dadah kerana mendatangkan kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

Sumber: Berita Harian

Statistik Penagihan Dadah

Berdasarkan statistik pada tahun 2018 yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang Melayu merupakan  golongan teramai yang menjadi penagih dadah iaitu sebanyak 80.6 peratus dengan jumlah seramai 88,522. Daripada jumlah tersebut, golongan remaja dan belia merupakan paling ramai terlibat dalam penyalahgunaan dadah baik lelaki mahupun wanita.

Rakyat Malaysia diingatkan supaya menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah. Individu menjadi penagih dadah tidak lagi menjadi aset negara sebaliknya liabiliti, bukan terhadap negara tetapi juga terhadap ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

Kerajaan pula terpaksa mengeluarkan peruntukan kewangan yang besar memakan ratusan juta ringgit bagi memulihkan golongan penagih.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah golongan penagih yang berpura-pura alim ditambah dengan hukuman lain?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN