Buat kali pertama dalam sejarah, negara kita dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) XV, berkuatkuasa 6 Januari 2019.

Sumber: SAYS Malaysia

Biarpun peletakan jawatan baginda sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja, namun rakyat masih tertanya-tanya apakah punca sebenar yang menyebabkan baginda sanggup meletakkan jawatan dan siapakah yang akan menjadi pengganti kepada Sultan Muhammad V?

Sebelum ini juga, terdapat khabar angin mengatakan baginda akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat namun perkara tersebut dinafikan kerajaan negeri Kelantan sehinggalah perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara semalam.

 

Rakyat Perlu Hormati Institusi Raja Berpelembagaan

Sumber: Berita Harian

Memang tidak dinafikan, berita mengenai peletakan jawatan Sultan Muhammad V itu menimbulkan rasa terkejut dan sedih ramai pihak sehingga sanggup membuat pelbagai spekulasi mengenai baginda.

Ada yang mempertikaikan tindakan Sultan Muhammad V yang mengambil cuti rehat selama dua bulan untuk melangsungkan perkahwinan bersama bekas ratu cantik Rusia, Oksana Voevodina seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ada juga yang menggunakan khabar angin tersebut untuk cuba mewujudkan persepsi negatif mengenai institusi diraja melalui media sosial dengan menjadikannya sebagai bahan gurauan.

Sumber: mStar

Selepas mengambil kira kepada khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai perkahwinan Sultan Muhammad V dan dikaitkan pula dengan pendedahan perbelanjaan Istana Negara itu mungkin mempengaruhi keputusan baginda.

Pun begitu, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh baginda untuk meletakkan jawatan sebagai YDPA, rakyat tetap perlu menghormati institusi raja berpelembagaan di negara ini dengan tidak melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas di media sosial sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Banyak jasa yang diberikan Sultan Muhammad V sejak baginda ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 24 April 2017.

Sumber: The Klasik

Jika diimbas kembali perwatakan Sultan Muhammad V, baginda semenangnya terkenal sebagai seorang yang rendah diri, berjiwa rakyat, berhemah dan pandai berjenaka.

Sebelum ini, baginda pernah memandu kenderaan sendiri selepas menunaikan solat Maghrib di Cheras sehingga menjadi tular di media sosial.

Selain itu, baginda juga memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumennya sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

 

Giliran Negeri Mana Yang Akan Mengambil Alih Tugas Yang di-Pertuan Agong

Sumber: The Malaysian InsightSeperti sedia maklum, mengikut penerusan tradisi Raja Berperlembagaan di Malaysia yang beroperasi di sisi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun.

Berdasarkan kepada senarai penggiliran, giliran seterusnya yang akan memangku tugas Agong adalah Pahang.

Namun, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ketika ini difahamkan tidak sihat dan takhta kini dipangku anaknya iaitu Tengku Abdullah.

Sumber: Bernama

Apa yang difahamkan ketika ini, Majlis Raja-raja akan bermesyuarat pada 7 Januari 2019 untuk membincangkan perkara itu, tetapi tidak jelas sama ada keputusan akan dibuat secara segera atau tidak.

Jika Majlis Raja-raja memutuskan untuk tidak memilih Yang di-Pertuan Agong baru dari Pahang, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diikuti negeri seterusnya iaitu Perak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah keputusan yang dibuat Sultan Muhammad V untuk meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah tepat?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN