Selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke -14 pada 9 Mei lalu dan secara rasmi menjadi Kerajaan Persekutuan yang sah, ramai ahli-ahli Umno mengisytiharkan keluar parti.

Perkara itu pada awalnya amat mengejutkan, namun kini tidak lagi apabila kita melihat hari ini seramai 13 ahli Umno dan pemimpin kanan di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima ahli Parlimen, sembilan Adun dan dua senator serta sembilan Adun.

Lima Ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat).

Selain Hajiji, lapan Adun lagi adalah Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Musbah Jameh(Tempasuk), Datuk Gulam Haidar Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Datuk Nizam Titingan (Apas).

Manakala dua senator Umno yang keluar parti ialah Datuk Ghani Yassin dan Datuk John Ambrose.

 

Umno Sudah Lari Dasar Perjuangan

Sumber: mole.my

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata kepimpinan Umno Pusat tidak mempunyai arah politik yang jelas menyebabkan mereka bersepakat mengambil keputusan drastik ini.

Tambah Hajiji, keputusan sebulat suara ini juga diambil kerana kesal dengan pucuk kepimpinan Umno Pusat yang tidak bersatu dan sering bercanggah pendapat.

Katanya, pihak Umno Sabah telah membuat keputusan untuk mengambil inisiatif untuk mencatat masa depan politik mereka sendiri.

Mereka akan mulakan dengan memisahkan (disassociating) diri dengan Umno agar bebas untuk mempertimbangkan semua pilihan yang ada untuk mencorakkan masa depan dalam kumpulan politik baru.

 

Mahu Beri Sokongan Penuh Pada Pakatan Harapan

Sumber: Buletindunia

Hajiji yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata kesemua pemimpin Umno Sabah dan Wakil Rakyat yang meninggalkan Umno untuk menjadi wakil bebas memberi sokongan penuh kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Menurutnya, ahli Umno yang bertindak keluar parti akan bekerja keras membantu Kerajaan Persekutuan dalam membawa lebih banyak pembangunan dan perubahan di negeri ini.

 

Siapa Yang Akan Bawa Suara Pembangkang Di Parlimen?

Ada rakyat Malaysia yang menyambut baik tindakan pemimpim Umno keluar parti kononnya tidak lagi percaya kepada Umno dan kepimpinan yang masih ada, namun ada juga yang tidak bersetuju kerana ini akan merosakkan demokrasi negara kita.

Mereka menganggap tiada guna pilihanraya jika yang menang adalah orang yang sama, dan siapa yang akan bawa suara pembangkang di Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri.

Pembangkang kena juga kuat supaya ada semak dan imbang. Siapa nak semak dan imbang jika semua menyokong parti kerajaan?

Kesian kepada pengundi-pengundi mereka yang mengundi Umno selama ini. Ini satu pengkhianatan buat penyokong Umno itu sendiri.

 

Pemimpin Atasan Umno ‘Minta Nyawa’, Ahli Lain Diminta Untuk Setia?

Sumber: Sumber: mole.my

Ini yang membimbangkan rakyat Malaysia juga, dengan kehadiran ramai bekas ahli Umno masuk dalam Pakatan Harapan, mungkin akan wujud Umno 2.0 dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dan kebanyakkan bekas ahli Umno ini terlibat dengan salahguna kuasa, penyelewengan dan sebagainya. Adakah ini menunjukkan isyarat bahawa meraka kini seolah-olah ‘minta nyawa’ kerana talian hayat mereka semakin habis.

Ini bukan ura-ura lagi, ini sudah sahih, dimana kita lihat ramai pemimpin atasan berjumpa Tun Mahathir menyatakan hasrat mereka keluar Umno dan menyokong kepimpinan Pakatan Harapan.

 

Ahli Parlimen Umno Sabah Nak Sertai Kerajaan Sebab Masalah Wang

Sumber: The Coverage

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengesahkan terdapat anggota Parlimen parti itu dari Sabah yang ingin menyertai kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan kerana kekangan dana untuk peruntukan di kawasan mereka.

Annuar berkata beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada anggota parlimen yang terbabit, memandangkan Umno sendiri tidak mempunyai wang akibat akaun dibekukan.

 

Konspirasi, Perancangan Hishamuddin

Berdasarkan laporan Malaysiakini, terdapat sumber dari Umno mendedahkan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein adalah dalang di sebalik tindakan beberapa wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.

Pemimpin Umno itu mendakwa Hishammuddin mungkin “diperkudakan” oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Satu lagi sumber parti, mendedahkan mengenai dua senario yang mungkin dalam perancangan Hishamuddin. Kemungkinan katanya ia bagi meneruskan agenda anti-Anwar Ibrahim sementara mendapatkan keuntungan untuk dirinya sendiri yang melihat dirinya bakal perdana menteri.

Selain itu kata pemimpin tersebut, pilihan lain untuk Hishamuddin adalah dengan menjadi anak jantan dan bertanding untuk jawatan presiden Umno nanti.Pemimpin parti itu menuduh Hishammuddin sengaja mengalihkan perhatian kepada kelemahan kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dalam Umno.

 

Umno Masih Kuat Walau Ramai Keluar Parti

Sumber: mole.my

Dalam ribut yang sedang melanda Umno, Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, apa yang berlaku di Sabah merupakan satu tindakan yang dijangka dan tidak sama sekali melemahkan perjuangan Umno yang telah banyak menabur jasa kepada anak negeri itu.

Kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1991, telah merubah kedudukan sosioekonomi negeri itu dan sudah tentu parti rumpun Melayu akan meneruskan pembelaan berkenaan.

Untuk itu, perlu diperjelaskan bahawa Umno Sabah tidak terbubar walapun ada pemimpin negeri itu yang keluar parti.

Katanya, Umno juga bersedia dengan pelan penggantian di peringkat bahagian sebagaimana terkandung dalam Fasal 15.7 dan Fasal 15.8 Perlembagaan Umno.

Sumber: The Star

Kini, Ketua Umno Bahagian Kinabatangan,Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah bagi menggantikan Hajiji yang keluar parti.

Sementara Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Yakub Khan dilantik sebagai timbalan Bung Moktar; Timbalan Ketua Umno Kinabatangan, Jeffry Ariffin (setiusaha) dan Ketua Umno Bahagian Tenom, Datuk Raimi Unggi dilantik sebagai ketua penerangan Umno negeri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah pemimpin atasan Umno keluar parti untuk minta talian hayat atau Umno 2.0 bakal berlaku?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN