Sebagai sebuah negara Melayu yang kaya, banyak yang boleh kita pelajari dari negara Brunei. Mungkin tidak sesuai dari segi politiknya tetapi dari sudut lain khususnya etika dan sikap masyarakatnya di jalan raya wajar untuk kita ambil tauladan.

Bagi anda yang menggunakan kenderaan di jalan raya di Malaysia, sering kali anda melihat sikap tidak bertanggungjawab pengguna-pengguna jalan raya lain yang mementingkan diri sendiri. Menukar lorong tanpa memberikan lampu isyarat sesuka hati, memotong di lorong kecemasan, menyelit dan sebagainya.

Sumber: Media Permata

Senario tersebut sering kali berlaku di kawasan-kawasan bandar. Bagi anda yang tinggal di kawasan desa mungkin berasa kekok dengan sikap pemandu sekiranya melalui kawasan bandar. Namun itu adalah lumrah cara pemanduan di kawasan-kawasan bandar.

Belajar Dari Brunei

Sekiranya anda berpeluang ke Brunei, banyak yang anda boleh pelajari di sebalik keistimewaan masyarakatnya, khususnya etika di jalan raya. Anda pasti tidak berasa tertekan sekiranya berpeluang memandu kenderaan di negara Brunei. Hanya ketenangan dan keceriaan yang dapat anda perolehi.

Sumber: Astro Awani

Boleh dikatakan Brunei merupakan masyarakat paling beradab di Asia Tenggara ketika berada di jalan raya. Ini kerana disiplin pemanduan mereka sangat terpuji, jauh sekali sekiranya ingin dibandingkan dengan masyarakat kita di Malaysia.

Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki

Mereka merupakan masyarakat paling penyabar ketika memandu. Lihat sahaja sekiranya terdapat orang awam yang ingin melintas jalan di sebuah jalan yang agak lapang. Dari jauh pemandu akan memperlahankan kenderaan dan memberikan laluan kepada orang awam untuk melintas jalan sehingga selesai walaupun ketika itu pemandu sedang membawa kenderaan dengan laju.

Bukan itu sahaja, kenderaan yang sedang melakukan pusingan U di simpang tanpa lampu isyarat tetap diberikan laluan oleh pengguna kenderaan di laluan utama. Sekiranya ada 10 buah kenderaan sedang melakukan pusingan U, kenderaan di laluan utama tetap akan memberi laluan sehingga selesai. Menarik bukan? . Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Brunei sangat penyabar ketika memandu.

Sumber: Muhdhito

Tidak Tergesa-Gesa

Bagi masyarakat di sana, tidak ada isitilah tergesa-gesa bagi mereka sehingga sanggup melanggar peraturan jalan raya. Sekiranya menempuh kesesakan perjalanan di Brunei, anda tidak akan melihat mana-mana kenderaan menyelit dengan sesuka hati, malah, bunyi hon pun seakan mustahil untuk didengar di sana

Sekiranya anda berpeluang memandu di sana, jangan sesekali menekan hon. Jika tidak, anda hanya akan mencari nahas dengan masyarakat tempatan di sana. Ini kerana, menekan hon merupakan suatu tindakan yang agak biadap dan tidak wajar dilakukan. Jelas menunjukkan hon merupakan simbol kemarahan yang wajar dielakkan.

Tetap Pandu Laju Tetapi Berhemah

Sungguhpun masyarakat Brunei merupakan masyarakat penyabar mereka juga tetap memandu laju seperti mana pemandu di negara kita. Kebiasaannya mereka akan memandu selaju 140 km/j. Bagi kita di Malaysia 120km/j itu pun sudah dikira laju. Mungkin faktor penggunaan kereta-kereta import mewah bagi masyarakat di sana menyebabkan kelajuan 140km/j adalah perkara biasa.

Sumber: Facebook Brunei Dot Com

Yang pasti, selaju mana pun mereka memandu, peraturan jalan raya tetap akan dipatuhi. Mereka hanya akan menggunakan lorong kanan sekiranya ingin memotong kenderaan sahaja, selesai memotong kenderaan mereka akan susur semula ke lorong sebelah kiri.

Sikap Yang Perlu Diubah Oleh Malaysia

Mungkin anda berasa malu dengan etika masyarakat Brunei di jalan raya bukan? Sangat jauh untuk kita membandingkan perbezaan masyarakat Malaysia dengan masyarakat Brunei. Yang pasti, sikap baik yang ada di Brunei, wajar menjadi tauladan dan diikuti oleh kita di Malaysia. Sama-samalah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah tinggi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa pengguna jalan raya di Malaysia tidak beretika?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN