Sedih mendengar keluhan pemandu-pemandu teksi kebelakangan ini yang kasi pagi makan pagi, kasi petang pula makan petang, kadang-kadang tiada pendapatan pun yang diperolehi sehari.

Begitulah liku-liku kehidupan dalam mencari rezeki.Nasib pemandu teksi ini mungkin sama dengan orang lain yang dihimpit kesulitan termasuk nasib penoreh getah.

Sumber:paultan.org

Ramai pemandu teksi menyatakan kenderaan ada tetapi penumpang tidak ada kerana ‘disambar’ orang lain. Ada pemandu yang berkata, hanya menunggu masa mencabut meter atau ‘gantung’ streng.

Ada sebilangan besar pemandu teksi ini tidak puas hati apabila ramai rakyat Malaysia lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing daripada teksi.

Sumber:The Star

Tetapi ada punca kerana ramai penumpang memilih e-hailing seperti Grab sebagai pilihan utama mereka.

 

Pemandu Teksi Cekik Darah Penumpang

Ada ramai golongan pemandu teksi tidak jujur dan tidak mengikuti undang-undang.

Pada minggu lalu, seorang wanita dari Johor menjadi mangsa keadaan ini dan jika anda dengar kisahnya, pasti anda pun marah.

Sumber:Babab.Net

Dia berkongsi pengalamannya dalam laman Facebook sebagai amaran kepada orang lain.

Dalam temuramah dengan China Press, wanita itu berkata, beliau baru pulang ke Malaysia dari Singapura ketika itu dan ingin melunaskan beberapa tugas di Permas Jaya, Johor Bahru.

Beliau sedang memikirkan cara untuk ke lokasi berkenaan apabila didekati oleh pemandu teksi yang menawarkan perkhidmatannya. Memandangkan beliau sudah agak lewat ketika itu, beliau setuju.

Pada awalnya dia ditawarkan pemandu teksi untuk ke lokasi berkenaan sebanyak RM45, wanita itu meminta pemandu teksi itu menggunakan meter tetapi pemandu itu enggan kerana alasan guna meter pun harga lebih kurang sama.

Dalam perjalanan, pemandu tadi kerap menyebut mengenai “station fee” (bayaran stesen) kerana beliau dapat merasakan yang beliau akan dikenakan bayaran tambahan.

Memang betul pun! Apabila wanita itu menyerahkan RM50, pemandu itu terus berkata dia perlu bayar RM49 lagi untuk “station fee” itu.

Sumber:Kosmo

Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Kesian dekat pemandu teksi yang lain, disebabkan sebilangan kecil yang tidak jujur, habis semua pemandu teksi akan dicop sebagai tidak jujur.

Bagaimana dengan mereka yang betul-betul hendak mencari rezeki yang halal, kesian kan?

 

Jarak Hanya 15 Kilometer, Naik Grab RM13 Sahaja

Wanita itu telah memaklumkan kepada rakan dan keluarganya berhubung kejadian tersbut dan memang sah dia telah ditipu dengan harga yang tak masuk akal langsung untuk perjalana yang jarakanya hanya 15km.

Sumber:hijabnheels

Wartawan yang menemu bual wanita terbabit juga merujuk kepada persatuan pemandu teksi dan dimaklumkan kadar bayaran itu memang terlalu tinggi.

Jurucakap persatuan itu juga mendedahkan yang tambang untuk satu perjalanan sejauh itu sepatutnya tidak lebih daripada RM30.

Selain itu, wartawan terbabit turut membuat penyelidikan mengenai tambang yang perlu dibayar oleh wanita itu jika beliau menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab. RM13 sahaja!

Ternyata bukan semua pemandu mempunyai prinsip yang sama. Tetapi harga tambang mengikut meter lebih tinggi daripada caj yang dikenakan oleh perkhidmatan e-hailing agak keterlaluan.

 

Ada Kes Pemandu Teksi ‘Pau’ Pelanggan Sebanyak RM950 Untuk 10KM!

Sebelum ini, ada kes penumpang dipaksa bayar tambang teksi sebanyak RM950 bagi jarak kurang 10 kilometer.

Nasib malang itu dialami oleh dua lelaki warga Bangladesh yang diperas ugut seorang pemandu teksi ketika menaiki kenderaan itu dari KL Sentral ke Setapak denga jarak hanya 10 km sahaja.

Sumber:EdisiRakyat.com

Penumpang itu pada mulanya ditawarkan pemandu teksi menaiki teksi dipandu ke Setapak dengan kadar tambang RM50 setiap seorang.

Namun sebaik tiba di lokasi, pemandu teksi itu mengugut dua penumpang itu untuk membayar tambang RM950.

Menurut penumpang berkenaan, berlaku pertengkaran namun terpaksa akur berikutan bimbang dicederakan pemandu teksi yang turut membawa senjata kayu dan besi di dalam teksi itu.

Tetapi kerana isu ini, ramai yang mengatakan pemandu teksi akan cekik darah terutama dari penumpang warga asing. Mereka tahu warga asing ini akan tetap bayar walau apa pun tambangnya.

 

Jarak Dekat Pemandu Teksi Tolak

Ada satu perkongsian , seorang lelaki menceritakan pengalamannya ditolak oleh pemandu teksi kerana jarak perjalanan yang terlalu dekat.

Sumber:Astro Awani

Shahrizal Azwan Samsudin di laman Facebooknya berkata, dia agak kecewa dengan sikap pemandu teksi yang tidak mahu mengambilnya sebagai penumpang. Dia dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Tasi Sri Permaisuri.

Sumber:facebook

Walaupun ada 20 teksi menunggu dikawasan TBS, tiada seorang pun yang mahu menghantarnya ke lokasi atas alasan jarak yang sangat dekat dan tidak berbaloi.

Ada yang minta RM40 untuk perjalanan itu dan dia hanya mampu bayar RM15 tetapi pemandu teksi geleng kepala.

 

Pemandu Teksi Tunggu Lubuk Emas

Sampai bila sikap pemandu teksi nak berterusan begini. Patutlah tidak ada ramai penumpang rupanya pemandu teksi memilih-milih penumpang ’emas’ mereka.

Inilah punca kenapa ramai memilih e-hailing, senang, cepat dan berpatutan. Jangan marah pula bila ramaim pemandu Grab di negara ini dan dominasi pengangkutan awam.

Selagi sikap tidak ubah, selagi itu rakyat tak akan pilih pengangkutan awam seperti teksi ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah pemandu teksi kenakan caj yang tidak masuk akal?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN