Sumber: Muscle and Fitness

Bagi sesetengah golongan lelaki, mendapatkan tubuh badan yang ‘sado’ dan ideal merupakan idaman mereka tersendiri. Jangan terkejut sekiranya ada yang rajin meluangkan masa setiap hari di gimnasium sehingga berjam-jam lamanya.

Membentuk badan yang ideal adalah sukar bagi setiap orang, lebih-lebih lagi yang bertubuh gempal. Langkah awal seperti pengambilan makanan yang seimbang, senaman yang mencukupi, pengambilan makanan tambahan untuk membentuk otot yang menarik dan sebagainya merupakan rutin biasa bagi mereka.

Namun, semua itu mengambil masa yang lama di samping memerlukan disiplin diri yang tinggi. Dengan kesibukan waktu kerja, kesesakan lalu lintas dan sebagainya sudah tentu ia membantutkan usaha mereka yang ingin membina badan kerana kesuntukan masa.

Fenomena Biasa Di Korea Selatan

Pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk badan ‘six pack’ bukan perkara baru. Malah, telah menjadi pilihan utama bagi masyarakat di Korea Selatan, khususnya golongan-golongan selebriti di sana. Disebabkan pembedahan plastik menjadi satu kebiasaan, tidak hairan sekiranya banyak selebriti korea memiliki bentuk badan six pack.

Kaedah tersebut turut menjadi ikutan bagi penduduk di Asia Tenggara. Disebabkan itu, sebuah hospital di Thailand kini menyediakan perkhidmatan pembedahan plastik bagi sesiapa yang ingin mendapatkan bentuk badan dengan segera. Sudah pasti ia merupakan berita gembira bagi mereka yang malas bersenam.

Pendedahan ini dilakukan oleh seorang pengguna media sosial Facebook Carrey Farjery dari Bangkok. Beliau telah membuat promosi pembedahan plastik Six pack khususnya kepada golongan lelaki yang ingin mendapatkan bentuk badan menarik.

Sumber: Facebook Carrey Farjery

Sambutan Hangat Di Thailand

Yang pasti, promosi tersebut sememangnya mendapat sambutan. Berdasarkan laporan Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Masterpiece Hospital, Raweewat ‘Sae’ Maschamadol berkata, mereka telah menerima 20 hingga 30 pelanggan setiap tahun untuk pembedahan six pack. Pendedahan tersebut dilakukan oleh beliau ketika ditemu bual oleh akhbar Coconut Thailand.

Beliau turut menjelaskan pembedahan tersebut dilakukan dengan mengeluarkan lemak daripada perut pesakit dan kemudian mengukir ukiran six pack agar nampak lebih semula jadi dan tahan lama. Malah, pembedahan yang dilakukan tidak menyakitkan dan pesakit akan segera sembuh.

Dikongsi Di Media Sosial

Bagi seorang pekerja di Hospital Masterpiece, Atittayapa Photiya, beliau berkongsi gambar-gambar pembedahan plastik six pack di laman sosial Facebook miliknya. Jelas tampak pembedahan plastik tersebut berjaya dilakukan, malah kesan parut kelihatan minima. Dalam masa beberapa minggu six pack ‘buatan’ melalui pembedahan sudah kelihatan sempurna.

Sumber: Facebook Atittayapa Photiya
Sumber: Facebook Atittayapa Photiya

Bagi sesiapa yang berminat dan mempunyai kewangan yang kukuh, mungkin anda akan ke Thailand bagi mendapatkan bentuk badan yang menjadi idaman. Namun, setiap pembedahan plastik sekalipun tetap akan ada kesan sampingan tertentu.

Fikirkan Kesan Sampingan

Bersediakah anda untuk menerima kesan dan akibatnya. Walaupun tidak berlaku dalam masa terdekat, lambat laun, khususnya di usia tua mungkin badan anda berpotensi untuk menerima pelbagai penyakit, dalam masa yang sama otot-otot badan juga turut menerima kesannya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah trend pembedahan plastik di Thailand akan diikuti di Malaysia?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN