Sekarang isu pemerdagangan manusia seolah-olah dipandang sepi oleh masyarakat kita dan juga pihak kerajaan. Adakah jenayah ini sudah dibanteras secara habis-habisan? Adakah pihak berkuasa sudah menangkap si pelakunya?

Kita tahu bahawa pemerdagangan manusia ini ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia. Di media massa dan juga elektronik, nampaknya isu ini telah lenyap. Mungkin betul Malaysia bukan lagi hub transit pemerdagangan manusia.

Tetapi perkara itu kita tidak boleh tolak ketepi, dimana kita tahu Malaysia ditengah-tengah ASEAN dan pastinya ia menjadi lokasi paling strategik sebagai negara destinasi atau transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia.

Kelemahan dari sudut kedudukan geografi itu memudahkan negara menghadapi kesan limpahan apabila berlakunya masalah ekonomi.

Keamanan dalam negara juga menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan. Negara juga dijadikan pusat transit untuk menyeludup manusia ke negara ketiga seperti Australia dan Amerika syarikat.

Hasil kajian mendapati, negara Malaysia khususnya negeri Sabah adalah salah satu destinasi, dan negeri persingahan untuk wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk eksploitasi seks secara komersial dan buruh paksa bagi lelaki.

 

Pemerdagangan Manusia Jenayah Terancang Ketiga Terbesar di Dunia

Sumber: ADHRB

Kalau diambil kira jenayah paling ganas dan bahaya adalah penyeludupan dadah dan senjata api. Namun, kini pememerdagangan manusia juga jenayah paling ditakuti.

Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 sahaja dianggarkan seramai 70,0000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks. Di Bangladesh umpamanya, sebuah laporan UNICEF menyatakan kira-kira 400 orang wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan setiap bulan yang kebanyakan mereka berusia 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja dalam industri seks komersial.

Sumber: BH Online

Pada tahun 2015, negara juga pernah dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem berkaitan isu pemerdagangan manusia yang ditinggalkan. Dan ia ditemukan dalam kawasan Malaysia di Wang Kelian, Perlis sempadan Malaysia – Thailand.

Paling mengejutkan, kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit sempadan negara itu ditemui pada Januari 2015, namun hanya diumumkan pihak polis pada 25 Mei.

Sumber: Astro Awani

Ia menjadi tanda tanya pelbagai pihak dan timbul persoalan yang dibangkitkan laporan itu adalah mengenai arahan polis supaya kem itu dimusnahkan sebelum siasatan pihak forensik? Sedangkan lokasi itu berpotensi sebagai lokasi kejadian jenayah.

Siasatan terperinci juga mendapati beberapa lagi persoalan yang tidak mampu dijawab, antaranya, mengapa penemuan awal kem dirahsiakan dan siapa yang memberi arahan untuk membersihkan dan memusnahkan lokasi kejadian serta mengapa ia dilakukan? Tetapi perkara itu sampai sekarang sebabnya belum dirungkai, kerajaan pada ketika itu kononnya tidak merahsiakan hal tersebut, tetapi tanda tanya ini belum dijawab.

 

Peranan Kerajaan dan NGO

Malaysia mempunyai pelbagai badan kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) yang memperjuangkan isu pemerdagangan manusia ini. Di pihak kerajaan antaranya adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dan Jabatan Imigresen.

Pada 28 Februari 2008, kerajaan Malaysia telah meluluskan Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) dan ia menjadi undang-undang serta dasar negara Malaysia.

Kemudian digubal menjadi Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyelidupan Migran 2007 (ATIPSOM). ATIPSOM 2007 digubal dan dirangka sedemikian rupa bersesuaian dengan persekitaran Negara kita Malaysia.

Melalui akta ini, nasib mangsa pemerdagangan orang lebih terjamin kerana kandungan akta ini merangkumi aspek pendakwaan, pencegahan, jagaan dan perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang.

Malaysia juga mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara ASEAN, sama ada kerjasama bilateral mahupun multiliteral seperti ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC), ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime SOMTC dan Working Group on Trafficking in Persons.

Justeru,kerjasama daripada semua masyarakat dunia merupakan jalan penyelesaian paling efektif yang patut dipraktikkan. Janganlah kita hanya berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja beban ini dipikul oleh pihak berkuasa.

Sumber: Pepatah Melayu

Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga bagi membanteras jenayah ini agar tiada lagi mereka yang lemah menjadi mangsa kepada jenayah pemerdagangan manusia.

KATA ORANG

Permulaan pemerdagangan manusia🔥 twitter.com/PopPelangi/sta…

@TijanTijan87 menutup mulut, "gadis-gadis melakukan lucah" baru saja didakwa dengan pemerdagangan manusia dan mereka semua adalah lebih dari Pornhub.

@RinaMohdHarun Barulah pembangunan luar bandar rancak. 😂 @officialpakwan SME akan lebih bersasar. 🤑 @saifnasution Subsidi gudang makanan negara berstrategi. 😜 @saifuddinabd Isu pemerdagangan manusia negara peringkat global dipulihkan. 😘 @xavierjayakumar Reformasi aset. 😂

@malasgilaaa Ko jgn pelik2 azfar, ni sume pemerdagangan manusia

KATA ANDA

Wajarkah isu pemerdagangan manusia dipinggirkan
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN