Sumber: The Star

Kerajaan ketika ini sedang bercadang untuk membeli tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Cadangan tersebut diajukan oleh Menteri Wilayah, Khalid Samad yang bertujuan memastikan pembangunan semula kawasan Kampung Baru menjadi lebih teratur dan menyeluruh.

Untuk Kekalkan Rezab Melayu

Langkah tersebut dilihat sebagai suatu langkah yang positif bagi mengekang pemilik tanah di Kampung Baru menjual tanah mereka kepada pemaju hartanah khususnya bukan Melayu. Secara tidak langsung, kawasan tersebut akan kekal menjadi kawasan kekal rizab Melayu oleh kerajaan.

Sumber: Time Out

Punca Pembangunan Tidak Dapat Dilakukan

Ini kerana masalah yang berlaku sehingga ke hari ini ialah, satu lot tanah yang kecil memiliki lebih dari sepuluh penama memandangkan kawasan tersebut diwarisi peneroka asal sehingga generasi ke-4 hari ini.

Malah, tuntutan harga yang tidak munasabah oleh pemilik atau waris telah membantutkan pembangunan semula Kampung Baru selama ini.

Apa yang pasti pembangunan Kampung Baru bakal menjadi kayu ukur prestasi Khalid Samad selaku menteri dalam barisan kabinet Pakatan Harapan.

Sekiranya kerajaan berusaha membeli Kampung Baru, apakah ciri pembangunan yang bakal dilaksanakan? Adakah ciri-ciri warisan tradisional Melayu akan dikekalkan atau dihapuskan secara keseluruhan?

Sumber: Berita Harian

Mengekalkan Warisan Dan Identiti Melayu

Berdasarkan laporan Berita Harian, pembangunan Kampung Baru tetap mengekalkan identiti imej Melayu Kampung Baru. Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Zulkurnain Hassan berkata, sebanyak 11 buah rumah tradisional yang mempunyai seni bina menarik bakal dibina semula dalam bentuk asal.

Sumber: Berita Harian

Dalam masa yang sama sebanyak 136 rumah lagi bakal dibangunkan dalam bentuk butik dan ditempatkan di Taman Warisan Melayu. Malah, Pasar Minggu yang menjadi ‘syurga makanan’ bakal dikekalkan bagi menjadi tarikan pelanggan.

Penyusunan semula Kampung Baru merupakan langkah yang wajar dalam menangani masalah penjaja dan peniaga haram, gejala sosial, kebersihan dan sebagainya.

Penduduk Bersetuju

Apa yang menarik, 80 peratus daripada pemilik tanah turut bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Khalid Samad. Ini bermakna, fasa pembangunan semula Kampung Baru dapat direalisasikan. Idea pembangunan Kampung Baru telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Ketika ini, pelan akhir pembangunan Kampung Baru yang membabitkan sebanyak 1,350 lot tanah bakal dibentangkan pada September tahun ini. Jika berjaya, akan pelan pembangunan akan dilaksanakan dengan akdar segera.

Pendekatan ini selari dengan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Pada tahun 2017, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu menyarankan agar Kampung Baru dimajukan berdasarkan ciri-ciri kemelayuan dan keislaman penduduk di sekitarnya.

Malah, beliau turut menegaskan, pembangunan hartanah perlu dijalankan secara seimbang antara lama dan baharu, selain mengambil kira komitmen semua pihak termasuk pewaris. Benar kerajaan lalu gagal menyelesaikan masalah Kampung Baru namun mereka tetap berjaya mengekalkan warisan kampung tersebut dari dibaham pembangunan yang pesat.

Sumber: Abuyaa.blogspot

Sejarah Kampung Baru

Kampung Baru merupakan satu-satunya perkampungan Melayu yang tinggal selepas pembangunan dan pemodenan yang meranapkan kampung-kampung tradisi seperti Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum.

Jika menelusuri sejarah, kampung yang berusia 115 tahun dengan keluasan 101 hektar telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai The Malay Agricalture Settlement bagi membenarkan orang Melayu membuka penempatan dan mengamalkan gaya hidup kampung. Perkara ini yang perlu dipertahankan.

Rakyat sedar bahawa masalah penempatan menjadi masalah utama bagi penduduk ibu kota. Dalam masa yang sama, apa yang rakyat mahukan ialah pembangunan yang dilakukan perlu seimbang antara moden dan tradisional agar identiti Kampung Baru terus terpelihara.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Pembangunan di Kampung Baru?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN