Pasukan Malaysia bawah 19 (B-19) telah menjuarai Kejohanan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) 2018 pada 14 Julai 2018.

Namun isu yang mendapat perhatian orang ramai adalah apabila pasukan Malaysia bawah 19 tahun itu mengalahkan pasukan Indonesia dengan keputusan 3-2 pada sepakan penalti. Sebelum itu, keputusan pada masa tambahan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Setelah mengalahkan pasukan Indonesia, pasukan Malaysia telah “diserang” oleh penyokong pasukan Indonesia.

Sumber: Klick

Penyokong Indonesia telah “menyerang” pemain Malaysia dengan membaling objek seperti botol minuman dan juga batu. Berikutan insiden tersebut, pemain Malaysia terpaksa berlari menuju ke bilik salinan bagi menjaga keselamatan mereka dan mengelakkan kecederaan. Pemain Malaysia telah dilindungi oleh pegawai keselamatan ketika menuju bilik salinan.

Malaysia dan Indonesia 

Persaingan antara Malaysia dan Indonesia dianggap sebagai persaingan atau “rivalry” yang hebat di dunia bola sepak dunia. Kedua-dua pasukan bertembung buat kali pertama pada tahun 1957, perlawanan bagi meraikan kemerdekaan Malaysia pada ketika itu.

Pasukan Malaysia pada tahun 1957 ketika bertembung dengan pasukan Indonesia buat kali pertama (Semuanyabola)

Namun keputusan itu berakhir dengan 2-4 dimana Indonesia menjulang kemenangan. Antara pencapaian terbesar Indonesia adalah dengan menempah tempat di kejohanan Piala Dunia pada tahun 1938, mendapat tempat kedua di kejohanan AFF sebanyak 5 kali, tempat ketiga di Asian Games pada tahun 1958 dan sebagainya.

Derby Melayu Tercetus 

“Derby Melayu” mula tercetus pada tahun 1957 dimana kedua pasukan mula bertembung.

Akibat kekalahan pasukan Malaysia pada tahun itu telah menaikkan persaingan atau rivalitas antara dua pasukan dan penyokongnya.

Namun semangat pasukan antara dua penyokong telah melambung apabila penyokong kedua-dua pasukan itu bertembung hingga mencetuskan perbuatan atau kelakuan yang ganas terhadap pemain-pemain pasukan Indonesia dan juga Malaysia malah keganasan juga tercetus antara penyokong pasukan tersebut.

Pergaduhan antara penyokong Malaysia dan penyokong Indonesia pada tahun 2012 (Sumber: MYO-Store)

Pada tahun 2012 apabila kejohanan Suzuki Cup yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, insiden ganas terus berlaku antara penyokong pasukan Malaysia dan Indonesia dimana kedua-dua penyokong tersebut membaling objek terhadap satu sama lain. Namun ketika itu, pasukan Malaysia dan Indonesia belum lagi bertembung.

Ketika Sukan SEA berlangsung pada tahun 2011, pasukan Malaysia terpaksa menaikkan kenderaan perisai ketika menuju ke stadium demi keselamatan pemain Malaysia.

Semasa perlawanan akhir Suzuki Cup berlangsung pada tahun 2012, perlawanan tersebut terpaksa dihentikan kerana menerima gangguan daripada para penonton.

Sumber: Denai Hati

Pertembungan dan rivalitas antara Malaysia dan Indonesia dikatakan bukan kerana ingin menunjukkan pasukan atau penyokong mana lebih hebat malah ia juga berunsur dari aspek sosial, politik, prestij dan juga maruah.

Oleh demikian “Melayu Derby” ini merupakan antara pertembungan yang hebat di arena bola sepak dunia.

KATA ORANG 

Namun Demikian, melihat reaksi khayalak umum mengenai insiden tindakan penyokong Indonesia terhadap pemain Malaysia, tindakan mereka dikecam oleh para netizen.

KATA ANDA 

Apa kata korang? Adakah tindakan penyokong Indonesia ini kerana Malaysia Menang atau dendam?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN