Bagi mereka yang mahu mengerjakan ibadah haji dan umrah buat kali pertama, selepas Raya Haji ini anda akan dikecualikan daripada membayar levi pelepasan udara ke luar negara.

Sumber: Astro Awani

Berita baik itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang turut menyatakan pengecualian itu juga sama terpakai kepada penganut agama lain yang juga kali pertama mengerjakan ibadat mengikut agama masing-masing.

Bagaimanapun, apa yang diumumkan beliau itu mengundang pertikaman lidah pelbagai pihak yang menyatakan Guan Eng sama sekali tidak sesuai untuk mengumumkan perkara yang mencampuri urusan agama Islam.

 

Mana Pergi Mujahid?

Rakyat Malaysia ini cepat sangat melenting mengenai sesuatu isu.

Sumber: Bernama

Walaupun bukan mahu bersikap rasis, tetapi kebanyakan netizen di media sosial berpendapat pengumuman itu sebaiknya diumumkan oleh Menteri-Menteri Melayu yang menjaga soal Melayu serta Agama Islam itu sendiri.

Malah, ada yang mempersoal di mana perginya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang lebih ‘arif’ memberikan kenyataan berhubung perkara ini.

Bagaimana mungkin pemimpin yang bukan berada dalam kalangan orang Islam itu sendiri boleh menyentuh hal-hal berkaitan agama sedangkan kita mempunyai seorang Menteri yang layak bercakap mengenainya.

 

Guan Eng Hanya Ulas Isu Levi Pelepasan Udara Ke Luar Negara

Melihat kepada isu ini, rakyat kita cepat sahaja melenting tanpa menyemak pokok pangkal cerita sebenar.

Sebelum ini, isu mengenai levi pelepasan udara ke luar negara ini hebat diperkatakan penyokong kerajaan dan pembangkang.

Sumber: mStar

Dalam pembentangan Bajet 2019 yang diumumkan Guan Eng, kerajaan bercadang mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain dalam usaha menggalak pembangunan pelancongan domestik bermula 1 Jun ini.

Disebabkan itu, ramai penyokong kerajaan dan pembangkang dilihat mendesak kerajaan untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Levi Pelepasan 2019, iaitu cukai yang akan dikenakan kepada mereka yang hendak ke luar negara yang sama sekali membebankan rakyat.

Tidak kurang juga, ada beberapa pemimpin menyatakan sekiranya pembentangan Rang Undang-Undang itu tidak ditangguh, kumpulan pertama yang akan terkesan dengan pelaksanaan levi ini adalah jemaah haji yang akan menunaikan haji mulai Julai dan Ogos ini.

Dalam masa yang sama, kebanyakan pemimpin menuntut supaya kerajaan memberi pengecualian kepada kumpulan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

Sumber: CNN Indonesia

Tidak hairanlah timbul isu yang membabitkan para jemaah haji dan umrah juga.

Jadi, apabila Guan Eng memberitahu bahawa cukai tersebut dikecualikan kepada jemaah haji dan umrah kali pertama, ada pula yang tidak berpuas hati.

Apa yang dilakukan Guan Eng itu mungkin disebabkan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dalam masa yang sama mengumumkan pembentangan Bajet 2019 tersebut, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan isu sebenar.

Tetapi, disalah tafsir pula jadinya….

 

 Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pelaksanaan Levi Ini

Sebaik kerajaan mengumumkan untuk melaksana levi pelepasan kepada mana-mana individu yang mahu keluar negara, banyak pihak dilihat tidak berpuas hati mengenainya.

Terutama mereka yang ada mempunyai banyak urusan atau perlu berulang alik dalam urusan seharian di sempadan negara seperti Johor-Singapura, Malaysia-Thailand dan Sarawak-Brunei.

Sumber: BeritaHarian.sg

Sekarang ini, Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang dikenakan di lapangan terbang sahaja adalah lebih kurang RM73.

Itu belum lagi ditambah dengan cas levi yang sedikit membebankan meskipun kadarnya adalah konsisten atau tidak melebihi kadar yang dikenakan oleh negara lain termasuk Thailand AS$20, Hong Kong (AS$15) dan Jepun (AS$10).

Disebabkan itu ramai pihak khuatir dengan penambahan kos ini.

Apa-apa pun, dengan pengecualian levi yang diberikan oleh kerajaan kepada jemaah haji dan umrah kali pertama ini, ia sama sekali telah meringankan beban mereka yang mahu menunaikan haji yang sebelum ini tidak pernah diminta membayar cukai (levi).

Keputusan yang dibuat kerajaan berhubung levi kepada jemaah haji adalah keputusan yang tepat!

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah keputusan kerajaan dengan mengecualikan levi pelepasan udara ke luar negara ini kepada jemaah haji dan umrah kali pertama ini suatu langkah yang tepat?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN