Kemelut pentadbiran Amerika Syarikat ketika ini semakin meruncing. Usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk meneruskan rancangan  pembinaan tembok sempadan negara bersebelahan Mexico sekali lagi gagal.

Sumber: Berita Harian

Pengisytiharan

Sebelum ini, Trump mengisytiharkan darurat di peringkat nasional selepas usul yang dikemukakannya pada Disember lalu tidak diluluskan Dewan Perwakilan. Pengisytiharan darurat membolehkan Trump menandatangani rang undang-undang perbelanjaan kerajaan yang diluluskan Kongres.

Dalam Undang-undang Persekutuan AS memberi beberapa kuasa kepada Presiden untuk digunakan ketika krisis atau keadaan kecemasan yang mengancam negara. Presiden dibenar merampas harta benda, menyusun dan mengawal pembuatan, merampas komoditi, mengarahkan tentera bertugas di luar negara, melaksanakan undang-undang tentera dan sebagainya.

Dalam kes ini, ia membolehkan Trump menarik dana Persekutuan daripada tempat lain untuk membiayai pembinaan tembok sempadan. Namun, pengisytiharan darurat Trump turut dipersoal beberapa pembuat dasar Republikan sendiri. Dalam masa yang sama parti Demokrat mahu mencabar tindakan Trump yang disifatkan sebagai melangkaui bidang kuasa Presiden di mahkamah.

Sebagai natijah, pada 26 Februari lalu, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan resolusi menyekat Trump daripada mendapatkan dana bagi tujuan membiayai projek pembinaan tembok sempadan menerusi pengisytiharan darurat.

Trump Hilang Kepercayaan Republikan

Resolusi yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan itu dikuasai oleh parti Demokrat dengan margin selesa iaitu 245 undi -182 undi. Seramai 13 ahli dewan daripada Republikan menyertai parti Demokrat sekaligus memusnahkan deklarasi kecemasan Trump.

Sumber: Utusan Online

Operasi Kerajaan AS ‘Shut Down’.

Pada Disember tahun lalu, Trump bertegas mahu mendapatkan pembiayaan sebanyak AS$5 billion daripada negara, namun Kongres mengambil keputusan untuk tidak meluluskan. Sebagai tindak balas, Donald Trump enggan menandatangani usul perbelanjaan lanjutan menyebabkan operasi kerajaan ditutup pada 22 Disember tahun lalu sehingga 25 Januari awal tahun ini.

Dianggarkan seramai 800,000 kakitangan kerajaan persekutuan  terkesan dengan tindakan tersebut kerana tidak dibayar gaji. Ini menjadikan penutupan operasi kerajaan paling lama dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat mengatasi rekod penutupan operasi sebelum ini iaitu selama 21 hari di bawah pentadbiran Bill Clinton pada tahun 1995-1996.

Sumber: Utusan

Kenapa Tembok Sempadan Sangat Penting

Trump berpandangan tindakan mewujudkan tembok sempadan sebagai isu keselamatan nasional yang perlu dilakukan untuk melindungi sempadan AS-Mexico daripada aktiviti penyeludupan dadah, penyeludupan manusia dan penjenayah.

Pandangan Rakyat Amerika

Majoriti rakyat AS mengutuk tindakan Trump memperluaskan tembok sempadan. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Pew mendapati 58 peratus rakyat AS menentang manakala 40 peratus lagi menyokong. Kajian tersebut melibatkan seramai 1,505 orang responden.

Sumber: Mstar

Tindakan Trump turut dibantah warga Mexico. Menurut warga Mexico, pembinaan tembok sempadan dilihat sebagai idea yang paling teruk. Ia tidak menghalang kemasukan pendatang atau dadah tetapi menjadi lambang kebencian dan sikap rasis Donald Trump.

Maka, beberapa persoalan timbul bagi melihat senario politik AS pada masa kini. Apakah langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh Trump? Adakah isu pembinaan tembok sempadan akan memberi kesan buruk kepada ekonomi amerika selepas ini? Adakah pembinaan tembok sempadan ini akan berjaya? Sama-sama kita nantikan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Berdasarkan senario politik di AS ketika ini, adakah Trump mampu memegang kuasa pada penggal seterusnya?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN