Nampaknya gabungan penyanyi Alif Satar bersama kumpulan nasyid terkemuka, Raihan mendendangkan lagu Sesungguhnya 2019 mendapat sambutan baik dikalangan peminat lagu tersebut.

Video rakaman yang dimuat naik ke YouTube sejak enam hari lalu itu kini mencecah lebih 2.3 juta tontonan dan meletakkan video itu kini trending nombor satu.

Melodi Disusun Semula

Sumber:Otok Geligo

Menurut Alif, dia sangat menyukai lagu Sesungguhnya dan Raihan adalah kumpulan yang yang menjadi idola ketika zaman kanak-kanaknya.

Alif menyatakan dia menyusun semula melodi lagu Sesungguhnya dan diberi nafas baru.

Dia bekerjasama dengan band The Locos untuk hasilkan susunan melodi baru yang lebih segar. Namun, dia mengakui kekuatan utama lagu ini adalah muziknya yang memang dicipta dengan begitu indah sekali.

Ā 

Hadiah Untuk Peminat Raihan

Manakala, Raihan bersyukur kerana diberikan peluang ini. Secara tidak langsung mereka ada benda untuk diperkatakan kepada peminatnya diseluruh negara.

Sumber: Ceritera Ibu

Ia juga satu hadiah buat peminat yang merindui Raihan khususnya yang membesar dengan lagu ini

Salah seorang anggotanya, Che Amran Idris, berkata idea untuk bergabung itu disuarakan oleh Alif dan mereka menyambut positif kerana tujuannya amat baik.

Che Amran memaklumkan lagu itu bukan sahaja tular di Malaysia, tetapi turut trending di Singapura apabila menduduki tempat keenam.

Di Indonesia pun lagu ini mula jadi sebutan. Dan raihan berharap lagu ini mendapat tempat di hati peminat.

Berdakwah Kepada Generasi Baru

Sumber: Insta Online

Che Amran berkata, Raihan mengambil peluang itu sebagai peluang mengetengahkan lagu dakwah mereka kepada generasi baru.

Katanya lagi, Raihan sudah mempunyai peminatnya tersendiri namun dengan pengenalan Sesungguhnya 2019 juga akan dapat diperkenalkan kepada generasi baru dan dihayati mereka.

Raihan turut dianggotai dua lagi ahli iaitu Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.

Peminat Mahu Versi Lama

Walaupun sebilangan besar peminat menyambut baik gabungan Alif dan Raihan, ada dikalangan mereka mahu versi asal ini dinyanyikan semula oleh Raihan dengan vokalis asalnya, Nazrey Johani.

Sumber:haluan.org.my

Mereka mahu vokalis dengan suara merdu itu kembali bersama Raihan dan berdakwah seperti sebelum ini.

Sesungguhnya ini pernah meledak sekitar tahun 2007. Dan rata-rata mereka sudah menghafal lirik lagu ini dan sudah sebati dengan mereka.

Bagaimanapun, Nazrey Johani pernah memaklumkan dia tidak terfikir untuk menyertai semula kumpulan itu.

Dia mahu menghabiskan masanya untuk kegiatan dakwah sahaja. Dia juga dalam usaha menyiapkan projek membina madrasah kedua, Maahad Al-Tahfiz Bayu Syahadah di Batu 2, Jalan Lombong Tembaga Mamut, dekat pekan Ranau.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah lagu Sesungguhnya 2019 perlu vokalis asal kumpulan Raihan?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN