Isu pemakaian tudung dan hijab sekarang sangat hangat diperkatakan, samada dikalangan netizen mahupun di kalangan ulama’. Pemilihan cara pakaian dan hijab yang kurang sesuai pastinya akan memberi imej yang tidak baik kepada imej Islam.
Namun begitu, boleh dilihat sekarang pemakaian tudung dikalangan wanita Muslimah semakin meningkat dan diterima baik berbanding masa dahulu.
Selari dengan ajaran islam, setiap wanita Muslimah diwajibkan untuk memakai tudung bagi menjaga aurat daripada golongan yang bukan muhrim. Namun begitu, ramai yang mengatakan bahawa rata-rata Muslimah sekarang memakai tudung kerana ingin berfesyen semata-mata dan bukanlah kerana perintah Allah.
Jika dilihat dari sudut yang positif, jika betul fesyen merupakan salah satu sebab wanita mula berniat untuk memakai tudung, apa salahnya. Jika dilihat dunia yang serba moden ini, terdapat pelbagai fesyen-fesyen Muslimah yang sesuai dan selari dengan Syariah Islam. Berfesyen tidak semestinya bermaksud mendedah aurat dan berpakaian secara menjolok mata.
Hijab Dan Ekspresi Diri
Didalam islam sendiri tidak diharamkan untuk berfesyen asalkan tidak melanggar syarat-syarat berpakaian yang ditulis alquran. Berpakaian mengikut cara yang kita sukai adalah salah satu cara mengekspresikan diri. Dan ianya tidaklah harus dihalang.
Setiap orang seharusnya diberikan kebebasasn untuk memakai apa sahaja asalkan ia selari dengan ajaran islam dan memberi contoh yang baik.
Jika dilihat secara mata kasar, masyarakat kita terutamanya mudah terpengaruh dengan gaya hidup dan trend dari negara luar. Samada pengaruh yang positif ataupun negatif, masyarakat harus bijak dalam menapis setiap input yang mereka dapat agar tidak terpesong dari ajaran kita.
Cara pemakaian seseorang juga adalah untuk mengekspesikan diri dan setiap orang seharusnya diberikan kebebasan untuk memakai apa sahaja. Asalkan ianya selari dengan nilai kehidupan dan memberi contoh yang baik kepada orang lain.
Harus Bijak Mencari Idol
Jika ramai yang mengkritik pemakaian wanita Muslimah sekarang, namun masih bnyak ikon-ikon dan selebriti tempatan yang wajar dijadikan contoh dalam kita mengekspresikan diri melalui fesyen. Contohnya, Irma Hasmi, Diana Amir, Yatt Hamzah dan Mizz Nina.
Selain kisah hijrah mereka yang sangat menarik dan memberi inspirasi, stail berfesyen mereka yang boleh dikatakan ‘trendy’ dan moden memberi imej yang baik untuk wanita Muslimah di zaman yang serba moden ini.
Baru-baru ini juga, Elfira Loy yang sedang menunaikan umrah, dikatakan sudah mula mengenakan stoking kaki dan pemakaian hariannya juga semakin mengikut syarie. Perubahan ini menerima sokongan penuh dari peminat-peminatnya dan dia secara tidak langsung menjadi sumber inspirasi untuk anak-anak muda.
KATA ORANG
Jadilah seperti Neelofa, bijak memaku dirinya dalam dunia fesyen, walau dikecam masyarakat sebab pakai handbag di kepala, atau topi oversized. Slowly dia bergerak dari penjual tudung ke fashion subject.
— Hadi Nor (@hadi_nor) 22 October 2018
Sungguhpun fesyen dia tah pahape, at least dia buat something!
Ttup dada sekali ter. Bkn ttup dgn balut kepala jea k
— Wan IskandarSyah (@wanmuhamadfaiz3) May 4, 2018
Point pak nil
— nutella (@sabrina_sabby21) 28 February 2018
1. Tudung bukan main tutup utk fesyen je. Klu nk tutup aurat pakai guni ke tudung saji pun boleh
2. Cepat² la senyap pasal neelofa ni aku dh bosan jgn gaduh² guys semua tarik nafas
Bukan nak kata apa la... tudung nelofa ni lebih pada fesyen berbanding menutup aurat yg betul
— 〽️xtcuRly (@mxtcurly) 27 February 2018